Saturday, October 15, 2011

perginya seorang kakak dan teman...

saat 15 oktober 2011, di saat jam menginjak ke tengah malam, aku di beritakan pemergian kakak dan juga teman seperjuangan, kak NorDiyana Nordin setelah berbulan lamanya arwah berada di hospital. Alhamdulillah, anak nya yang baru sahaja di lahirkan awal tahun ini sihat. Dan sangat menyerupai umminya.

Kak diyana, seorang kakak senior yang sangat ringan mulutnya untuk menyapa aku, juniornya..berkenalan dengan arwah pada tahun 2006 semasa aku di matrikulasi uia. arwah yang sentiasa basah dengan nasihat dan kata-kata buat aku terasa dekat dengannya. Itulah kak diyana yang baik budi pekertinya akhirnya di ambil Allah swt, pergi untuk selamanya. Arwah sakit SLE..ketahuilah kak, kasih sayang kami sentiasa untuk kakak.

Ya Allah, amankan rohnya di sana. tempatkan lah dia di kalangan orang2 yang beriman. yang dekatnya dengan syurga-Mu..jadikanlah zuriat yang di tinggalnya seorang yang solehah..seorang yang dapat pimpin tangan umi dan abinya ke syurga..mudahkanlah segala urusan akhiratnya Ya Allah...

Kak, wajah dan senyumanmu mekar di hati kami buat selamnya....

NorDiyana Nordin


Nurhanan Insyirah

Saturday, October 8, 2011

countdown

I'm waiting for 2013......Ya Allah, make it come true..^_____________________^

Thursday, October 6, 2011

BERITA HOT.....aku dah di pinang..............!!!!!!!!

....AKU TIPU JAAA....HAHAHAHAHAHAHAHA.....

AURORA

AURORA yang aku nk ceritakan nie bukanlah nama seorang pemenang miss world ka, atau nama puting belung di amerika ka...bukan....aurora ni sama jugak dengan contoh2 tadi, sama dari segi kejadian Allah s.w.t

AURORA adalah cahaya semulajadi di langit yang terutamanya terdapat di latitut bumi yang tinggi, Artik atau Antartik.  mcm mana AURORA nie terjadi? ia bukanlah cahaya yang keluar dari bumi atau lampu dari kapal terbang UFO...ia merupakan pelanggaran di antara zarah yang mempunyai tenaga dengan atom-atom di altitute atmosfera yang paling tinggi, iaitu thermosphera (bukan thermos kat dapo tu ye).

Terbaru nie dilihat pada 26 september 2011...aku tahu pon sebb aku bukk email(memang stail aku bukk email pg2..kalah org dah kerja)...nmpak laa benda alah nie...aku nie plak dulu cita2 nk jadi pakar estronomi...minat kat bahagian alam2 gene..aku pon cari le..


File:Polarlicht 2.jpg
BEAR LAKE, ALASKA
File:Northern Lights 02.jpg
MOSKOSEL, LAPLAND, SWEDEN
*ada banyak lagi jenis2 aurora nie...pandai2 laa korang cari ye...moral value nyer kat sini, Allah swt Maha Kaya...apa lagi yang umat manusia nk supaya pecaya akan kewujudan Allah swt...?? xpayah pikir jauh, keajaiban akal yg kita ada nie pon dah cukup...sekian terima kasih..^_____________________^

apa binatang depannya halal, belakangnya haram???

cer teka apa binatangnya..??






ini laa dia..meh aku cita sket biodata pengenalan diri...

nama sebenar dlm ic:  Achatina fulica
nama samaran: siput babi
cara berjalan: menggunakan perut..
jantina: hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina
negara asal: benua Afrika

kita org Islam nie bleh makan x siput nie? ada org kata Halal, ada yang kata Haram...aku xbleh nk bagi hukum apa2 sebb aku pon xbelajar pasal hukum2 nie...tapi aku xmakan benda nie, pandang pon dah geli, apatah lagi dok berasap depan mata...erk....