Wednesday, November 30, 2011

oh saudara-saudara ku


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Telah bersabda Rasulullah SAW, "Kamu akan mengikuti cara orang-orang sebelummu, sedikit demi sedikit hingga andaikan mereka memasuki lubang dhob, kamu akan masuk ke dalamnya."

Sahabat berkata, "Apakah mereka kaum Yahudi dan Nasrani?"

Jawab Baginda SAW, "Siapa lagi kalau bukan mereka."

Hadis Riwayat Muslim.


Hadis di atas bermaksud, umat Islam pada satu zaman akan mengikuti cara hidup kaum Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa sehinggakan walaupun masuk ke lubang dhob(biawak padang pasir) sekalipun. Iaitu mengikuti cara hidup dua kaum ini dan meninggalkan kehidupan yang harmoni yang telah di sarankan oleh agama.

Tak usah memandang gajah di seberang lautan, tetapi pandang laa dinaosur depan mata kita. Adik perempuan, adik lelaki, kakak, abang, pok nakan, mak nakan dan seangkatan dengannya. Yang penting diri kita adakah betol kita hidup dalam syariat dan melaksanakan sunnah Muhammad SAW.

Di mulakan dengan awal pagi kita, bangun subuh kita pukul berapa. Yahudi dengan Nasrani xada solat Subuh. Siapa sini bangun solat Subuh sebelum azan? Siapa sini yang solat Subuh berjemaah di masjid? 

Watpe solat jemaah kat masjid, sunat jaa.
Tak dan laa nak siap2 solat subuh kat sejid, nnt nak g kerja plop.
bla..bla...blaa....

Sesungguhnya, seandainya bilangan jemaah solat Subuh di masjid adalah sama atau lebih bilangannya dengan solat jumaat, ini adalah perkara yang di takuti Kaum Yahudi. 

Apa kena mengena dengan hadis atas dengan cerita solat plak..Nak melalut laa tue..

Bukan..Ambe nk cerita kehidupan harian kita nie bermula dengan solat. Cara hidup kita kalau dah di mulai dengan cara Yahudi atau Nasrani, guane nk solat 5 waktu. Bangun pagi pon dah pukul 10, mana solat Subuhnya. Guane nk bangun, malam tadi balik lambat, g kelab malam. Sejid mu dok g, kelab malam mu gie.

2nd, see ur attire..guane baju n seluarmu, guane tudung mu, pakai ke dok? singkat smpai kelihatan dua buah gunung dak? pakai stoking kaka dop? cek molek deh.

Orang Yahudi dan Nasrani dok tutup aurat.


3rd, apa yang kamu makan, apa yang kamu minum? Sumber halal ke haram?

Orang mukmin tak mencuri merompak(yang mencuri tue bukan mukmin laa kira), tak mengamalkan riba, tak menipu untuk kekayaan.


Kalau nk cerita panjang...meh ambe ringakaskan...

 gelang tangan hanya untuk wanita,
tapi ada gok org laki pakai,
Islam tak ajar menindik badan,
tapi ada jugak laki pakai subang,
tindik lidah tindik pusat
Islam ajar labuhkan tudungmu wahai wanita,
tapi ramainya yang potong bagi senteng,
ada jugak yang lucut terus,
tunggu saja di baham api neraka,
Islam tak ajar mencuri,
cari rezeki halal ke anak2 dan isteri,
Nak buat guane, semua tak takut dengan hukum Allah,
Undang-undang Allah dah ada,
Susah payah p buat undang-undang baru
Sebab tue anak luar nikah banyak,
tepi tong sampah, dalam semak, dalam longkang
Semua tak taku dengan Hari Perhitungan,
Air oren, air sirap banyak,
nak jugak langgah arak,
air kencing setan kan tue.
susu kambing yang terbaik pon tak mau minum
tak ingat ka janji kat syurga
sunnah kehidupan dalam Islam bukanlah senang
bukanlah kaya,
sebab Islam itu mengajar kita sederhana...


klu rajin layan laaa video nie menta...iklan solat tiada kat malaysia

Saturday, November 26, 2011

bagaimana kita boleh ke syurga?

15:52, Tuesday
Mahallah Ameenah, IIUM

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh

Dulu, ambe di ajar semasa kecil bahawa kita akan di hisab dan di hitung setiap segala amalan kita di dunia. Besar amalan kita, berat timbangannya. Siapa yang berat timbangan kebaikannya, akan di tentukan ke syurga.

Setelah dewasa, ambe diajar bahawa tiada apa pun yang dapat bawa kita ke nikmatnya syurga melainkan rahmat dari Allah swt.

BENAR..NA'AM..ABSOLUTELY RITE..

sebagaimana dalam hadis menyebut,

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

jadi mengapa kita perlu beramal kebaikan kalau dengan hanya rahmat-Nya sahaja kita di izinkan ke syurga?

So, watpe nk susah2 nk sembahyang, nk baca quran klu dah dengan rahmat Allah saja kita boleh ke syurga?

tak susah, mcm mana kita nak dapat rahmat Allah? Iaitu dengan melakukan segala yang di suruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

*ambe tahu ramai rasanya yang tulis pasal rahmat Allah swt. tapi ambe cuma sekadar memperingati diri sendiri dan juga sahabat yang mungkin alpha tentang ini. Buat yang baru tahu, berpesan2 lah kepada mereka yang lain. =)

acik borek, anak sedara rintik

tetiba ingat kat anak2 sedara aku yg kat penang tue...budak2, nama jaa pon dah taw karenah dia banyak..mana yg lawak, mana yg geram..tapi tue adalah sebagai pengajaran untuk kita2 yg x kawen lagi...jadi anak2 kecik nie laa sebgai experiment kita..hahaha



muhammad khairul amir b hairun mizi
anak sedara aku yang sulung
umoq 2 thun 8 bulan
antara kata2 power dia:

peristiwa 1:
abg amir: acik tengok gg
aku: (tunjuk gg aku kat dia)
abg amir: eemmm..cantik...bukak(dia suh aku bukk mulut)
aku: aaaaaa
abg amir: (lama dia tenung...may b gg aku banyak tambal guna simen putih tue..jadi dia xberapa nk nmpak)
eeeeee.....kotornya...
aku: kuang asam

peristiwa 2:
aku sedang men beskal ngn adik dia..beskal budak2...pastu dia my kat aku dia kata nk naik jugak beskal..
abg amir: acik, nk naik jugak..
aku: sat, acik angkat adik letak kat seat belakang..okey, naik..
(aku pon mula tolak dia ngn adik dia kat atas beskal tue)
tetiba.....
abg amir: acik sat, jgn tolak lagi..
aku: awat?
abg amir: (dia menggerakkan tangan kat tengah2 handle beskal)..pap..pap...
aku: apa tue?
abg amir: bukk air cond..
aku: ceh...

peristiwa 3:
petang tue masa bulan posa, dok tgk upin ipin kat laptop abah dia(abg aku)..tetiba dia bangun smbil tangan menggerakkan tangan dia kat atas lantai
aku: apa tue abg amir?
abg amir: buat umah..nie umah sapa?(tanya dia kat aku)
aku: umah acik..(then dia buat lagi)
abg amir: nie umah sapa?
aku: umah abah..(then dia buat lagi)
abg amir: nie umah sapa?
aku: umah mak..(then dia buat lagi)
abg amir: nie umah sapa?
aku: umah acu..(then dia buat lagi)
abg amir: nie umah sapa?
aku: umah opah..(then dia buat lagi)
abg amir: nie umah sapa?
aku: umah tok wan..(then dia buat lagi)
abg amir: nie umah sapa?
aku: umah adik..(then dia buat lagi)
abg amir: nie umah sapa?
aku: umah abg amir
abg amir: (jalan kat tepi2 umah tue..takot terpijak umah dia)
aku: (gelak smbil menggeleng2kan kepala...banyak akai)

peristiwa 4:
mak dia beli teloq ayam untuk wat puding caremal..then dia nmpak teloq tue.
abg amir: acik, nie apa?
aku: teloq ayam.
abg amir: teloq ayam..ooo...sapa punya
aku: mak abg amir punya laa
abg amir: mak punya?
(xlama pas 2 dia amek teloq ayam 1 bundle tue dia bawak ntah p mana)
aku: abg amir, bagi acik teloq ayam tue..nnt pecah
abg amir: xboleh(sebb yg mak dia punya, dia xbagi laa aku amek)
aku: nnt pecah..(aku amek dari tangan dia, then nk p simpan)
abg amir: aish..nk men teloq pon xbleh(jalan membelakangi aku smpil menghempas tangan dia)
aku: (dalam hati, geram aku budak kecik nie)

peristiwa 5:
abah dia sibuk2 pasang kelambu nk tidoq..aku ada kat situ smbil tgk tv..dengq laa dia sembang dengan adik aqil dia(sepupu dia)
abg amir: adik aqil, jom laa ikut abg amir..jom laa
adik aqil: huh! (smbil lari2 belakang amir)
abg amir: jom laa..ikot abg amir..kita naik kereta WAJA
aku: ceh, xhabis2 kereta waja dia..
(kereta waja tue baru jaa beli...tue yg dia excited sangat)

peristiwa 6:
tok dia bawak dia n adik dia p beraya jiran selang 2 3 buah umah...tuan umah hidang laa kueh raya...then tuan umah nk buat ayaq...
tok dia kata xpayah laaa...bawak ayaq kosong jaa xpa..
tuan umah pon segan laa nk hidang ayaq kosong jaa..jadi berlaku laa peristiwa tawar menawar tue
then tuan umah p laa dapoq...then kuaq dengan ayaq kosong..kebetulan dia pon posa 6...
tuan umah pon hidang laa ayaq kosong tue depan tok n anak2 sedara aku..
then abg amir kata: eh, air kosong je? (sambil buat nada xpuas hati...dia ingat tuan umah nk wat air sedap laa)
tuan umah tu terkulat2 dengaq..

Siapa yang paling mulia di cekerawala ini..????

Pada suatu ketika, Rasulullah SAW duduk bersama dengan para sahabat. Lalu Rasullullah SAW bertanya pada para sahabat, "siapakah makhluk yang paling mulia?"

Salah seorang daripada mereka berkata, "Makhluk yang paling mulia adalah para malaikat. Kerana mereka tidak pernah mengingkari segala suruhan Allah SWT dan mengikuti apa yang di perintahkan."

Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Ia. Malaikat memang menuruti segala perintah Allah SWT. Tetapi, bukan mereka yang paling mulia."

Lalu tambah seorang lagi sahabat berkata, "Yang paling mulia adalah kami, sahabat-sahabatmu."

Rasulullah SAW lalu berkata, "Ya. Kalian memang sahabat ku yang setia bersama ku dan sangat bertaqwa. Tetapi bukan kalian umat yang paling mulia"

Sementelah kemudian, ada seorang sahabat berkata, "Jadi Rasulullah, siapakah mereka?"

Rasulullah SAW berkata kemudiannya, "Umatku yang paling mulia adalah umat yang tidak pernah melihat wajahku, tetapi mereka amat menyayangi ku, dan amat bertaqwa kepada ajaranku. Mereka adalah umat yang lahir setelah ketiadaanku."

sesuatu yang lebih baik dari bidadari


Aku bukanlah Aisyah,
Yang setia menemani Nabi,
Yang tekun membantu dakwahnya Nabi,
Aku wanita alaf 21,
Yang penuh khilaf dunia,
Yang kekadangnya hanyut di bawa usia
Tapi aku ingin sepertimu duhai Aisyah
Yang sabar, yang taat, yang lapang dadanya menerima setiap dugaan dari-NYA

Aku bukan Hawa,
Yang setia disisi ciptaan-Nya
Yang mencari cinta Adam jauh berbatu
Aku wanita alaf 21,
Yang mahu bekerjaya
Mahu berbakti pada dunia
Aku mahu seperti Hawa,
Yang tak pernah jemu berusaha
Yang tidak pernah takut dengan ujian dunia
Kerana kau meyakini bahawa Allah itu Maha Mengampuni

Aku bukan Balqis
Yang punya harta dan kekayaan
Yang punya kerajaan pemerintahan
Aku wanita alaf 21,
Yang di lahirkan nun di sebuah kampung,
Di mana cita-citanya tinggi menggunung
Aku ingin sepertimu Balqis
Yang terus beriman pabila berjumpa cahaya Ilahi

Tapi, aku bisa mengerti
di setiap jalinan ketetapan Ilahi
Yang terbaik buat hamba-Nya ini

Jikalau hari ini,
aku di anugerahi darjat dan kemuliaan
Pasti aku akan mengerti,
Aku sedang menggalas tanggungjawab di beri Rabbi,
Jika hidupku kemudiannya penuh onak dan duri
Akan ku sabar menempuhi,
kerana semuanya di tetapkan dari azali..


*wanita solehah adalah lebih baik dari bidadari syurga

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh wari'ayatuh wa'inayatuh


Bersesuaian dengan tajuk post kali nie iaitu Awal Muharam bagi tahun 1433 Hijrah. Muharam adalah bulan pertama dalam kelender hijrah yang bererti 'di haramkan' untuk melakukan sebarang peperangan mahupun penumpahan darah. Tetapi perintah ini berakhir setelah terjadinya peristiwa Pembukaan Kota Mekah. 


Seperti kebiasaan uamt Islam akan membaca doa Awal dan Akhir Tahun. Pemohonan kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan laknatullah. 


Macam kebiasaan jugak laa, setiap tahun mesti ada azam(bukan khairul azzam dalam KCB tue eh) yang akan di karang atau dilaksanakan atas selembar atau berlembar2 kertas A4. Penghijrahan dari kurang baik kepada baik, yang mana dah sedia baik, hijrah ke lebih baik, yang mana dah terlebih baik tue semoga istiqamah di atas jalan kebaikkan...


Eleh, tok sah dok cakap kencang laa..Macam dia tue baik sangat....!!!
Tak payah laaa dok jadi baik..Kita muda sekali jaa..Nnt tua2 kita bertaubat laa...Tyme muda nie laa ada kekuatan, nnt tua2 mana dah larat nk berjoget..


Macam2 laa tohmahan dan hasutan dari pihak luar..La nie senang, apa yg buruk itu datang dari syaitan. Mahukah anda menjadi sahabat syaitan? Makhluk yang akan kekal abadi di neraka..Nak? Ok, teruskan..Klu tak nak, marilah berhijrah ke arah kebaikkan.


Tak perlu untuk berubah 100%. Boleh ubah sedikit2 tapi istiqamah(yakni terus menerus dalam melakukan kebaikkan).


Tahun 1433 Hijrah, semoga membawa bayak rahmat dan kebaikkan. Kepada orang Islam di luar sana, marilah kita meraikan 1 Muharam bukannya 1 Januari mahupon Valentine Day..

Ameen...

Di manakah abi?





Dalam damai teratak sepi,
Menjelma pertanyaan menyentak hati,
Bermainlah pilu sang isteri,
Membelai pipi permata suci,

Umi, di manakah abi,
Bergetarlah bibir mencari,
Perlukah ku kisahkan apa yang terjadi,
Pada si kecil yang ingin mengerti,
Sayang abi, kekasih umi,
Pergi mencari cinta Ilahi,


Tidurlah sayang,
dodoikan bersama zikir mendamaikan,
Bangunmu esok menjadi pejuang,
Mujahid sepanjang zaman,

*Ya Allah, tenangkan abi2 sahabatku yang telah pergi mengadap Ilahi, meninggalkan sahabatku berjuang di atas sandiwara dunia..Untuk abi ku, engkaulah raja dalam hatiku, tiada siapa yang bisa menggantikan tempatmu...sayang abi selamanya..

Tuesday, November 22, 2011

UJIAN_IMAM MUDA 1

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepada-Nya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingan
Ku serah takdir di tangan-Nya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana...
Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hatiku tetap akan memuji nama-Mu selalu Ya Rabbi
Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini
Ku serah takdir di tangan-Nya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana
Di akhir hati selalu
memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biar hidup di godam
Ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

Monday, November 21, 2011

pelajar engine yang bakal grad

Salamun'alaik

Sebagai seorang muslimah yang baru menginjak ke alam dewasa, pelbagai rasa yang wujud di hati. Bahagia, ketenangan, gembira, suka dan duka semuanya bercampur menjadi satu.

Aku bahagia walaupun assignment, midterm exam dan project tak pernah putus. Aku rasa manis dengan pengalaman ini. Hanya tinggal beberapa bulan lagi aku akan bersama sahabat utk berjuang sebegini. Pas nie kami akan habis study n bakal ada kehidupan sendiri.

Terlalu cepat rasanya masa berlalu, dahulu hingus yang meleleh tak tahu di usap, hari ini berjaga malam utk selembar ilmu.

JANNAH...syurga

Assalamualaikum w.b.t

Pabila menyebut syurga, jannah mahupun paradise mesti akal membayangkan suasana yang indah dan sejuk saja penglihatan. Tapi tahukah kalian syurga itu bagaimana rupanya kerana kenikmatannya melangkaui akal fikiran kita, yakni manusia.

Apa yang di dalam pengetahuan, manusia itu mempunyai dua jantina, lelaki atau perempuan (*golongan ketiga itu bukan manusia). Manusia pabila di dalam syurga usianya muda. Lelaki akan berusia 33 tahun seperti di bumi dan wanita akan berusia 17 tahun. Comelkan 17 tahun.

Dalam pengajian Ustaz Azhar, beliau ada mengatakan bahwa hidupnya manusia di syurga hanya untuk bersenang lenang, bersuka ria. Bukan masa untuk melawan nafsu, berjihad atau untuk beribadah. Kerana semuanya telah di lakukan di dunia.

Pintalah apa pon di sana kelak akan di makbulkan dengan segera juga termasuk makanan dunia. Contohnya aku kalian makan tomyam, pintalah Allah akan makbulkannya.

Tapi, nak merasakan nikmatnya syurga, tempuhilah dulu neraka dunia. Dunia di mana manusia hidup tanpa merasakan puas. Betol, setiap manusia itu punyai 24 jam. Tak pernah ada seorang pon di dalam dunia ini yang di kurniakan 24.5 jam atau pon lebih. Semuanya sama. Jadi, terletak pada diri kita, cukupkah masa yang di peruntukkan untuk menguruskan hal dunia mahupon hal akhirat.

Pernah aku terbaca satu hadis yang mengatakan Rasulullah saw pernah bersabda, manusia jika di kurniakan dua gunung emas, kelak akan meminta gunung emas yang lain pula.

Senanag x nk mencapai syurga?

Hanya meninggalkan apa yang di larang dan melakukan apa yang di suruh oleh Allah swt.

So, apa target kita?

...SYURGA...

..mode mengantuk, xleh tido sebb ada kat library...

Saturday, November 12, 2011

Aku insan berdosa


apa harus aku nukilkan?
adakah bersama tangisan maupun senyuman?
sudah jerih 'aqal menimbang
sudah penat hati yg menanggung
Ya Allah,
apakah bisa jannah milikku?
hamba-Mu yg mudah alpa dan lalai dengan nikmat dunia-Mu
Ya Rabb,
Berikan aku cahaya itu,
Cahaya yg menemani tiap langkahku,
Cahaya yang bisa mengendurkan nafsu duniaku,
Ya Khalid,
Aku pingin cinta dari Mu,
Cinta yang mendakap erat qalbi ku
Ya Awwal, Ya Akhir,
Benar firman-Mu,
Taubat yg sebenar taubat adalah taubat nasuha..
Tapi masyaAllah, begitu sukar aku gapai taubat itu
semakin aku cari, semakin kuat ujian-Mu
Semakin longlai langkahku..
Ya Rahman Ya Rahim,
Akan ku kejar cinta-Mu
Tidak akan ku lepaskan pabila ia berada di dalam gengamanku

Ya Allah, 
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui