Wednesday, March 13, 2013

SIRI ILMU TASAWUF

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

ألحمد لله

Ingin saya kongsikan bersama, Kitab yang nipis, tapi isinya tebal, MasyaaAllah.
Saya baru jumpa this collection in Hasani Bookstore in Carefour Seberang Jaya, Penang. 
Actually, buku nie banyak siri dia & semuanya subhanallah..! Rasa nak borong semua kitab nie. *Tapi x cukup duit laa plak..=.='

Caution..!!

Penulisnya pun bukan calang-calang, dan semestinya jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Itu perkara pertama we  as a Muslim must be considered and aware dalam men'shopping' buku agama. Sila cek siapa penulis buku sebelum anda ke kaunter pembayaran.

Kitab 1 (Siri Ilmu Tasawuf)




Nama Kitab : كشف الأسرار (Kasyaful Asrar, Pembukaan Segala Rahsia)
Bilangan muka surat : 124
Penulis : Syeikh Mohd Saleh Bin Abdullah Mengkabau(qs)

Kitab ini berupa soal jawab yang menjurus kepada ilmu kebatinan(ilmu tasawuf). Isinya padat.

Kitab 2 (Siri Ilmu Tasawuf)



Nama kitab : ثمار الخنة (Buan-Buahan Syurga)
Penulis : Sayyidina al-Imam Ghauth al-Anam al-'Arif Billahi Taala as-Syeikh Abdullah Bin 'Alawi Bin Abdullah al-Haddad Rahimahullau Taala.
Terjemah oleh : al-Faqir Idris al- Khairiyyath Bin Haji Wan Ali Bakum(Tok Jum al-Fathani)
Bilangan Muka surat : 215

Hard Cover. Banyak pesanan- pesanan yang masyaAllah..clueless, speechless..Beli dulu, baca, n faham..InsyaAllah, kita akan rasa perasaan yang sama.


Kitab 3 ( Siri Ilmu Usuluddin/ Tasawuf)



Nama kitab : قمر الهدى (Qamarul Huda, Bulan Petunjuk)
Penulis : Muhammad Yusuf Bin Ahmad (Tok Kenali)

Kitab ini membicarakan hakikat dalam Rukun Iman dan rahsia dalam Rukun Islam. Dan pencerahan tentang siapa Tok Kenali yang sebenarnya. Mungkin dalam buku sejarah kita, hanya menegcop Tok Kenali hanya sebagai perwira bangsa. Bukan sebagai 'ulama yang masyur dan 'alim. Tetapi, kebaikkan itu harum baunya kan.

##Almost dalam setiap kitab nie ada mengingatkan pada pembaca, supaya betol betol dan benar-benar memahami isi dan kandungannya. Jika kurang kefahaman, penulis kitab meminta pembaca supaya merujuk kepada Guru yang Murshid, faqih dalam hal tasawuf.

Alhamdulillah, pernah saya dengar pelaburan yang paling bijak adalah kitab. Walaupun anda membeli, tetapi masih lagi belum berpeluang untuk menyelak mukanya, tidak mengapa. Kerana kita belum tentu lagi akan berjumpa dengan kitab yang sama.

Membeli, tapi dengan niat untuk membaca, tetapi belum punya masa, itu bukan 1 kerjaan yang sia-sia. Kerana hati ini tidak punya hijab dengan Tuhan kita, Ya Rahman. 

0 comments: