Tuesday, March 30, 2010

~Dari DIA kita datang, Kepada DIA kita kembali~


30 March 2010
23:19

telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati

tulus ikhlas mu luhur budi mu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga kata mu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabtku kau teman sejati

sudah di takdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih di perlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu 
ku pasrah di atas kehendak yang Esa
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
tempat yang di Kau janji kan nikmat untuk hamba-Mu
sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
walau ku tahu kau tiada di sisi

perjuangan kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih di jasad hidup di teruskan
sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami

moga amanlah dan bahagia kau di sana
setangkai DOA dan FATIHAH terusku kirimkan
moga di sana kau bersama para solihin
kau sahabatku kau teman sejati

Arwah Firdaus B Ismail (dalam bulatan) bersama sahabat-sahabat menjayakan program di bawah persatuan Ma'ruf Club IIUM



Sebaknya hati apabila mendengar khabar bahawa seorang lagi rakan seperjuangan “pergi buat selamaya” meninggalkan sahabat-sahabatnya di sini. Bumi UIA menjadi suram petanda mengiringi pemergiannya. Tapi hati kami para sahabat-sahabatnya sedikit bersyukur mendapat berita bahawa riak wajah arwah kelihatan tersenyum semasa dimandikan di masjid UIA. Petanda dia pergi dalam keadaan yang baik dan sejahtera. Arwah yang bernama Firdaus Ismail menuntut dalam jurusan Undang-Undang Tahun Ke-2 juga bergiat aktif dalam jalan-jalan dakwah. Terselit kenangan bersama semasa menguruskan satu ceramah agama. Dia yang menjaga tata tertib dan akhlak membuatkan ramai yang tersentap di atas pemergiannya. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga rohnya sejahtera di sana.Kenangan bersamanya akan ku kenang selama-lamaya.


*kepada sesiapa yang terbaca artikel ne, sedeqahkanlah al-Fatihah untuk Firdaus Ismail, semoga rohnya aman dan bahagia di sana. Amin Ya Rabbal 'alamin

Saturday, March 27, 2010

~الله اكبر - Hanya Kau yang Maha Mengetahui Setiap Segala Sesuatu~

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir(berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalanginya"        (Al-Furqan 25:53)

Ayat Al-Quran ne aku rujuk selepas aku terbaca satu artikel pasal wujudnya sungai di dalam lautan. Ajaibkan kan ciptaan Allah S.W.T. Dan ayat 53 surah Al-Furqan ne jugak di letakkan di bawah tajuk Tanda-Tanda Kekuasaan Allah S.W.T Dalam Alam. 

Diberitakan seorang penyelam yang bernama Mr.Jacques Yves Costeau iaitu seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Pada suatu hari ketika beliau sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang professor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering di identity kan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan. ."Ertinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al-Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah S.W.T, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Lihatlah alam semesta jikalau kalian ingin tahu kekuasaan dan kehebatan kuasa Allah S.W.T sebagai Pencipta. Lautan yang didalamnya sungai ini berada di Cenote Angelita di Mexico. Dengan kedalaman 30 meter dari paras air, air yang sebelumnya masin terasa segar dan tawar. Tetapi selepas 60 meter, ia kembali menjadi masin. Semasa 30 meter yang pertama, di gambarkan ada pokok-pokok dan dedaunan yang terapung.Seperti mana di gambarkan oleh seorang photographer yang bernama Anatoly Beloshchin, beliau berkata “We are 30 meters deep, fresh water, then 60 meters deep – salty water and under me I see a river, island and fallen leaves… Actually, the river, which you can see, is a layer of hydrogen sulphide.”

Tapi kita sebagai umat Islam yang berpegang pada Sunnah dan Al-Quran, semua yang terjadi di alam semesta ini adalah kerana keizinan Allah S.W.T.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."










*bagaikan ingin mengalir air mata ini. Terasa kerdil dan hinanya aku di sisi Dia.

"Ya Allah, Kau kekalkanlah iman di hati kami, matikanlah kami di dalam iman dan Islam. Berkatilah setiap perjalanan hidup kami. Hanya di-Kau tempat kami sembah, dan hanya di-Kau tempat kami meminta pertolongan"

Sunday, March 14, 2010

~1-perjuangan~

15 March 2010
0:34

Pada 12 Mac yg lepas, aku n rumate2 aku yg lain plan nk kuar. G men boling, but ada benda yg menimpa salah satu rumate aku, iaitu aween. Jadi plan kami tukar sikit..Iaitu g Low Yat untuk baiki n-fon..Then bermula lah cerita sadis dan penug dengan liku2 sebuah kehidupan 4 org anak dara nie.

Liku pertama yg kami terpaksa tempuh adalah D(nadiah ajman) xdapat bersama2 dengan kami semua untuk keluar petang tue di sebabkan oleh masalah kesihatan. Jadi kami dah tinggalkan D di bilik, mahalah ameenah..walaupun tanpa D, kami tetap meneruskan perjuangan kami bertiga. Then, aween pon drive kereta kesayangannya ke stesen Putra.. Kami ke Low Yat dengan menaiki kenderaan awam spya dapat lari dari kesesakan lalulintas. Tambahan pulak aween kena cepat sebelum kedai Samsung tutup pada pukul 7.  Masuk jer dalam train, owg x berapa banyak, dan aku dapat mengusah pemandangan luar..

Bila dah lihat pemandangan luar, aku dah mula pening. Sebabnya aku ne mabuk naik train..Kami beli tiket smpai dang wangi, dan akan change monorail ke Jalan Imbi. Jadi nk ke Dang Wangi kami terpaksa menempuh 11 stesen. Bila dah pening, aku cuba pejam mata dan tidur..Bila smpai kat Stesen Dato' Keramat, aku membuka mata dan cuba melihat keadaan sekeliling. Tapi mulut , kepala dan perutku rasa amat2 x selesa. Aku rasa pening dan nk muntah. Smpai ke Stesen KLCC aku habaq kat aween yg aku nk turun sebb nk muntah dan aku menyuruh aween meneruskan perjalanan sebb kedai akan tutup x lama lagi..Turun jer dari train, nah!! 2x aku muntah..lamp chop aku makan tadi..waaaa...rugi..kat KLCC aku berjalan2 ntuk menghilngkan pening..dah agak boring aku poon p lak KINOKUNIYA nk tgk2 buku..bila bukk n nk baca, rupanya pening aku x hilang lagi..jadi aku mengambil keputusan supaya keluar dari toko buku tu dan pergi berjalan2..Smpat laa aku membeli coklat n biskut kan FAMOUS AMOS tu..Memandangkan dah nk masok mgrib, aku poon lepak2 kat surau KLCC tunggu magrib..Dah pas mgrib, aween mesej yg diaorg dah kat KLCC n kiteowg akan balik sama ke Stesen Putra.

Bila dah jumpa aween, aween pon bercerita..Rupanya selepas aku ada sorang lagi yg terpaksa mengalah di setesen Dang Wangi.. Mieja poon dah start pening2 n muka pucat. Jadi mieja tunggu aween d Stesen Dang Wangi..

Aween keseorangan meneruska perjuangan ke Low Yat seorang diri tanpa di temani oleh sesiapa kerana masing2 rumatenya telah kandas di tengah jalan. Dan di sana, aween berjya merepair n-fon nya.

Kemudian, aween dan mieja datang ke KLCC untuk mengutip aku yg tercicir keseorangan dan pulang mengutip D di bilik untuk keluar makan. Dan bila kami kembali bersama, masing2 sudah kembali ke keadaan sediakala. D sudah kurang sakitnya di bahagian rusuk..Aku dan mieja sudah kurang pening2 lalat dan aween sudah pulih dari rasa gelisah sebb n-fon nya itu. Dan kami berjalan2 bersama2 di uptown DANAU KOTA..

Kat danau kota lak, aku membeli crocks untuk anak2 sedara aku, amir dan aqil, aween membeli butang kasoot dia n d beli tudung n sneakersnyer..mieja ja yg x beli apa2..hehe..

Inilah kisah 1 perjuangan kiteowg..penuh sadis dan menghayat hati...Terima kasih sebb menbaca kisah kami..=)

*next time kita keluar sama2 lagi yek..hehehe


Friday, March 5, 2010

~ukhwah i2 indah~

6th March 2010
11.30 a.m

Awal bangun hari ini walaupun di hujung minggu. Sebabnya ada FAMILY DAY untuk prog 1MEC. Best sangat. Dapat release segala masalah, dapat relax sebentar n dapat jauhkan diri sebentar dengan segala final projek sem ne..tapi jgn lupa laa..ada byk lagi report yg nk disiapkan..bukan sebagai keluhan, tapi sekadar peringatan untuk diri ku ini..supaya selalu beringat..kenang jasa mak, ayah, abg mie, abg lie, abg wie n adik ku sorang tu, bedan..ops..lari lak dari tajuk..berbalik kepda tajuk kita..

الحد الله , bila dah buat fmly day ne kita dapat kenal com3 yg lain..yg baru nmpak muka kta di kenalkan..yang dah kenal kita dekatkan lagi. thanks untuk com3 progrm FAMILY DAY ne..sabar dengan group aku yg hyperactive..mula, kiteowg di sajikan dengan sarapan nasi lemak mami KAED..mmg kenyang la...

then, game pertama sembunyi blakang selimut..game ke 2, masok air dalam botol dengan menggunakan tali n getah saja..(susah tue)..and, sudah smpai seru and last skali ,MU TAW DOK..kreative adik2 ne manage progrm...tink..1 mark untuk korang..

bila dimuhasabah balik diri ini, sikit sangat sahabat yg berdamping dengan kita..apa pentingnya sahabat ne??
di dunia: teman suka dan duka..nangis n riangnya kita..
akhirat sana: teman itu mendoakan kita bila kita sudah tiada.
sebb itu pentingnya sahabat......yang beriman..xsemestinya cari sahabat yg bertudung laboh atau berniqab, dan berkepiah...ISLAM di hati..bukan pada nama..

"Ya Allah, kekalkanlah ikatan persahabatan antara kami. Jauhkanlah kami dari perbalahan."


~sudah sampai seru~

05 March 2010
Jam 20:01

Dengan lafazبسم الله الرحمن الرحيم , aku untuk pertama kalinya telah men'create'kan blog aku sendiri. Mungkin pada tajuknya seperti seru mendapat jodoh..Tetapi serunya kali ini untuk terbukanya hati membuat blog sendiri. Mungkin jua ada pengaruh dari rakan-rakan, tetapi rasa ingin 'share' sesuatu ngn kawan-kawan lebih tinggi unruk buat blog ini. Di harapkan inilah blog yang terakhir untuk aku kerana mungkin dah banyak blog yang aku buat dan aku lupa username n passwordnyer..ish..ish..ish..loklaqnya..=)

Diharapkan kawan2 x jemu untuk melawat n mengomen blog yang baru aku buat ne..insyaAllah, di masa2 akan datang, lebih banyak idea dan pegalaman yang ingin aku kongsikan untuk kalian..segala tunjuk ajar dari kalian akan aku terima..insyaAllah..with term n condition la...