Sunday, September 15, 2013

Kembali Pulang Ya Habib

Assalamu'alaikum wbt

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tanggal 15 September 2013, dunia kala ini menerima berita dukacita di atas pemergian al Habib Munzir al-Musawa, pembimbing Mejlis Rasulullah, Indonesia.

Beliau kembali kepada Penciptanya. Hidup di sana bersama mereka yang berjuang kerana-Nya.




Cita-citaku sebelum habis pengajian, ingin aku kumpul belanja untuk ke Indonesia
Menyertai program di Majelis Rasulullah. Di mana keindahan dan kemasyuran festival ilmu di sana. Di bawah bimbingan Habib Munzir.
Kali yang seterusnya bulan March 2014 insyaAllah. Ingin sekali bertemu dengan beliau, al habib

Malang sekali buat diriku, belum sempat bertemu dengan beliau. Menadah, menceduk nasihat darinya.
Bercucuran, tersedu di tikar solat, dalam ruang kamar yang sempit, berat sekali menerima ketiadaan beliau. Sungguh berat. Aku pasti, lebih banyak air mata yang menitis di luar sana, mendengar khabar yang amat mendukacita.

Ya Habib, kami pasti merindui mu.