Saturday, April 24, 2010

~tahukah anda..??~

  • harimau putih adalah lebih besar saiznya berbanding harimau jingga
  • bahawa istilah kamikaze asalnya diberi kepada taufan yang menyelamatkan Jepun dari serangan Empayar Mongol pada abad ke-13
  • jam gajah ialah suatu jam air zaman pertengahan berbentuk gajah
  • Africa Selatan mempunyai 3 ibu negara, iaitu Cape Town(perundangan), Pretoria (eksekutif) dan Bloefontein (kehakiman)
  • bahawa Muffin Inggeris sering dimakan ketika sarapan di Amerika Utara dan Australia, tetapi dihidang sebagai makanan petang di England
  • bahawa ikan salmon hidup di laut tetapi membiak di air tawar
  • orang Kurdish merupakan satu-satunya bangsa yang tidak memiliki negara bangsa mereka sendiri
  • zorse merupakan hasil perkahwinan campur antara kuda belang dan kuda
  • Dinasti Song merupakan kerajaan pertama di dunia yang mengeluarkan nota bank atau duit kertas
  • burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya
  • Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
    walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Saturday, April 17, 2010

~antara manusia yang didoakan oleh para malaikat ~

18 APRIL 2010
10.36 am

1. Orang yang tidur dalam keadaan yang bersuci.

Iman Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, bahawa Rasulullah saw bersabda :
“ Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun sehingga malaikat berdoa : Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidurnya dalam keadaan suci”.
(hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 1/37)

2. Orang yang duduk menunggu solat.

Iman Muslim meriwayatkan dari Abu hurairah RA, bahawa Rasulullah saw bersabda :
“Tidak salah seseorang di antara kalian yang duduk menunggu solat selama ia berada di dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya “Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah, sayangilah dia”.
(Sahih Muslim)

3. Orang-orang yang berada di saf bahagian hadapan di dalam solat. 

Imam Abu Daud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Baraa’ bin Azib RA, bahawa Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf terhadapan”.
(Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud 1/130)

4. Orang-orang yang menyambung saf (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan ak-Hakim meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada oarang-orang yang menyambung saf-saf”.
(Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib 1/272)

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seoarng imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw bersabda : “Jika seorang imam membaca ‘ghairil maghdubi ‘alaihim walad dhaaal linn’ maka ucaplh kalian ‘amin’ kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan malaikat, maka ia akan di ampuni dosanya yang lalu”
(Sahih Bukhari)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda : “Para malaikat akan berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan soat, selama is belum batal wudhuknya (para malaikat) berkata, “Ya Allahampunilah dan sayangilah dia”.
(al-Musnad no 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7. Orang yang selalu solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda “Para malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat-malaikat(yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik ke langit, dan malaikat yang bertugas siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang bertugas di siang hari (hingga solat Asar) naik ke langit sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetep tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, “Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?” Kemudian para malaikat menjawab : “Kami datang sedangkan mereka sedang solat, maka ampunilah mereka pada hari Kiamat”.
(al-Musnad, hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daru Ummud Darda’ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan yang didoakan adalah doanya dikabulkan. Pada kepalanya ada malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiiin dan engkau mendapat apa yang ia dapatkan”.
(Sahih Muslim)

9.Orang-orang yang berinfaq (bersedeqah).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu antara keduanya berkata, “Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang menginfak”. Dan lain berkata : “Ya Allah, hancurkanlah harta ornag yang pelit”.
(Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)

10. Orang yang bersahur. 

Imam Hibban dan Imam al-Tabrani, meriwatkan dari Abdullah bin Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada orang-orang yamg makan sahur”.
(Hadis disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib)

11. Orang yang menjenguk/melawat orang sakit. 

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali bin Abi Talib ra bahawa Rasulullah saw bersabda: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah swt akan mengutus 70 000 malaikat untuknya yang akan berselawatkepadanya di waktu siang hingga waktu malam dan hingga waktu Subuh”.
(al-Musnad, Syeikh Ahmad Syakir berkomentar : “Sanadnya Sahih”)

12. Seorang yang mengajar kebaikan kepada orang lain.
 
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah al-Bahily ra, bahawa Rasulullah saw bersabda : “Keutamaan seorang ‘alim ata sseorang ahli ibadah bagaikan keutamaan atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubang dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kebaikan kepada orang lain.”
(Disahihkan oelh Syaikh al-Albani dalam Kitab al-Tirmidzi)

Wahai saudara dan rakan-rakan, adakah kita tergolong dalam kumpulan yang di selawatkan oleh para malaikat? Kita belum terlambat lagi untuk menjadi salah satu golongan istimewa ini. Marilah sama-sama kita mengamalkan amalan terpuji ini. Bukan sahaja kita diselawatkan malah pahala juga kita peroleh. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri kita sendiri. Selamat beramal..!!