Thursday, March 14, 2013

QnA bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

ألحمد لله

Sekali lagi berpeluang untuk create post tentang 1 kitab(buku) yang amat sekali berharga buat saya. Kalau students UIAM berkemungkinan kenal dengan penulisnya, yakni al-Fadhil Ustazzuna Ustaz Muhadir Bin Haji Joll as-Senary.


[Sinopsis]

Sebuah kitab berupa sesi soal jawab yang telah di susun oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll as-Senary. Beliau merupakan anak murid kepada Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Ustaz Muhadir juga penasihat bagi pengajian talaqqi di UIAM(PJ, Gombak) iaitu Majlis Ta'lim an-Nur. Kitab ini mempunyai 504 muka surat. Kitab ini merupakan menyalinan semula secara tulisan daripada CD yang bertajuk 12 Jam Soal Jawab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin. Ianya juga terkandung dari 6 Bahagian dan mempunyai sehingga 40 bab. Harga RM38 bagi semenanjung Malaysia dan RM40 bagi Sabah dan Sarawak. Ringkas, padat, mudah untuk difahami. Dan juga mempunyai nota kaki sebagai future reference. 

Bahagian 1 : Aqidah
  • Syiah
  • Alam ghaib
  • bidaah
  • Perbezaan Mazhab
  • Pemimpin dan kepimpinan
  • Bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi
Bahagian 2 : Al-Quran dan Hadis
  • Al-Quran dan Zikir
  • Penjelasan tafsir dan hadis
Bahagian 3 : Fiqah
  • Penjelasan tafsir dan hadis
  • Darah wanita(Haid, Istihadah, nifas dan wiladah)
  • Wudhuk
  • Solat
  • Solat musafir
  • Puasa
  • Zakat
  • Korban, Akikah dan semyembelihan
  • Haji
  • Jenazah
  • Jinayat
Bahagian 4 : Muamalat
  • Jual Beli
  • Faraid, Wasiat dan warisan
  • Nazar dan sumpah
  • Perubatan
  • Tanah
  • Wakaf
  • Alat muzik dan hiburan
  • Haiwan peliharaan dan perniagaan
Bahagian 5 : Munakahat
  • Nikah kahwin
  • Talak
  • Iddah
  • Zihar
Bahagian 6 : Adab Komunikasi
  • Pergaulan suami isteri
  • Pergaulan dalam masyarakat
  • Pergaulan antara gender
  • Aurat
  • Hubungan kekeluargaan
  • Etika berpakaian dan berhias
  • Penampilan diri
  • Tasawuf
  • Pelbagai masalah umum
[Pengenalan Tentang Penyusun]

Pertama sekali saya berjumpa Ustaz Muhadir di Talaqqi UIAM, Musolla Kulliyyah of Engineering. Walaupun beliau adalah tenaga pengajar di Pusat Asasi UIAM, PJ, saya tidak berkesempatan mengenali beliau di pusat asasi ketika dahulu.
Pertama sekali bercakap dengan ustaz, subhanallah, ustaz lembut dalam berbicara. Ketetapan Allah SWT di satu pagi di hadapan tangga besar UIAM, Gombak.

"Assalamu'alaikum. Enti ka yang nak ambil kitab dengan ana? Maaf ana terlambat. Jalan jem tadi."

"Wa'alaikumussalam. Ya Ustaz. Tak pa Ustaz. Kami pun tak dak kelas pagi nie."

"Ini dia kitabnya. Enti berdua nie ikut pengajian ustaz ka?"

"Alhamdulillah, Ya ustaz."

"Alhamdulillah. Ini ada 2 kitab. Ana hadiahkan kat enti berdua. Jadi nanti enti tak payah beli dah naa dengan Syuhada. Enti potong saja nama enti, jangan habaq kata ustaz hadiah na."

"SUBHANALLAH. Syukran ustaz."

Ustaz tersenyum bila saya kata "subhanAllah". Mungkin ustaz gelak pada saya kot sebab expressi muka yang terkejut. Terasa macam kena panah! P sebut kuat plak tue. Allahu Allah.

Kalaupun ustaz tak hadiahkan, tapi terasa kasih juga pada ustaz. Tutur bicara ustaz lembut, teratur. 
Memang menjadi kebiasaan buat saya, membaca buku dari kulit ke kulit. Kata pengantar pun saya baca. Jadi bila saya baca tentang kata penyusun, yakni Ustaz Muhadir Bin Hj Joll as-Senary, seperti terngiang-ngiang suara ustaz. 

Pertama kali dalam hidup saya, menangis membaca kalam kata penyusun. Bagaikan terasa  Ustaz express cintanya pada Fadhilatus Syeikh Muhammad Nuruddin. Begitulah bagaimana seorang anak murid mencintai gurunya. Perasaan cinta, kasih dan rindu pada guru sukar untuk di tafsirkan dengan lakaran tulisan. Tidak mampu diluahkan. Kayaknya seperti orang mabuk cinta..!!

Jadi, pada siapa yang belum mengenali penyusun buku ini, cubalah untuk mengenali. Di mana ada Syeikh Nuruddin, di situ juga ada ustaz. InsyaAllah.

[Last Word]

الحمد لله, saya harap kalian selepas ini bergembira. Kerana dapat mengetahui 1 nama penulis buku beri'tikad dengan jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kandungan buku nie sungguh ~masyaAllah, tidak rugi di buat teman. Percayalah~

Syukran. السلام عليكم .


0 comments: