Monday, August 30, 2010

~KAU YANG BERGELAR SAHABAT~

Jikalau gembira itu boleh di ukur menggunakan device, mungkin bacaan tahap gembira aku yang paling tinggi...kalau device tue macam thermometer, may b mercury nya dah cecah 100 scale..kalau device tue macam weighing scale, may b jarumnya dah rotate beberapa kali..menunjukkan betapa bahagia nya saat ini..

saat di mana ku temui sahabat2 yang sentiasa di sisi...yang sentiasa memelihara iman dan islamnya..alhamdulillah...rasa nikmatnya Islam masih ada..

tinggal beberapa hari lagi aku dan sahabat2 akan kembali ke kampung untuk beraya..tapi nk menggambarkan betapa besarnya gembira itu, sahur ku tidak lagi keseorangan..sejak tukar ke bilik ini(bilik baru) sahur dan iftar ku sentiasa berjemaah..tak ketinggalan solatku..sentiasa bersama..jika pagi2 ada saja ruangan berdiskusi..melontarkan idea masing2..banyak tajuk yang dibincangkan..contohnya pgi tadi adanya sesi parlimen kelantan mengeluarkan hujahnya...pelbagai isu yang di bincangkan...

itulah yang pernah di sandarkan kata-kata, jikalau bersahabat dengan membuat minyak wangi..sedikit sebanyak tercalit jua wanginya..kalau bersahabat dengan tukang besi, sedikit sebanyak terkena jua hitamnya...benar apa yang di katakan..

cuma...kekalkanlah kami di atas landasan yang benar..landasan yang di redhai oleh MU..ya Tuhan, tetapkan hati2 kami dalam bersahabat..jauhkan kami dari sengketa...

4 SAHABAT MECHATRONICS
.:umie, yani, aton, che mah:.

Tuesday, August 3, 2010

~CERMIN OH CERMIN~

Mesti tertanya-tanya ek apa yang interest pasal cermin kan. Emm...cermin dan kaum wanita ne memang xdapat di pisahkan. Umpama isi dan kuku, tapi ada jugak kadang2 macam kacang dan kulitnya. Kalau nak guna, baru di carinya, kalau xnak, hanya di lempar tepi. Hah...!! soalan cepu mas utk kaum wanita, sesiapa di sini membawa cermin apabila keluar shopping or jalan2..kiranya cermin always in their handbag laa...kira hebat laa korang ne..tapi owg bukan nk cerita sangat pasal cermin, apa kegunaan cermin n bla..bla..bla..tapi owg cuma cakap sesuatu yang seumpama dengan CERMIN..!!!


CERMIN atau dalam English di sebut MIRROR. Sifat cermin yang utama adalah TIDAK PERNAH BERBOHONG. Awat x pernah berbohong? Adakah ia ada mulut untuk berbicara? oh..no..no..no...
Kawan2 tengok lah wajah anda di cermin..seperti mana Allah menciptakan wajah kita berbeza sesama manusia, begitu juga cermin yang memantulan wajah kita sama dan tidak merubah sepertimana kejadian Tuhan. Jika kita tahu jerawat ada tumbuh di dahi, sure..bila tengok di cermin, mmg ada jerawat di dahi. bukan di mulut atau di telinga...

CERMIN BUKAN "BATU API"...mesti korang ada pengalaman kan..ada yang xpuas hati dengan lecturer ker..dengan member ker..pergi depan cermin, meluahkan perasaan depan cermin..ada yang maki hamun sampai x ingat dunia..ada yang sampai nk tumbuk cermin tue..aish..cermin xbersalah pon..tapi tu la kebaikan cermin..walau selori tanah pon korang mengata seseorang, tapi ia xpernah menceritakan apa yang korang maki hamunkan tue..dia merahsiakan segalanya2..tiada 1 pon rahsia korang terbongkar..tapi korang kena beware laa, nk maki hamun pon kena pandang kiri kanan jugak yea..mana taw ada org pasang telinga..huhuhuhu..

CERMIN MENERIMA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN....hah, ne ada 1 kes..kalau nk keluar tue bukan men bersiap ne haaaa....mengalahkan pengantin..ada tue smpai puji diri sendiri lak..'aku cantil laa hari ne'...kadang2 tue ada yang kata,'giler smart hari ne...mesti awek cair ar tgk'..macam2 pujian terhadap diri sendiri..tapi korang perasan tak, cermin xpernah berkata korang jangan perasan laa..muka macam kandang lembu ada hati nak ada awek..uuiikksss..pedihkan kalau cermin boleh berkata2..sifat cermin yang sentiasa meng ia kan segala percakapan dan segala pujian anda..

TETAPI ADAKAH KITA SEPERTI CERMIN???

adakah kita seperti cermin..yang sentiasa jujur, sentiasa menjaga hubungan sesama manusia..yang sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan seseorang? xperlu tepok dada..nnt sakit..cuma tanya sama hati..iaitu QALB..di mana sifatnya yang sentiasa bercakap benar..kita? semestinya kita pernah berbohong walaupun ianya perkara yang kecil..ingin owg kongsikan di sini..satu ketika dahulu, mungkin Allah nk tunjukkan IANYA adalah kuasa paling besar, ada sorang hamba Allah ne membohongi owg..katanya dia sedang meeting..huhuhu..tapi owg nampak dia sedang bersendaloka di cafe sedang membeli makanan..huh..berderau darah ne..tapi ana sabar..yaa..mungkin juga Allah nak tunjukkan perangai sebenar hamba Allah ne..hatiku berbisaik supaya bersabar..BERSABAR...

cermin bukan jugak batu api!!!!! ish3..sifat batu api ne kan sifat yang tidak boleh di maafkan..tapi cermin tak pernah membatu apikan sesiapa kan..sedangkan benda ada siat terpuji ini, apatah lagi manusia..yang punyai akal untuk membezakan yang baik dan yang buruk..tapi ada juga manusia yang meletakkan akalnya di lutut..ya ada..bukan xada..contohnya hamba Allah yg tadi tue..alaaa..yg owg kata dia menipu tue..masyaAllah..sekarang perangai buruk yang kedua pulak...suka membatu apikan sesama manusia..dalam erti kata yg lain..menghancurkan satu relation baik ke tidak baik..dia tue bukan apa, owg pon xtahu lah apa masalahnya dengan owg..tetapi owg hanya tahu masalahnya XADA KAWAN..jadi  kawan2 owg dia pergi cerita yg bukan2 supaya kawan2 akan membenci owg. ada manusia mcm ne kat dunia..jangan hairan..dia xada kawan sebab kan perangai dia tue..jadi nk mencari kawan baru dengan membatuapikan kawan2 org lain..AMAT XFAHAM DAAA...!!!!

cermin jugak menerima segala2nya tentang diri kita..baik dan buruk..luar dan dalam..tapi manusia??? sebab tue Allah menciptakan akal untuk manusia..akal tidak di makan..tetapi digunakan dengan bijak..bukan seperti otak..hanya boleh di makan..cermin xpernah mengata wajah kita buruk ker..berjerawat ker..kulit xsihat ker..cermin hanya sabar dan menerima segala2nya tentang diri kita..tetapi ada jua manusia yang men judge kan manusia yang lain melalui rupa..katanya rupa kawanku itu tidak lawa..that's y dia menyampah tengok..tapi nak cakap disini laa kan..yang mengata tue laa yang xlawa..hatinya busuk..mengumpat, menceritakan keburukan dan keaiban org lain..berkwan hanya di judgekan dengan material..elok laa..mmg dia amek material field pon..kalau ada kereta..hanya untuk kesenangan dia..mmg sahabat sehidup semati laa...tapi aku xdak apa2..hanya ada gerek jaa..sapa yg nak kawan??? huh..xapa..Allah itu MAHA ADIL..akan menghukum sesiapa yg berbuat salah.

*****cuma pesanku, jadilah seperti cermin..segalanya sifat mahmudah di dalam dirinya..di sayangi dan di ingati di mana2..sentiasa menjadi yang terpenting dalam hidup seseorang...*****