Sunday, December 18, 2011

Hari 'Asyura- by Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Assalamualaikum wbt....

Dalam selit menyelit dekat final exam, aku sempat lagi selak2 blog2 yang lain..dan tetiba terjumpa satu entry pasal hari 'asyura...

even dah nk penghujung Muharram, tapi aku tak kan terlepas meletakkan entry pasal hari 'asyura nie sebb aku tahu yang di luar sana masih lagi mencari apa kata sebenar tentang hari 'asyura....

masuk lah link ini.....written by ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre..Amalan Hari 'Asyura

untuk pengetahuan aku sangat suka akan ustaz nie...opss..jgn salah sangka ya...aku suka akan ketegasan ustaz nie..walaupun wajahnya menunjukkan kelembutan, kadang2 ada ketegasannya..pernah g dgr talk ustaz di UIA, masyaAllah...terbaik..!!

Oley!! : "Hukum Hudud"

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dengan adanya vedio yang di jayakan oleh watak2 di dalam vedio ini sedikit sebanyak membuka mata masyarakat tentang HUDUD..!!

Dulu bila di sebut hudud, ramai yang takut dan ramai yang menolak. Sungguhpun sebenarnya hudud adalah hukum yang diciptakan oleh Allah swt sendiri, bukannya di cipta oleh manusia..

dok caya??? selak laa al-Quran..

dis link below will tell u about what is hudud actually..layan.....oley!! "Hudud Allah"...



Dalam gambar dia atas:


Dari kanan:-    Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, Ust Imran al-Malizi, Ustaz Ridhuan Mohd Nor, 


Ustaz Nasruddin Hasan dan yang kiri sekali adalah Ustaz Nik Mohd Abduh


special contribution are Bob Lokman, Man John & MatLutfi









Jurukamera: Suhairil Izham | Azwan Fadhli
Penata Bunyi: Hafiz Hamdan
Editor: Azwan Fadhli | Suhairil Izham
Skrip & Kesinambungan Cerita: Ahmad Taufiq Iqbal
Pembantu Pengarah: Nur Shahidat | Hidayatul Karimah
Lagu Tema: Raudhah | Dendang Anak Jalanan
Pengarah: Ahmad Huzaifah Ahmad Shahir
Terbitan: One Heart Creation Solution
Penerbit: Solidariti Muslim Prihatin


p/s: one heart creation solution is my seniors...^__^ ex-student uia...

Thursday, December 15, 2011

Talaqqi Terjemah Safinatun Najah

Assalamualaikum wbt...

Jumaat
16 december 2011/ 20 Muharram 1433
11.15am- 1.00 pm
Musolla Engineering UIAM

Guru Talaqqi:- Alhabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Alhamid

Tajuk yang di pelajari hari ini adalah berkenaan dengan perkara di bawah.

1. Akibat Orang yang Rosak wuduk/ berhadas kecil

Barangsiapa yang rosak wudhuknya maka haram baginya 4 perkara:
  • Solat
  • Tawaf
  • Menyentuh mushaf
  • Membawa mushaf (di lihat pada tujuan asal membawa mushaf)
Habib ada menghuraikan bab mushaf. Yang di katakan mushaf itu adalah al- Quran. Manakala juga di katakan mushaf itu adalah bilangan tafsir al- Quran yang sama bilangannya dengan ayat al-Quran. Kotak al Quran juga adalah sebahagian dari al Quran. Kotak yang bagaimana? Kotak sarungnya al Quran yang mana kita menyimpan al Quran di dalam kotak tersebut. Kulit al Quran yang tercerai dari al- quran itu juga sebahagian dari al Quran.

2. Larangan bagi orang yang junub
  • Solat
  • Tawaf
  • Menyentuh mushaf
  • membawa mushaf
  • berdiam di masjid
  • membaca al Quran
Habib Ali menghuraikan membaca al Quran itu ada dua jenis. Satunya membaca al Quran dan ke duanya berzikir dengan ayat-ayat al quran. Contohnya berzikir dengan ayat-ayat alquran adalah seperti doa sebelum tidur, kita membaca 3 Qul dan ayatul kursi. Ini di bolehkan kerana ia merupakan zikir dan doa. 

Bagi mereka para hafizah yang khuatir akan melupai ayat yang di hafalnya, maka ia di bolehkan.

3. Larangan bagi wanita yang haid/ nifas
Wanita haid haram melakukan 10 perkara di bawah:
  • Solat
  • tawaf
  • Menyentuh mushaf
  • membawa mushaf
  • berdiam di masjid
  • membaca al quran
  • Puasa
  • Talaq (talaq tetap sah tetapi berdosa)
  • Lewat di dalam masjid kuatir dapat mengotori masjid
  • Menikmati bagian tubuh antara pusar dan lutut (kepada si suami)
Dikatakan masjid itu adalah tempat yang diwakafkan(bukan atas hak siapa2) untuk semua kaum muslimin dan muslimat. Contohnya Abu punyai rumah, di dalamnya ada bilik bersolat (musolla). Ia tidak di kira sebagai masjid kerana bilik itu miliknya Abu dan Abu punya hak untuk tidak benarkan atau benarkan sesiapa untuk ke bilik tersebut untuk bersolat. Jadi di sini, sesiapa pon boleh memasuki bilik tersebut mahupun yang di dalam keadaan haid, nifas atau pun hadas kecil.

Surau itu masjid kah?

Berbalik kepada hak milik surau tersebut. Jika surau tersebut diwakafkan, maka ia adalah masjid. Maka wanita berhadas besar di larang mendekatinya. 

p/s: orang melayu menamakan ia surau adalah kerana saiznya, bukan kepada hak miliknya..^__^

4. Sebab- sebab tayamum
Sebab-sebab tayamum itu ada 3:

  • tidak adanya air
  • sakit
  • butuh kepada air kerana hausnya hewan yang di muliakan.


Habib menerangkan sebab tiadanya air mestilah ketiadaanya air itu 3 km sekurang-kurangnya. Jika di dalam 3 km itu ada air, maka wajib kita berwuduk dengan menggunakan air. Contohnya jiran kita punyai air, jadi kita wajiib ke rumahnya untuk berwuduk.

Sakit di mana sakitnya akan mudarat jika terkena air atau menghalang anggota wuduk dari terkena air.

Di sebutnya hewan yang di muliakan (hayawatin muhtarom) kecuali 6 makhluk ini:
i- orang yang meninggalkan solat dengan sengaja
ii-orang zina mukhshan
iii-murtad
iv-kafir harbi
v-anjing yang buas
vi-khinzir

Jika ada satu keadaan di mana air yang kita punya itu cukup untuk berwuduhuk untuk kita sahaja, sedangkan saudara kita(tergolong dalam makhluk yang tidak di muliakan), tidak wajib kita berika air kepadanya utk minum dan tiada dosa untuk kita. Tidak salah juga untuk kita berikan, tetapi jika airnya sudah tiada untuk kita berwuduk, kita di bolehkan untuk bertayamum tetapi wajib menqada'kan solat tersebut.

Semoga Allah swt sentiasa merahmati akan Alhabib Ali Zaenal Abidin di atas ilmu2 yang beliau ajarkan kepada kami..Aameeen..

Talaqqi hari ini di temani oleh as-syamsi dan sunira..^__^

Wednesday, December 14, 2011

LIMA 2011- LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE

Assalamualikum wbt...

Siapa sangka dalam beratus orang student engineering, aku yang terpilih untuk join group p LIMA'11 kat langkawi..Itulah di namakan takdir..^__^

On 8th December 2011, aku & members berkumpul di tangga besar UIA. kami seangkatan 1 bas uia akan bertolak ke kuala perlis. Esoknya jumaat kami ada career day di MIEC (mahsuri international exhibition center).

Actually group uia dah lambat. Kami terlambat nek feri. So kol 2 baru kami smpai ke MIEC. 1st company yang brief kiteorg adalah SPIRIT. Aku agak laa rasa bosannya, sebb xmasuk dengan majoring aku kan. Tapi alhamdulillah, on 2nd day kami kat LIMA'11, SAPURA nyer company brief pasal system, electronic system. So that aku faham laa. Tapi aku tak interest pon nak masuk industrial side coz aim aku pon lecturer. (there are some reasons y i choose that field.)

dah laa..aku malas nk tulis banyak2...tgk jer gamba..