Thursday, December 16, 2010

~tangisan kelegaan~

bermula sem baru..bermula perjuangan baru..bermula mukaddimah baru..jadi..selama 4 bulan nanti, aku akan merasai tido xcukup..makan x kenyang..tension memanjang..dah 3 tahun aku kat gombak, macam2 pengalaman aku dapat..suka, pahit, getir, derita...macam2..tapi itu semua pengalaman..orang kata experiance is the best teacher...betol...aku teringat di mana permulaan tahun aku di gombak, dugaan besar boleh di katakan..masalah kawan, masalh hati, masalah belajar, masalah otak...

semua tue menjadi titik hitam dalam kehidupan aku..mengapa titik hitam???

masa tahun pertama tue adalah di mana tahun yang banyak menangis..banyak dugaan..sehingga aku terpaksa pindah mahallah..cuba untuk merasa suasana baru..boleh di katakan tahun kegagalan aku..itu adalah titik hitam aku..

then, kehidupan mesti di teruskan..masuk 2nd year, cuba bagi tumpuan..Alhamdulillah, berkat doa dan pengorbanan, aku boleh carry course aku..smpai lah sekarang..tapi panas bukan sekejap..kadang2 ada gerimis yang mengundang..tapi apa orang kata, hidup kalau tiada ujian seumpama kertas kosong..yang tidak indah..tiada corak..plane..

hati selalu berkata, dugaan Allah itu ada hikmahnya..semoga kejayaan tersingkap satu hari nanti..ya..kita mungkin tidak berjaya dalam bidang ini..tapi berjaya dalam bidang itu..am i rite?? orang sedang berkata, gagal sekali bukan gagal selama2nya..hati berbisik, gagal hari ini untuk kejayaan hari hadapan..insyaAllah..semoga Allah memakbulkan doa hamba-NYA..

tekad sem ini, fokus walaupon tak 100% tapi do the best..usaha sedaya mungkin..kalau gagal menanti di hadapan, percaya dengan qadar Ilahi..kerana DIA telah menetapkan yang sebaiknya utuk ku..

you're not teenagers yang boleh di belai dan di manjai lagi..face da future...jadikan kisah hitam semalam sebagai lampu suluh di hadapan..you can do it..caiyokkkk....!!!!!!!!!!!!

Friday, November 12, 2010

~LIMITATION IS PRECIOUS~

Aku mendapat tajuk yg agak bernas ne(huhu..perasan la plak) dari seorang lecturer aku..lecturer subject Theory of Machines and Mechanisms aka TOM adalah Dr. Raisudin Khan from India..sir cakap dalam kelas selit laa pasal tajuk2 len..tetiba sir cakap pasal benda yang limited ne..sir memang power laa bab2 machine..ya la kan..mostly para inventer from india actually..so di sebabkan taraf hidup yang rendah, golongan cerdik pandai ne berhijrah untuk mendapat kehidupan yang lebih baik...wei..pa melalut ne..dok cakap bab len plak..

okey, back to main topic that stated above, LIMITATION IS PRECIOUS..dah baca tajuk pon taw kan..huhuhu..kepada yg tak faham bahasa omputih, ia adalah bermaksud terhad adalah berharga..lebih kuang mcm tue laa...

awat benda yang terhad itu berharga..kalau kita belajar ekonomi laa kan..walaupon aku budak engine, ttp kena gak blajaq ekonomi..ada satu law ne mengatakan: 

"If the good is limited or in small amount, so that the price will be high"

kalau kita tgk iklan TV pon kan...kalau benda2 yg limited ne sangat berharga..contohnya, kreta special edition, jam tangan, purse, mesin padi..pengukoq nyoq..hahaha..yg tu mohong jaa na..

tetapi dalam dunia ne ada 2 benda yang sangat limited..dah la limited, pastu sapa cepat dia dapat plak tue..eeemmm..apa ek..sila pilih jawapan di bawah:

a) pengepit baju
b) gelang patah(nama tempat n benda)
c) maher zain =) tetiba plak
d) tiada jawapan..xlarat nk mikir..baru pas exam..huhuhuhu

ya..jawapannya mmg tiada di atas..bijak ek..eemmm..barang yg teramat berharga dalam dunia ne adalah  MASA dan WANITA SOLEHAH...

MASA..!! siapa cepat dia dapat..limited..!! pepatah yg mengatakan masa itu emas dah xleh guna dah..sebb emas boleh beli..emas boleh cari even dia limited..tapi bagi aku masa ibarat nyawa..once dah pergi, xadalan lagi..even neils armstrong org pertama sampai ke bulan pon xleh ciptakan masa(*ya ka dia pernah..bukan propaganda ker??hahahha)..cuba kita fikir sejenak..kalau tadi kita jawab exam..tetiba 1 soklan xleh jawab..10 markah plak tue..alamak..mesti anda terpikir, kalau laa aku study bab ne..kalau laa..kalau laaa...mcm2 kalau..dah tue, masa dah x leh undur..cuba fikirkan lagi, 4 jam sebelom exam..apa yg anda buat..tgk muvie, lepak x study..atau tido mcm dunia ne hanya ada malam sahaja..

so nasihat aku kat hampa semua, gunalah masa sepenuh2nya..jangan buang masa yang Allah ciptakan tanpa mass and weight ne..

kedua...yang limited dalam dunia ne adalah WANITA SOLEHAH..sebagai mana dalam satu hadis mengatakan bahawa tiada harta yang paling berharga dalam dunia ne melainkan seorang wanita solehah..ada hadis menyebut seorang wanita solehah seumpama 10 orang lelaki soleh..limited sangat ker wanita solehah ne?? tgk ramai jer yg baik2..hah..!! dah tgh pon dalam UIA jer, mmg la banyak..cuba kita bukak luas banyak2 retina mata ne..zoom out..nk di bandingkan wanita solehah di dalam 1 bumi ne..ada berapa ramai???

bertapa limitednya wanita solehah ne, hanya untuk mereka2 yang tertentu jaa..siapa?? pm?? raja?? ketua parlimen?? penjual burger?? tidak sama sekali..wanita solehah ini hanya untuk lelaki yang soleh..mcm mana nk kenal wanita solehah ne supaya lelaki di luar sana boleh menjadi lelaki soleh??

meh kita tik mcm mana ciri2 wanita solehah tue yer.

1) meletakkan hak Allah di # 1..hak solat, hak puasa, hak mcm2 lagi
2) anak gadis yang patuh dengan ibu bapanya..
3) baik dalam pergaulan antara muslimin mahupun muslimat..
4) mendengar, melihat perkara yang baik2 saja..
5) sentiasa berprasangka baik terhadap org lain.
6) ciri2 baik yang lain..

harap gadis yang di luar sana, jagalah diri anda baik..baik2..baik2..baik2..baik2..bumi merangkak tua..kita tak tahu depan masa kita..xtahu adakah terseksa di neraka atau gembira di syurga...pesananku, tekunlah ibadah, ikhlaslah ibadah..lakukan kerana keredhaan Allah semata2..insyaAllah..anda terpelihara..insyaAllah..

aku paling suka qoute ne..semoga menjadi panduan hidup korang jugk yea..

Saidatina Aisyah R.A pernah b'pesan."Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang & dipandang". 

Jangan kau berasa bangga dgn kecantikanmu sehingga dikejar jutaan lelaki. Itu bkn kemuliaan bagimu.Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa saja.Muliakanlah dirimu dgn taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yg hanya mampu dimiliki penghuni syurga(iluvislam.com.my)

 ~smile always my dear...~




Wednesday, October 20, 2010

~siapa kah dia?~

Assalamualaikum..sukanya aku kat sini bila jari2 dah boleh menari atas keyboard ne mcm biasa..di sebbkan subject tough sem ne, jadi x sempat aku nk update..siapakah dia? mugkin tajuk ne selalu aku update kan dalam diari..oooo...siapa ingt budak u xsempat tulis diari..diari itu adalah rahsia hati..eemmm

siapakah dia??
merujuk kepada 'bakal suami'..bakal adik ipar kepada abg, abg, abg ku..(3x abg sebb ada  org abg). bakal abg ipar kepada adik ku..bakal anak menantu kepada emak dan ayah..bakal pak cik kepada anak2 nakan ku..

Tipu kalau aku cakap aku tak pernah suka pada sesapa kat uia ne..tapi jodohnya dengan org lain..pernah jua terfikir sudah 4 tahun di bumi uia(termasuk asasi) tidak pernah ada yg 'bertanya'..tapi xada laa smpai desprate..cukup sekadar menjadi tanda soal dalam otak ne..then, aku fikir, fikir, fikir...ting...!!

scan...yup..jawapan di temui tanpa virus yg melekat..

sesungguhnya aku di hijab dari perkara2 yg membawa kepada kemaksiatan..perkara yg lagho..perkara yg boleh membawa aku kepada pintu dosa..alhamdulillah..aku bersyukur..sekurang2ya tidak lah berat bahu ayahku, bahu abg2 ku, bahu bapa saudara ku menanggung dosa aku..
mugkin jua Allah tidak menemukan lagi dengan nya supaya aku dapat study dengan tenang..supaya peroleh result yg ok..supaya aku dapat dekatkan diri dengan Allah..
Ya, manusia selalu alpa..lupa..lalai..aku xnk tergolong sama dengan manusia yg lalai..yg lupa dengan Allah..lupa untuk mendekatkan diri dengan Allah..sukar nk di katakan kalau ada yg berbicara, "kalau pak we yg baik dia akan suruh kita ingat kat Allah"..

baikkah mcm tue?? lelaki yg baik xkan ada istilah couple dlam hidupnya..lelaki yg baik tidak akan buang masa dengan bercinta, yg belum tentu akad nya..masanya hanya utk kebaikan..

mak saudaraku selalu berpesan..nak beli kambing kena mintak kat tuannya..bukan p tanya kambing tue sendiri..kambing2, leh x aku nk beli ang...no..no..no..tak pernah ada manusia dalam dunia ne manusia mcm g2..semua manusia dalam dunia ne nk beli ayam kaa..nak beli itik kaa(itik????)..semuanya p beli kat tuannya...mintak permisi pada tuannya..sama jua dengan manusia..kita punyai tuan..tuan kita adalah ALLAH..ALLAH yg menciptakan hambanya...maka, jika seorg hamba maukan hamba yang lain..maka kena mintak pada tuannya iaitu ALLAH SWT..al khalid..doa..doa..doa..masyaALLAH..begitu simple kaedahnya..tetapi ramai manusia tidak menyedarinya...banyak yang men serbu jaa..tue yang jadi mcm2 tu..ya..jujurnya aku selalu berdoa moga di kurniakan lelaki yg TERBAIK utk agama, diri ku jua family...

alhamdulillah...mugkin di sini saja..mata kuyu sangat..semoga Allah permudahkan jodoh kalian..ameeenn

Monday, August 30, 2010

~KAU YANG BERGELAR SAHABAT~

Jikalau gembira itu boleh di ukur menggunakan device, mungkin bacaan tahap gembira aku yang paling tinggi...kalau device tue macam thermometer, may b mercury nya dah cecah 100 scale..kalau device tue macam weighing scale, may b jarumnya dah rotate beberapa kali..menunjukkan betapa bahagia nya saat ini..

saat di mana ku temui sahabat2 yang sentiasa di sisi...yang sentiasa memelihara iman dan islamnya..alhamdulillah...rasa nikmatnya Islam masih ada..

tinggal beberapa hari lagi aku dan sahabat2 akan kembali ke kampung untuk beraya..tapi nk menggambarkan betapa besarnya gembira itu, sahur ku tidak lagi keseorangan..sejak tukar ke bilik ini(bilik baru) sahur dan iftar ku sentiasa berjemaah..tak ketinggalan solatku..sentiasa bersama..jika pagi2 ada saja ruangan berdiskusi..melontarkan idea masing2..banyak tajuk yang dibincangkan..contohnya pgi tadi adanya sesi parlimen kelantan mengeluarkan hujahnya...pelbagai isu yang di bincangkan...

itulah yang pernah di sandarkan kata-kata, jikalau bersahabat dengan membuat minyak wangi..sedikit sebanyak tercalit jua wanginya..kalau bersahabat dengan tukang besi, sedikit sebanyak terkena jua hitamnya...benar apa yang di katakan..

cuma...kekalkanlah kami di atas landasan yang benar..landasan yang di redhai oleh MU..ya Tuhan, tetapkan hati2 kami dalam bersahabat..jauhkan kami dari sengketa...

4 SAHABAT MECHATRONICS
.:umie, yani, aton, che mah:.

Tuesday, August 3, 2010

~CERMIN OH CERMIN~

Mesti tertanya-tanya ek apa yang interest pasal cermin kan. Emm...cermin dan kaum wanita ne memang xdapat di pisahkan. Umpama isi dan kuku, tapi ada jugak kadang2 macam kacang dan kulitnya. Kalau nak guna, baru di carinya, kalau xnak, hanya di lempar tepi. Hah...!! soalan cepu mas utk kaum wanita, sesiapa di sini membawa cermin apabila keluar shopping or jalan2..kiranya cermin always in their handbag laa...kira hebat laa korang ne..tapi owg bukan nk cerita sangat pasal cermin, apa kegunaan cermin n bla..bla..bla..tapi owg cuma cakap sesuatu yang seumpama dengan CERMIN..!!!


CERMIN atau dalam English di sebut MIRROR. Sifat cermin yang utama adalah TIDAK PERNAH BERBOHONG. Awat x pernah berbohong? Adakah ia ada mulut untuk berbicara? oh..no..no..no...
Kawan2 tengok lah wajah anda di cermin..seperti mana Allah menciptakan wajah kita berbeza sesama manusia, begitu juga cermin yang memantulan wajah kita sama dan tidak merubah sepertimana kejadian Tuhan. Jika kita tahu jerawat ada tumbuh di dahi, sure..bila tengok di cermin, mmg ada jerawat di dahi. bukan di mulut atau di telinga...

CERMIN BUKAN "BATU API"...mesti korang ada pengalaman kan..ada yang xpuas hati dengan lecturer ker..dengan member ker..pergi depan cermin, meluahkan perasaan depan cermin..ada yang maki hamun sampai x ingat dunia..ada yang sampai nk tumbuk cermin tue..aish..cermin xbersalah pon..tapi tu la kebaikan cermin..walau selori tanah pon korang mengata seseorang, tapi ia xpernah menceritakan apa yang korang maki hamunkan tue..dia merahsiakan segalanya2..tiada 1 pon rahsia korang terbongkar..tapi korang kena beware laa, nk maki hamun pon kena pandang kiri kanan jugak yea..mana taw ada org pasang telinga..huhuhuhu..

CERMIN MENERIMA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN....hah, ne ada 1 kes..kalau nk keluar tue bukan men bersiap ne haaaa....mengalahkan pengantin..ada tue smpai puji diri sendiri lak..'aku cantil laa hari ne'...kadang2 tue ada yang kata,'giler smart hari ne...mesti awek cair ar tgk'..macam2 pujian terhadap diri sendiri..tapi korang perasan tak, cermin xpernah berkata korang jangan perasan laa..muka macam kandang lembu ada hati nak ada awek..uuiikksss..pedihkan kalau cermin boleh berkata2..sifat cermin yang sentiasa meng ia kan segala percakapan dan segala pujian anda..

TETAPI ADAKAH KITA SEPERTI CERMIN???

adakah kita seperti cermin..yang sentiasa jujur, sentiasa menjaga hubungan sesama manusia..yang sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan seseorang? xperlu tepok dada..nnt sakit..cuma tanya sama hati..iaitu QALB..di mana sifatnya yang sentiasa bercakap benar..kita? semestinya kita pernah berbohong walaupun ianya perkara yang kecil..ingin owg kongsikan di sini..satu ketika dahulu, mungkin Allah nk tunjukkan IANYA adalah kuasa paling besar, ada sorang hamba Allah ne membohongi owg..katanya dia sedang meeting..huhuhu..tapi owg nampak dia sedang bersendaloka di cafe sedang membeli makanan..huh..berderau darah ne..tapi ana sabar..yaa..mungkin juga Allah nak tunjukkan perangai sebenar hamba Allah ne..hatiku berbisaik supaya bersabar..BERSABAR...

cermin bukan jugak batu api!!!!! ish3..sifat batu api ne kan sifat yang tidak boleh di maafkan..tapi cermin tak pernah membatu apikan sesiapa kan..sedangkan benda ada siat terpuji ini, apatah lagi manusia..yang punyai akal untuk membezakan yang baik dan yang buruk..tapi ada juga manusia yang meletakkan akalnya di lutut..ya ada..bukan xada..contohnya hamba Allah yg tadi tue..alaaa..yg owg kata dia menipu tue..masyaAllah..sekarang perangai buruk yang kedua pulak...suka membatu apikan sesama manusia..dalam erti kata yg lain..menghancurkan satu relation baik ke tidak baik..dia tue bukan apa, owg pon xtahu lah apa masalahnya dengan owg..tetapi owg hanya tahu masalahnya XADA KAWAN..jadi  kawan2 owg dia pergi cerita yg bukan2 supaya kawan2 akan membenci owg. ada manusia mcm ne kat dunia..jangan hairan..dia xada kawan sebab kan perangai dia tue..jadi nk mencari kawan baru dengan membatuapikan kawan2 org lain..AMAT XFAHAM DAAA...!!!!

cermin jugak menerima segala2nya tentang diri kita..baik dan buruk..luar dan dalam..tapi manusia??? sebab tue Allah menciptakan akal untuk manusia..akal tidak di makan..tetapi digunakan dengan bijak..bukan seperti otak..hanya boleh di makan..cermin xpernah mengata wajah kita buruk ker..berjerawat ker..kulit xsihat ker..cermin hanya sabar dan menerima segala2nya tentang diri kita..tetapi ada jua manusia yang men judge kan manusia yang lain melalui rupa..katanya rupa kawanku itu tidak lawa..that's y dia menyampah tengok..tapi nak cakap disini laa kan..yang mengata tue laa yang xlawa..hatinya busuk..mengumpat, menceritakan keburukan dan keaiban org lain..berkwan hanya di judgekan dengan material..elok laa..mmg dia amek material field pon..kalau ada kereta..hanya untuk kesenangan dia..mmg sahabat sehidup semati laa...tapi aku xdak apa2..hanya ada gerek jaa..sapa yg nak kawan??? huh..xapa..Allah itu MAHA ADIL..akan menghukum sesiapa yg berbuat salah.

*****cuma pesanku, jadilah seperti cermin..segalanya sifat mahmudah di dalam dirinya..di sayangi dan di ingati di mana2..sentiasa menjadi yang terpenting dalam hidup seseorang...*****

Tuesday, June 8, 2010

~Plan masa depan aku~

Kiranya ini bukan laa post yg ilmiah...cuma nk share..sebelom ne ramai yang tanya apa plan masa depan. Dan mereka ada plan masing2. Jadi, aku xketinggalan lah. Plan ne pon dah lama, im still stick to these plans.

1) Habis belajar, insyaAllah nak kerja.

2) Dah kerja, nak beli kereta Toyota Harrier, kereta idaman tue.

3)Pastu nak bawak mak n ayah p Mekah, wat umrah. Sebb mak n ayah dah nak nek haji hujung taun ne.

4) Nak renovate umah. Nak bagi mak n ayah hidup selesa. Nak pebesaq umah. Anak2 nakan dah semakin ramai. N rumah aku menjadi tumpuan sepupu sepapat untuk bertenggek. Bahagian tepi dah xleh sambung, insyaAllah nak bagi jadi 3 tingkat. Tue kita kena tanya bang mie dulu. Bagi dia yang lukis plan, bang lie kira budget. Hehehehe...

5) Jaga kebajikan anak2 nakan, family. Abang2, adik, anak2 nakan maw susah, kita tolong. Bagi lepas depa dulu. Sebab depa jaga masa aku susah. Balas balik jasa depa.

6) Kalau dah semua clear, everything is run smoothly, insyaAllah..baru pikiaq nk kawen..hehe..gatainya..calon pon tadak..

7) Pastu nk p honeymoon kat Pulai Kapalai kat Sabah...

TAPI...!!!!!


Kita hanya merancang, tetapi ada lagi rancangan yang paling baik untuk aku. Iaitu qadar dari Allah swt. Aku hanya mampu berdoa agar apa yang di hajatkan menjadi kenyataan. Berdoa agar panjang umor, murah rezeki, sihat tubuh badan. InsyaAllah..

~Hiasilah diri mu dengan sifat MALU~

MALU ITU SEPARUH DARIPADA IMAN. Mesti sahabat-sahabat selalu dengarkan pepatah ne. Dengan adanya sifat ne, kita sebagai manusia boleh/dapat menghindarkan diri dari perkara2 yang tak di ingini. Contohnya pergaulan antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya. Sedangkan Nabi yang maksum boleh semaikan sifat ini, apatah lagi kita hanya manusia biasa.  

SEBAB APA SIFAT MALU ITU PENTING..???

Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya. Kerana malu juga menjadi dinding dan body guard untuk dirinya supaya menjauhi perkara2 yang dilarang.


Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:


“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”
(HR Bukhari) 

Ada kisah tetang sifat malu di zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam . Jom kita baca sama2. Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: 
“Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: 
 Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”
(Shahih Muslim No.50)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: 
Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”
(Shahih Muslim No.53)

Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. 


Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.


LETAKLAH RASA MALU PADA TEMPATNYA
 Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan. Malu juga bukan sesama manusia sahaja, malah pada binatang, pada pokok, pada malaikat dan yang penting malu pada Sang Pencipta, Allah subhanahu wa ta'ala. 
*saya pon seorg pemalu..=) 




Thursday, May 20, 2010

~Peringatan Buatmu Wahai Wanita~

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

~indahnya cinta~

21 May 2010

Indahnya cinta..seperti yang aku tahu..Allah swt mengurniakan rasa cinta kepada makhluknya hanya 1/7 sahaja. Bayangkan, betapa besarnya nilai 1/7 tue. Kalian boleh tgk laa nilai 1/7 cinta manusia tu sampai ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta. Sanggup menggadaikan harta, jiwa bahkan body pon tergadai kerana cinta. Tetapi, Allah mengurniakan cinta kepada manusia supaya manusia bijak menggunakan perasaan itu. Contohnya cinta pada alam, binatang, sesama keluarga. Bukan cinta sesama manusia yang berlandaskan nafsu.

CINTA KEPADA ALLAH SWT

Cinta dan pengorbanan adalah sinonim. Maksudnyer seperti kuku dan isi. Bukan seperti kacang lupakan kulit. Allah kurniakan kepada kita semuanya FREE of CHARGE. Seperti air hujan, matahari, mata, deria sentuhan. Setiap ciptaan dan kurniaan-Nya itu tiada tandingan. Seperti terangnya lampu dan terangnya matahari. Contoh laa kan, kita sukar untuk melihat sehelai rambut di atas lantai, tapi dengan terangnya matahari kita dalat melihat bukan sahaja rambut, mcm2 poon boleh. Tak terbalas kurniaan dan nikmat-Nya. Tapi apa yang kita balas kepada Allah swt yang menandakan tanda kita berterima kasih dan cinta terhadap-Nya? Allah tak mintak untuk sentiasa solat 24 jam, tanpa makan dan minum. Tapi Allah hanya mintak kita sembah hanya DIA. Allah hanya melarang kita kepada 1 benda sahaja, iaitu perkara yang haram. 1 sahaja. tapi mengapa kita x boleh buat? mengapa? Allah melarang umatnya supaya tidak melakukan perkara yang haram kerana ada sebabnya. Mari kita rungkaikan sama2.

1. Makan babi
Saintis barat ada mengatakan yang daging pork ada mengandungi cacing yang tidak ada alat untuk menghapuskannya. Ne standard laa kan. sume orang tahu. Tapi sebenarnya kisah daging babi ne dah lama..Sejak zaman Rasulullah lagi. Tapi korang xpercaya. Bila orang Barat cakap, baru korang percaya.

2. Minum arak
Semua orang tahu arak memabukkan. Bila dah mabuk, dah x waras. Cakap pun melalut(tgk dalam tv). Bila dah x waras, balik rumah, gaduh2 ngn bini, terlepas cakap "CERAI". hah, nk wat cmna. Dah timbul satu masalah. Kalau syaitan masuk sekali, silap2 boleh ada kes rogol. Kalau ada yang teringin tu, tahan kejap. Tunggu arak di syurga nanti. Arak yang di janjikan kepada mereka yang beriman kepada-Nya.

Yang lain2 korang fk laa sendiri ye..

Wednesday, May 12, 2010

~For The Rest of My Life by Maher Zain ~



I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know

You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
oooooo
And there is a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
oooo
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart

*this song is belong to his beloved wife,  Maher Zain's wife (^_^)..sweet kan..

Saturday, April 24, 2010

~tahukah anda..??~

  • harimau putih adalah lebih besar saiznya berbanding harimau jingga
  • bahawa istilah kamikaze asalnya diberi kepada taufan yang menyelamatkan Jepun dari serangan Empayar Mongol pada abad ke-13
  • jam gajah ialah suatu jam air zaman pertengahan berbentuk gajah
  • Africa Selatan mempunyai 3 ibu negara, iaitu Cape Town(perundangan), Pretoria (eksekutif) dan Bloefontein (kehakiman)
  • bahawa Muffin Inggeris sering dimakan ketika sarapan di Amerika Utara dan Australia, tetapi dihidang sebagai makanan petang di England
  • bahawa ikan salmon hidup di laut tetapi membiak di air tawar
  • orang Kurdish merupakan satu-satunya bangsa yang tidak memiliki negara bangsa mereka sendiri
  • zorse merupakan hasil perkahwinan campur antara kuda belang dan kuda
  • Dinasti Song merupakan kerajaan pertama di dunia yang mengeluarkan nota bank atau duit kertas
  • burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya
  • Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
    walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Saturday, April 17, 2010

~antara manusia yang didoakan oleh para malaikat ~

18 APRIL 2010
10.36 am

1. Orang yang tidur dalam keadaan yang bersuci.

Iman Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, bahawa Rasulullah saw bersabda :
“ Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun sehingga malaikat berdoa : Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidurnya dalam keadaan suci”.
(hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 1/37)

2. Orang yang duduk menunggu solat.

Iman Muslim meriwayatkan dari Abu hurairah RA, bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Tidak salah seseorang di antara kalian yang duduk menunggu solat selama ia berada di dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya “Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah, sayangilah dia”.
(Sahih Muslim)

3. Orang-orang yang berada di saf bahagian hadapan di dalam solat. 

Imam Abu Daud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Baraa’ bin Azib RA, bahawa Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf terhadapan”.
(Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud 1/130)

4. Orang-orang yang menyambung saf (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan ak-Hakim meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada oarang-orang yang menyambung saf-saf”.
(Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 1/272)

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seoarng imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw bersabda : “Jika seorang imam membaca ‘ghairil maghdubi ‘alaihim walad dhaaal linn’ maka ucaplh kalian ‘amin’ kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan malaikat, maka ia akan di ampuni dosanya yang lalu”
(Sahih Bukhari)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda : “Para malaikat akan berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan soat, selama is belum batal wudhuknya (para malaikat) berkata, “Ya Allahampunilah dan sayangilah dia”.
(al-Musnad no 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7. Orang yang selalu solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda “Para malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat-malaikat(yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik ke langit, dan malaikat yang bertugas siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang bertugas di siang hari (hingga solat Asar) naik ke langit sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetep tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, “Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?” Kemudian para malaikat menjawab : “Kami datang sedangkan mereka sedang solat, maka ampunilah mereka pada hari Kiamat”.
(al-Musnad, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daru Ummud Darda’ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan yang didoakan adalah doanya dikabulkan. Pada kepalanya ada malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiiin dan engkau mendapat apa yang ia dapatkan”.
(Sahih Muslim)

9.Orang-orang yang berinfaq (bersedeqah).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu antara keduanya berkata, “Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang menginfak”. Dan lain berkata : “Ya Allah, hancurkanlah harta ornag yang pelit”.
(Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)

10. Orang yang bersahur. 

Imam Hibban dan Imam al-Tabrani, meriwatkan dari Abdullah bin Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang-orang yamg makan sahur”.
(Hadis disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib)

11. Orang yang menjenguk/melawat orang sakit. 

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali bin Abi Talib ra bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah swt akan mengutus 70 000 malaikat untuknya yang akan berselawatkepadanya di waktu siang hingga waktu malam dan hingga waktu Subuh”.
(al-Musnad, Syeikh Ahmad Syakir berkomentar : “Sanadnya Sahih”)

12. Seorang yang mengajar kebaikan kepada orang lain.
 
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah al-Bahily ra, bahawa Rasulullah saw bersabda : “Keutamaan seorang ‘alim ata sseorang ahli ibadah bagaikan keutamaan atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubang dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kebaikan kepada orang lain.”
(Disahihkan oelh Syaikh al-Albani dalam Kitab al-Tirmidzi)

Wahai saudara dan rakan-rakan, adakah kita tergolong dalam kumpulan yang di selawatkan oleh para malaikat? Kita belum terlambat lagi untuk menjadi salah satu golongan istimewa ini. Marilah sama-sama kita mengamalkan amalan terpuji ini. Bukan sahaja kita diselawatkan malah pahala juga kita peroleh. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri. Selamat beramal..!!

Tuesday, March 30, 2010

~Dari DIA kita datang, Kepada DIA kita kembali~


30 March 2010
23:19

telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati

tulus ikhlas mu luhur budi mu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga kata mu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabtku kau teman sejati

sudah di takdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih di perlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu 
ku pasrah di atas kehendak yang Esa
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
tempat yang di Kau janji kan nikmat untuk hamba-Mu
sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
walau ku tahu kau tiada di sisi

perjuangan kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih di jasad hidup di teruskan
sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami

moga amanlah dan bahagia kau di sana
setangkai DOA dan FATIHAH terusku kirimkan
moga di sana kau bersama para solihin
kau sahabatku kau teman sejati

Arwah Firdaus B Ismail (dalam bulatan) bersama sahabat-sahabat menjayakan program di bawah persatuan Ma'ruf Club IIUM



Sebaknya hati apabila mendengar khabar bahawa seorang lagi rakan seperjuangan “pergi buat selamaya” meninggalkan sahabat-sahabatnya di sini. Bumi UIA menjadi suram petanda mengiringi pemergiannya. Tapi hati kami para sahabat-sahabatnya sedikit bersyukur mendapat berita bahawa riak wajah arwah kelihatan tersenyum semasa dimandikan di masjid UIA. Petanda dia pergi dalam keadaan yang baik dan sejahtera. Arwah yang bernama Firdaus Ismail menuntut dalam jurusan Undang-Undang Tahun Ke-2 juga bergiat aktif dalam jalan-jalan dakwah. Terselit kenangan bersama semasa menguruskan satu ceramah agama. Dia yang menjaga tata tertib dan akhlak membuatkan ramai yang tersentap di atas pemergiannya. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga rohnya sejahtera di sana.Kenangan bersamanya akan ku kenang selama-lamaya.


*kepada sesiapa yang terbaca artikel ne, sedeqahkanlah al-Fatihah untuk Firdaus Ismail, semoga rohnya aman dan bahagia di sana. Amin Ya Rabbal 'alamin

Saturday, March 27, 2010

~الله اكبر - Hanya Kau yang Maha Mengetahui Setiap Segala Sesuatu~

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir(berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalanginya"        (Al-Furqan 25:53)

Ayat Al-Quran ne aku rujuk selepas aku terbaca satu artikel pasal wujudnya sungai di dalam lautan. Ajaibkan kan ciptaan Allah S.W.T. Dan ayat 53 surah Al-Furqan ne jugak di letakkan di bawah tajuk Tanda-Tanda Kekuasaan Allah S.W.T Dalam Alam. 

Diberitakan seorang penyelam yang bernama Mr.Jacques Yves Costeau iaitu seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Pada suatu hari ketika beliau sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang professor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering di identity kan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan. ."Ertinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al-Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah S.W.T, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Lihatlah alam semesta jikalau kalian ingin tahu kekuasaan dan kehebatan kuasa Allah S.W.T sebagai Pencipta. Lautan yang didalamnya sungai ini berada di Cenote Angelita di Mexico. Dengan kedalaman 30 meter dari paras air, air yang sebelumnya masin terasa segar dan tawar. Tetapi selepas 60 meter, ia kembali menjadi masin. Semasa 30 meter yang pertama, di gambarkan ada pokok-pokok dan dedaunan yang terapung.Seperti mana di gambarkan oleh seorang photographer yang bernama Anatoly Beloshchin, beliau berkata “We are 30 meters deep, fresh water, then 60 meters deep – salty water and under me I see a river, island and fallen leaves… Actually, the river, which you can see, is a layer of hydrogen sulphide.”

Tapi kita sebagai umat Islam yang berpegang pada Sunnah dan Al-Quran, semua yang terjadi di alam semesta ini adalah kerana keizinan Allah S.W.T.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."










*bagaikan ingin mengalir air mata ini. Terasa kerdil dan hinanya aku di sisi Dia.

"Ya Allah, Kau kekalkanlah iman di hati kami, matikanlah kami di dalam iman dan Islam. Berkatilah setiap perjalanan hidup kami. Hanya di-Kau tempat kami sembah, dan hanya di-Kau tempat kami meminta pertolongan"

Sunday, March 14, 2010

~1-perjuangan~

15 March 2010
0:34

Pada 12 Mac yg lepas, aku n rumate2 aku yg lain plan nk kuar. G men boling, but ada benda yg menimpa salah satu rumate aku, iaitu aween. Jadi plan kami tukar sikit..Iaitu g Low Yat untuk baiki n-fon..Then bermula lah cerita sadis dan penug dengan liku2 sebuah kehidupan 4 org anak dara nie.

Liku pertama yg kami terpaksa tempuh adalah D(nadiah ajman) xdapat bersama2 dengan kami semua untuk keluar petang tue di sebabkan oleh masalah kesihatan. Jadi kami dah tinggalkan D di bilik, mahalah ameenah..walaupun tanpa D, kami tetap meneruskan perjuangan kami bertiga. Then, aween pon drive kereta kesayangannya ke stesen Putra.. Kami ke Low Yat dengan menaiki kenderaan awam spya dapat lari dari kesesakan lalulintas. Tambahan pulak aween kena cepat sebelum kedai Samsung tutup pada pukul 7.  Masuk jer dalam train, owg x berapa banyak, dan aku dapat mengusah pemandangan luar..

Bila dah lihat pemandangan luar, aku dah mula pening. Sebabnya aku ne mabuk naik train..Kami beli tiket smpai dang wangi, dan akan change monorail ke Jalan Imbi. Jadi nk ke Dang Wangi kami terpaksa menempuh 11 stesen. Bila dah pening, aku cuba pejam mata dan tidur..Bila smpai kat Stesen Dato' Keramat, aku membuka mata dan cuba melihat keadaan sekeliling. Tapi mulut , kepala dan perutku rasa amat2 x selesa. Aku rasa pening dan nk muntah. Smpai ke Stesen KLCC aku habaq kat aween yg aku nk turun sebb nk muntah dan aku menyuruh aween meneruskan perjalanan sebb kedai akan tutup x lama lagi..Turun jer dari train, nah!! 2x aku muntah..lamp chop aku makan tadi..waaaa...rugi..kat KLCC aku berjalan2 ntuk menghilngkan pening..dah agak boring aku poon p lak KINOKUNIYA nk tgk2 buku..bila bukk n nk baca, rupanya pening aku x hilang lagi..jadi aku mengambil keputusan supaya keluar dari toko buku tu dan pergi berjalan2..Smpat laa aku membeli coklat n biskut kan FAMOUS AMOS tu..Memandangkan dah nk masok mgrib, aku poon lepak2 kat surau KLCC tunggu magrib..Dah pas mgrib, aween mesej yg diaorg dah kat KLCC n kiteowg akan balik sama ke Stesen Putra.

Bila dah jumpa aween, aween pon bercerita..Rupanya selepas aku ada sorang lagi yg terpaksa mengalah di setesen Dang Wangi.. Mieja poon dah start pening2 n muka pucat. Jadi mieja tunggu aween d Stesen Dang Wangi..

Aween keseorangan meneruska perjuangan ke Low Yat seorang diri tanpa di temani oleh sesiapa kerana masing2 rumatenya telah kandas di tengah jalan. Dan di sana, aween berjya merepair n-fon nya.

Kemudian, aween dan mieja datang ke KLCC untuk mengutip aku yg tercicir keseorangan dan pulang mengutip D di bilik untuk keluar makan. Dan bila kami kembali bersama, masing2 sudah kembali ke keadaan sediakala. D sudah kurang sakitnya di bahagian rusuk..Aku dan mieja sudah kurang pening2 lalat dan aween sudah pulih dari rasa gelisah sebb n-fon nya itu. Dan kami berjalan2 bersama2 di uptown DANAU KOTA..

Kat danau kota lak, aku membeli crocks untuk anak2 sedara aku, amir dan aqil, aween membeli butang kasoot dia n d beli tudung n sneakersnyer..mieja ja yg x beli apa2..hehe..

Inilah kisah 1 perjuangan kiteowg..penuh sadis dan menghayat hati...Terima kasih sebb menbaca kisah kami..=)

*next time kita keluar sama2 lagi yek..hehehe


Friday, March 5, 2010

~ukhwah i2 indah~

6th March 2010
11.30 a.m

Awal bangun hari ini walaupun di hujung minggu. Sebabnya ada FAMILY DAY untuk prog 1MEC. Best sangat. Dapat release segala masalah, dapat relax sebentar n dapat jauhkan diri sebentar dengan segala final projek sem ne..tapi jgn lupa laa..ada byk lagi report yg nk disiapkan..bukan sebagai keluhan, tapi sekadar peringatan untuk diri ku ini..supaya selalu beringat..kenang jasa mak, ayah, abg mie, abg lie, abg wie n adik ku sorang tu, bedan..ops..lari lak dari tajuk..berbalik kepda tajuk kita..

الحد الله , bila dah buat fmly day ne kita dapat kenal com3 yg lain..yg baru nmpak muka kta di kenalkan..yang dah kenal kita dekatkan lagi. thanks untuk com3 progrm FAMILY DAY ne..sabar dengan group aku yg hyperactive..mula, kiteowg di sajikan dengan sarapan nasi lemak mami KAED..mmg kenyang la...

then, game pertama sembunyi blakang selimut..game ke 2, masok air dalam botol dengan menggunakan tali n getah saja..(susah tue)..and, sudah smpai seru and last skali ,MU TAW DOK..kreative adik2 ne manage progrm...tink..1 mark untuk korang..

bila dimuhasabah balik diri ini, sikit sangat sahabat yg berdamping dengan kita..apa pentingnya sahabat ne??
di dunia: teman suka dan duka..nangis n riangnya kita..
akhirat sana: teman itu mendoakan kita bila kita sudah tiada.
sebb itu pentingnya sahabat......yang beriman..xsemestinya cari sahabat yg bertudung laboh atau berniqab, dan berkepiah...ISLAM di hati..bukan pada nama..

"Ya Allah, kekalkanlah ikatan persahabatan antara kami. Jauhkanlah kami dari perbalahan."


~sudah sampai seru~

05 March 2010
Jam 20:01

Dengan lafazبسم الله الرحمن الرحيم , aku untuk pertama kalinya telah men'create'kan blog aku sendiri. Mungkin pada tajuknya seperti seru mendapat jodoh..Tetapi serunya kali ini untuk terbukanya hati membuat blog sendiri. Mungkin jua ada pengaruh dari rakan-rakan, tetapi rasa ingin 'share' sesuatu ngn kawan-kawan lebih tinggi unruk buat blog ini. Di harapkan inilah blog yang terakhir untuk aku kerana mungkin dah banyak blog yang aku buat dan aku lupa username n passwordnyer..ish..ish..ish..loklaqnya..=)

Diharapkan kawan2 x jemu untuk melawat n mengomen blog yang baru aku buat ne..insyaAllah, di masa2 akan datang, lebih banyak idea dan pegalaman yang ingin aku kongsikan untuk kalian..segala tunjuk ajar dari kalian akan aku terima..insyaAllah..with term n condition la...