Tuesday, March 19, 2013

Kisah di bawah pohonan Kemboja

Di bawah pohon Kemboja ini,
Di bawah pohon yang sama,
Kembali aku menulis,
Menceritakan gelisahnya hati,
Sedih bagai di tahan tangisan itu,
Hari ini aku kembali duduk,
Sambil bertanya pada hati,
Memujuk supaya ia redha dengan ketentuan Ilahi
Aku kembali di bangku ini
Di mana catatanku berlagu
Berteman hembusan angin yang menenangkan gelojak hati
Bersama cicipan burung
Bagaikan terpujuk dengan alam
Dek kerana hati yang kurang tenang
Membiarkan sesuatu yang terpendam
Dan
Aku tak pasti bila ia akan tersurat
Jejak ku di sini,
Merindui zaman penuntut
Sungguh, rindu
Hingga aku ingin realisasikan rindu ini
Tapi, apakan daya, takdir membawaku menuju ke jalan yang lebih baik
Tapi, ingin ku langsaikan rindu ini jika di izin-Nya
Tanamkanlah ia untuk sementara
Lucu,
kali terakhir aku di bangku ini,
bersama dengan pasangan burung,
yang datang dari mana, membawa aku petunjuk pada sesuatu
Hari ini, burung itu bertukar menjadi manusia
Lagaknya seperti suami isteri
Aku tersenyum sendirian


Saturday, March 16, 2013

Master ka Monster?

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

الحمد لله

Ucap puja puji syukur kepada Tuhan untuk sekalian alam. Yang membenarkan limpahan idea untuk menaip lagi buat petang ini. Jadi, aku memohon kepada Allah سبحا نه و تعلى  agar meredhai dan memberkati di atas apa yang bakal aku nukilkan sebentar lagi.

Selawat ke atas baginda Rasulullah صل الله عليه و اله و سلّم dan juga keluarga. Supaya dapat membenihkan dan menyuburkan pohonan cinta yang semakin layu terhadap Baginda Rasulullah صل الله عليه و اله و سلّم dan ahli keluarga Baginda صل الله عليه و اله و سلّم

"Kak asma' xnak sambung master?"
"Hang buat apa la nie? Xmaw sambung ka?"
"Wei, hang tak try mintak RA ka? Untung-untung bleh sambung master terus"

Ini adalah antara soalan yang selalu di tembak kepada aku la nie.

Cuma 1 jawapan yang benar dan sohih dalam hati aku adalah

#Aku memang gila belajaq#

Tapi aku tak pasti sama ada aku nak sambung master or x?

"Cit..Dah tue nk belajaq mana lagi?"

Sejujurnya aku suka talaqqi kitab. Aku tak taw kalau aku sambung master apa niat aku yang sebenar. Aku takut kalau-kalau bukan hanya kerana Allah سبحا نه و تعلى dan for the sake of knowledge only.

Master in engineering~ Sungguh berat buat aku. Aku cinta ilmu engineering. Tapi aku lagi cinta kitab-kitab agama. Dalam 10 kotak buku, 2 darinya hanya pasal engineering dan selebihnya kitab-kitab agama. I'm wondering, am I engineering student's or IRK student's. Bayangkan, time minggu exam pun boleh lagi dok selak kitab-kitab agama.

"Okey laa tue. Engineering student yang Islamic"

No, no, no. Bagi aku sukar, sukar sangat2 nk betolkan niat aku untuk sambung belajar lagi. Orang lain mungkin mudah, but not ME. T.T

Teringat kalam al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll as- Senary, " 'ulama dulu depa kuatkan dulu pengajian agama, mantapkan dulu pengajian aqidah, baru beralih kepada ilmu yang duniawi. Tapi entum dan antunna kulliyyah of engineering xpa lah, cuba, cuba untuk bersama dengan 'alim 'ulama, biasakan diri supaya tidak jauh dari pengajian agama."

"Hang rasa hang boleh hidup ka depan-depan nie. Kalau setakat degree saja tak cukup."

Hidupku dan matiku hanya kerana Allah سبحا نه و تعلى sahaja. Rezeki ku, jodohku juga dari Allah سبحا نه و تعلى. Juga hidupmu dan matimu ditetapkan oleh Dia juga. 

Balas ku, "Hang taw ka rezeki hang esok mcm mana?"

 No body, nobody, nobody but Him!! Hanya Dia saja yang tahu, dan hanya Dia saja yang bagi rezeki.
Ada seorang tabligh berkata,"Sedangkan anjing pun Allah سبحا نه و تعلى sediakan rezeki." (*kasaqnya bahasa, tak leh cakap elok2 ka)

(Dak..dia nak habaq, haiwan tue orang tak suka pun tetap ada benda yang boleh cik an tu makan. Aku pun xfaham pasai apa ramai x suka anjing. Dia pun binatang jugak. Dia xharam pun. Cuma yang haram menyentuh dia, makan dia. Dia dok saja-saja, jalan kot tepi2 jalan tue xharam.)

Yup..! Sedangkan kita manusia, sebaik-baik ciptaan, apatah lagi dihiasi dengan keimanan dan ketaqwaan. Apakah Allah سبحا نه و تعلى tidak melihat segalanya? 
Sesungguhnya Dia Maha Melihat.
Dia melihat amal perbuatan kita.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
Dia mengetahui apa yang terlintas di hati.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.
Dia mendengar doa dan rayu kita pada-Nya. 

Rezeki kepunyaan Allah سبحا نه و تعلى 

InsyaAllah, setelah jiwaku dipenuhi dengan Allah سبحا نه و تعلى sahaja, aku akan meraih kembali cinta engineering ku. Ngeeeee~ 

Ada lagi yang berkata, "Dunia ini kita gunakan sebagai tempat untuk bercucuk tanam supaya kaya di 'sana'. Kalau kita ada master@phd, kita boleh kerja baik. Boleh gunakan duit tue untuk kebaikkan."

Jawapanku, bukankah 'bercucuk tanam' itu punya pelbagai jenis 'benih' ? ^________^

Ayat yang lagi power macam nie, "Kita kalau ada duit, kita kaya, kita boleh derma. Kita dapat pahala. Kalau kita tak cukup sembahyang pun, kita ada pahala derma, sedekah..!"

Hah, elok..Teruskan beri'tikad sedemikian. Perbuatan yang sia-sia. 

Puan, kita ke syurga dengan redha Allah سبحا نه و تعلى . Dan dari amal perbuatan itu datangnya redha Allah سبحا نه و تعلى . Jadi, kalau puan berfikir sedemikian, puan rasa Allah سبحا نه و تعلى nak hadiahkan tak syurga pada kita. Umpamanya begini, anak memasak pada ibunya. Masak saja tanpa fikirkan kan sedap atau tak, cukup rasa atau tak. Hanya campur ini dan itu. Settle. Hidangkan pada ibu. Agak-agak ibu nak jamah tak masakan tue atau anak itu jamah penampo ibunya dulu...ngeeeee~

Kalau masih lagi ada yang memikirkan, sijil ini yang membuatkan aku dapat kerja, kerana sijil ini aku dapat belanja. Maka lupakan untuk terus hidup di dunia kepunyaan Dia. Cuba, cuba dan terus mencuba untuk meletakkan Dia no. 1. Jangan pernah takut untuk meletakkan Dia number 1. *Number 1 for me..~

Kita hidup pun kerana Dia, Kita mati pun kerana Dia
Kita tidur pun kerana Dia, kita jaga pun kerana Dia
Segalanya kerana Dia.

Jelas, aku tidak katakan, SALAH...!! Sambung belajar selepas degree tue sia-sia. Dunia semua tue.

Aku, ada kekangan yang lain yang membuatkan aku tidak boleh sambung master for this time being. Aku cintai segala ilmu. Cara aku dapatkan ilmu itu mungkin berbeza dari mereka yang beruntung di tetapkan Allah سبحا نه و تعلى mudah dalam meneruskan pembelajaran ke tahap yang seterusnya. Cuma yang dah di peringat belajar yang tertinggi, imbangi ilmu akhirat juga. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. 

Percayalah, jalan tidak akan pernah sempurna jika dengan hanya 1 kaki. ^____________^





* Jika ada jarum yang patah, jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah, sila laa habaq kat cek nie.

p/s :- Kalau ada jarum yang patah, jangan di simpan di dalam peti. Simpan dalam tong sampah lain kali. 








Thursday, March 14, 2013

QnA bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

ألحمد لله

Sekali lagi berpeluang untuk create post tentang 1 kitab(buku) yang amat sekali berharga buat saya. Kalau students UIAM berkemungkinan kenal dengan penulisnya, yakni al-Fadhil Ustazzuna Ustaz Muhadir Bin Haji Joll as-Senary.


[Sinopsis]

Sebuah kitab berupa sesi soal jawab yang telah di susun oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll as-Senary. Beliau merupakan anak murid kepada Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Ustaz Muhadir juga penasihat bagi pengajian talaqqi di UIAM(PJ, Gombak) iaitu Majlis Ta'lim an-Nur. Kitab ini mempunyai 504 muka surat. Kitab ini merupakan menyalinan semula secara tulisan daripada CD yang bertajuk 12 Jam Soal Jawab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin. Ianya juga terkandung dari 6 Bahagian dan mempunyai sehingga 40 bab. Harga RM38 bagi semenanjung Malaysia dan RM40 bagi Sabah dan Sarawak. Ringkas, padat, mudah untuk difahami. Dan juga mempunyai nota kaki sebagai future reference. 

Bahagian 1 : Aqidah
  • Syiah
  • Alam ghaib
  • bidaah
  • Perbezaan Mazhab
  • Pemimpin dan kepimpinan
  • Bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi
Bahagian 2 : Al-Quran dan Hadis
  • Al-Quran dan Zikir
  • Penjelasan tafsir dan hadis
Bahagian 3 : Fiqah
  • Penjelasan tafsir dan hadis
  • Darah wanita(Haid, Istihadah, nifas dan wiladah)
  • Wudhuk
  • Solat
  • Solat musafir
  • Puasa
  • Zakat
  • Korban, Akikah dan semyembelihan
  • Haji
  • Jenazah
  • Jinayat
Bahagian 4 : Muamalat
  • Jual Beli
  • Faraid, Wasiat dan warisan
  • Nazar dan sumpah
  • Perubatan
  • Tanah
  • Wakaf
  • Alat muzik dan hiburan
  • Haiwan peliharaan dan perniagaan
Bahagian 5 : Munakahat
  • Nikah kahwin
  • Talak
  • Iddah
  • Zihar
Bahagian 6 : Adab Komunikasi
  • Pergaulan suami isteri
  • Pergaulan dalam masyarakat
  • Pergaulan antara gender
  • Aurat
  • Hubungan kekeluargaan
  • Etika berpakaian dan berhias
  • Penampilan diri
  • Tasawuf
  • Pelbagai masalah umum
[Pengenalan Tentang Penyusun]

Pertama sekali saya berjumpa Ustaz Muhadir di Talaqqi UIAM, Musolla Kulliyyah of Engineering. Walaupun beliau adalah tenaga pengajar di Pusat Asasi UIAM, PJ, saya tidak berkesempatan mengenali beliau di pusat asasi ketika dahulu.
Pertama sekali bercakap dengan ustaz, subhanallah, ustaz lembut dalam berbicara. Ketetapan Allah SWT di satu pagi di hadapan tangga besar UIAM, Gombak.

"Assalamu'alaikum. Enti ka yang nak ambil kitab dengan ana? Maaf ana terlambat. Jalan jem tadi."

"Wa'alaikumussalam. Ya Ustaz. Tak pa Ustaz. Kami pun tak dak kelas pagi nie."

"Ini dia kitabnya. Enti berdua nie ikut pengajian ustaz ka?"

"Alhamdulillah, Ya ustaz."

"Alhamdulillah. Ini ada 2 kitab. Ana hadiahkan kat enti berdua. Jadi nanti enti tak payah beli dah naa dengan Syuhada. Enti potong saja nama enti, jangan habaq kata ustaz hadiah na."

"SUBHANALLAH. Syukran ustaz."

Ustaz tersenyum bila saya kata "subhanAllah". Mungkin ustaz gelak pada saya kot sebab expressi muka yang terkejut. Terasa macam kena panah! P sebut kuat plak tue. Allahu Allah.

Kalaupun ustaz tak hadiahkan, tapi terasa kasih juga pada ustaz. Tutur bicara ustaz lembut, teratur. 
Memang menjadi kebiasaan buat saya, membaca buku dari kulit ke kulit. Kata pengantar pun saya baca. Jadi bila saya baca tentang kata penyusun, yakni Ustaz Muhadir Bin Hj Joll as-Senary, seperti terngiang-ngiang suara ustaz. 

Pertama kali dalam hidup saya, menangis membaca kalam kata penyusun. Bagaikan terasa  Ustaz express cintanya pada Fadhilatus Syeikh Muhammad Nuruddin. Begitulah bagaimana seorang anak murid mencintai gurunya. Perasaan cinta, kasih dan rindu pada guru sukar untuk di tafsirkan dengan lakaran tulisan. Tidak mampu diluahkan. Kayaknya seperti orang mabuk cinta..!!

Jadi, pada siapa yang belum mengenali penyusun buku ini, cubalah untuk mengenali. Di mana ada Syeikh Nuruddin, di situ juga ada ustaz. InsyaAllah.

[Last Word]

الحمد لله, saya harap kalian selepas ini bergembira. Kerana dapat mengetahui 1 nama penulis buku beri'tikad dengan jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kandungan buku nie sungguh ~masyaAllah, tidak rugi di buat teman. Percayalah~

Syukran. السلام عليكم .


Wednesday, March 13, 2013

Kisah Di Sebalik Kisah (TAKDIR)

بسم الله الرحمن الرحيم

My old friend said, "ku akui....sukar mgorak lgkah tnpamu Mak ...really miss u damn much...al-fatehah~"

Her mother, Mak Cik Fatimah passed away about 3 years already.

Kisah di sebalik kisah...

Di Sek. Men. Keb. Dato' Syeikh Ahmad, Arau.

Aku : Awat dengan ayah tue mak?
Mak : *mak tersengih-sengih.
Aku : Apa kena plak dah nie. Tak pa laa, cek nak p kat mak cik Fatimah sat.
Mak : P laa. Hang tak kenai ka dia sapa?
Aku : Maw xkenai. Mak Sakinah laa~
Mak : Haa..dia laa..dia laa..*semacam dah bunyi.
Aku : Awat aih?
Mak : *start the story*

"Dulu, ayah hang penah p rumah Fatimah tue. Pak hang berkenan ngan dia. Nak p masuk meminang laa. Tapi orang tak maw. Sebab mak ayah Fatimah tue ingat ayah hang nie cina. Elok la, pak hang pon ajak Wah Kiat nk p tengok anak dara orang."

Aku : Biaq betik...! Hahahahaha..Ayah, buat muka malu plak.
*rupanya, mak Sakinah, Mak Cik Fatimah pun bercerita hal yang sama pada Sakinah. Aduhai, lawak plak.*

For me, this is an interesting story. Destiny was recalled their story for me to learn. Kenalan kami bukan hanya di asrama sekolah, tapi berpanjangan hingga ke rumah. 

Mak Cik Fatimah, lemah lembut orangnya. Lucu. Baik hati. Kalau ke rumahnya, pulang tidak pernah dengan tangan kosong. Ada saja yang nak di berikan. Saudara kebetulan jiran mereka pun realize. Kalau dengan saya ayaq nira nipah tidak lokek, sanggup tadah air yang baru untuk saya. Tapi, kalau dengan orang lain, alamatnya tak merasa. Nampaknya saya sudah menjadi anak kesayangan mereka. Hehehe.. 

Its a nice memory. Lipatan masa dan sejarah menemukan kembali generasi ayah dan Mak Cik Fatimah, yakni saya and Sakinah. Umpama 2 ruh yang tidak di takdirkan bersama, tetapi end up dengan persahabatan oleh 2 anak mereka. Perjalanan waktu itu segalanya rahsia Pencipta. Dan juga takdir yang di lakarkan sebaiknya dari Dia, menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan tenang, kerana kita tahu itu sebaik-baik perkara yang telah di tulis oleh-Nya. Ini satu pertemuan yang kita tahu, macam mana dengan pertemuan yang kita tidak tahu?

al-Fatihah untuk arwah Mak Cik Sakinah. 

Generation to generation

Generasi 1 (Aku, Abang)


Bang mie : Dok senyap..Jangan gerak!

Aku dan2 kaku. Mesti nak tibai nyamuk.
Papp!!

Bang mie : Ceh, taik lalat..! Hahahaha..*Seronok dia boleh tampaq hujung mata aku.

Aku : Papp!! *Aku tampaq perut dia

Bang Mie : Mana aku taw. Lalat tue pun nak buat taik jangan laa 3 serentak.

Aku : Tak kira, tak kira. Nie dah 2x dah kena..


Generasi 2 (Aku, Bedan, Mak)


Bedan : Jadi gena dah mak cerita malam tadi.

Mak : Dia belajaq main bola sepak dari tok wan dia laa..Dulu tok wan dia dok
sama main dengan 'motadari'

Monolog aku : mcm pernah dengaq 'motadari'. Mcam nama org, tapi cara mak cakap
mcm kelab bola sepak jaa..Mungkin laa..kelab bola zaman dulu kan.

Bedan : Oooo..Mokhtar Dahri dulu nie.

Aku : Laa..'motadari' tue nama org ka.

Mak : Haa laa..Awat, hang tak kenai ka?

Aku : Kenai laa Mokhtar Dahri..nie 'motadari', 'motadari' mana nak kenai.

Mak : Hheemm, kata org plak. Dia pandai main bola sepak dulu2 nue. Tapi dia mati awai.

Aku : Mati pasai apa mak?

Mak : Dia selalu 'hek hek' masa main.

Aku : Hah..!!? Sakit AIDS??

Mak : Bukan sakit AIDS..! Dia dok head head..
Dah laa..cemuih sembang dengan hang..Bukan faham apa langsung.
*Maksudnya tanduk2 bola laa..

Aku : HAHAHAHAHA......ca sebut bagi betoi..mana nak faham

Generasi 2(Aku n Ayah)

Satu petang redup..

Aku : Ayah taw dak daun buluh yang miang tue kan. Mahai o0o0..
Orang cina beli buat balut makanan depa. Apa nama, dumpling..yang nasik depa
wana hitam, ada cendawan, ayam

Ayah : Mana? Haaa..amek p juai laa..Juai kat mana?

Aku : Pasaraya laa..

Ayah : Ceih..~ Amek laa..Bawak p C Mart *Ayah gelak ingat aku pemain dia.

Aku : Betoi la ayah~

Ayah : "masih lagi dalam ketawa"

*C Mart tue pasaraya kat Arau.

Generasi 3 (Aku, Mak, Aqil)

Aqil : Tumbuk acik..yah..yah..

Mak : Tumbuk bukan macam tue..Macam nie..Yah..yah..*Mak ajaq aqil mcm mana nak genggam penumbuk.

Aqil : Yah..wacha..!!

Mak : Yah..yah..!!

Mak : Tumbuk kat acik nue..

Aku : Mak..! Saja nak pekena org.
*(Dah la dia tumbuk sakit. Derek aku kena jadi watak dinasour) =.='

Apa khabar orang kampung?

SIRI ILMU TASAWUF

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

ألحمد لله

Ingin saya kongsikan bersama, Kitab yang nipis, tapi isinya tebal, MasyaaAllah.
Saya baru jumpa this collection in Hasani Bookstore in Carefour Seberang Jaya, Penang. 
Actually, buku nie banyak siri dia & semuanya subhanallah..! Rasa nak borong semua kitab nie. *Tapi x cukup duit laa plak..=.='

Caution..!!

Penulisnya pun bukan calang-calang, dan semestinya jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Itu perkara pertama we  as a Muslim must be considered and aware dalam men'shopping' buku agama. Sila cek siapa penulis buku sebelum anda ke kaunter pembayaran.

Kitab 1 (Siri Ilmu Tasawuf)




Nama Kitab : كشف الأسرار (Kasyaful Asrar, Pembukaan Segala Rahsia)
Bilangan muka surat : 124
Penulis : Syeikh Mohd Saleh Bin Abdullah Mengkabau(qs)

Kitab ini berupa soal jawab yang menjurus kepada ilmu kebatinan(ilmu tasawuf). Isinya padat.

Kitab 2 (Siri Ilmu Tasawuf)



Nama kitab : ثمار الخنة (Buan-Buahan Syurga)
Penulis : Sayyidina al-Imam Ghauth al-Anam al-'Arif Billahi Taala as-Syeikh Abdullah Bin 'Alawi Bin Abdullah al-Haddad Rahimahullau Taala.
Terjemah oleh : al-Faqir Idris al- Khairiyyath Bin Haji Wan Ali Bakum(Tok Jum al-Fathani)
Bilangan Muka surat : 215

Hard Cover. Banyak pesanan- pesanan yang masyaAllah..clueless, speechless..Beli dulu, baca, n faham..InsyaAllah, kita akan rasa perasaan yang sama.


Kitab 3 ( Siri Ilmu Usuluddin/ Tasawuf)



Nama kitab : قمر الهدى (Qamarul Huda, Bulan Petunjuk)
Penulis : Muhammad Yusuf Bin Ahmad (Tok Kenali)

Kitab ini membicarakan hakikat dalam Rukun Iman dan rahsia dalam Rukun Islam. Dan pencerahan tentang siapa Tok Kenali yang sebenarnya. Mungkin dalam buku sejarah kita, hanya menegcop Tok Kenali hanya sebagai perwira bangsa. Bukan sebagai 'ulama yang masyur dan 'alim. Tetapi, kebaikkan itu harum baunya kan.

##Almost dalam setiap kitab nie ada mengingatkan pada pembaca, supaya betol betol dan benar-benar memahami isi dan kandungannya. Jika kurang kefahaman, penulis kitab meminta pembaca supaya merujuk kepada Guru yang Murshid, faqih dalam hal tasawuf.

Alhamdulillah, pernah saya dengar pelaburan yang paling bijak adalah kitab. Walaupun anda membeli, tetapi masih lagi belum berpeluang untuk menyelak mukanya, tidak mengapa. Kerana kita belum tentu lagi akan berjumpa dengan kitab yang sama.

Membeli, tapi dengan niat untuk membaca, tetapi belum punya masa, itu bukan 1 kerjaan yang sia-sia. Kerana hati ini tidak punya hijab dengan Tuhan kita, Ya Rahman. 

Tuesday, March 12, 2013

cita-cita sepanjang hayat


MUST ATTEND EVENT

بسم الله الرحمن الرحيم
ألسلام عليكم و رحمة الله و بركاته

ألحمد لله

[BUSYRALANA]

There are 3 'gempak' and blessing events will be conducted in March 2013. DON'T MISS IT..!!


Teringin juga nak join. Tapi apakan daya, saya tidak dapat pergi ke KL awal. Tuntutan dan tanggungjawab saya sebagai anak. But, sungguhpun, I missed this golden moment. InsyaAllah, rezeki ku di lain waktu.


One of the events will be in IIUM..InsyaAllah, my first meeting with Mufti Ismail Menk. 



Fist di Masjid Assyakirin KLCC. Tak boleh hadir sebab balik kampung.
Second di Stadium Badminton Cheras, juga tak dapat hadir kerana kekangan masa yang terlampau.
Third time, insyaAllah. Panjangkanlah jodohku untuk bertemu dengan Habib Syeikh buat kali pertama secara live. Juga kali pertama live dengan Ustaz Don Daniyal. Dan juga insan yang sentiasa di dalam benak saya, yang juga saya fikir tidak layak untuk saya katakan rindu, guru saya, al Habib Ali Zainal Abidin Bin Abu Bakar al- Hamid

Friday, March 8, 2013

Cucu n Tok wan..Samakah mereka?

بسم الله الرحمن الرحيم

After magrib prayer,
Turun ke bawah tgk mak ayah buat apa.

Ayah, tengok TV. Mak kupas buah asam jawa.

Aku? makan.

Tiba-tiba, "metro skuad..!!"

Tersedak~

"Elok la tue. Cucu tgk Ultraman, tok wan tgk Metro Skuad"

*aku gelak sebab dok bayangkan ayah practice mcm dalam metro skuad mcm mana cucu2 dia dok practice jadi ultraman. N yang selalu jadi mangsa, AKU sebagai dinasor. 

one selected day in KEDAI RUNCIT

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barokatuhu

Friends,

One day, a day after Mawleed in MATIN Perlis.
After i brought my sister in law to get  a medical check up for her 2nd son, Muhammad Afiq Syahmi.
I stopped awhile at  a small kiosk beside the road.
When I opened the refrigerator, i coincidentally heard a conversation between 2 uncles (pokcik dah).

"Kita nie semakin p majlis ilmu, semakin banyak yang kita tak tahu"

"Sebelum nie aku dok p kat masjid di Padang Nyu. Kat situ pun baguih jugak ustaz dia. Macam malam tadi ada program kat Abi. La nie aku dok rajin p Abi laa"

"Ya la. Dari dok saja malam2, baik spend masa kat benda yang berpekdah"

"Rasa bodo laa. Banyak buang masa"

Sadly, the conversation after that is only 1 way communication. Coz, the other pakcik might be uncomfortable with the topic.

Pak cik tue hanya mengatakan kebaikkan untuk ajak sama2 hadir ke majlis ilmu. Perlis dulunya tandus, kontang dengan taman syurga. Tapi rahmat Allah SWT untuk sekelian alam.

Tak pa pakcik, walaupun telinga manusia itu di pekakkan dengan hal2 kebaikkan, tapi percayalah, malaikat yang dihantarkan Allah SWT tak henti2 menulis kebaikkan di atas dakwah yang di bicarakan.

Jangan pernah lelah dalam melakukan kebaikkan.

*Aku tersenyum lepas keluar dari kedai. Alhamdulillah, sinar itu ada untuk penduduk di Perlis. Aku berharap ianya terus bercahaya.

Allahumma Ameen