Thursday, December 13, 2012

Hadiah Perkahwinan Yang Paling Mahal

بسم الله الرحمن الرحيم

السلا معليكم و رحمة الله و بركاته

Satu malam, sedang menunggu kepulangan abang-abang dan kakak-kakak ipar dari penang, aku dengan mak lepak-lepak di beranda rumah. Sejuk, udara malam menghembus lemah. Bersama bonda, tiada apa yang di sembangkan sangat, banyak lebih kepada kekeluargaan. 

Emak membuka cerita tentang perkahwinannya dahulu. Dan aku mula memasang telinga, mendengar dengan penuh teliti. Bukan senang mak dan ayah nak bukak cerita tentang zaman muda mereka. Boleh beruban jugak laa dengar reason depa.

Seusai akad nikah mak dan ayah, wan(my datuk) masuk ke bilik mak. Hanya mereka berdua dalam bilik tue. Lalu, wan pon memulakan bicara.

Wan : Alhamdulillah, laa nie hang dah kawen, dah ada suami, dan bakal ada anak-anak. Hang akan ada keluarga sendiri. Dan hang akan jadi emak kepada anak-anak.

Emak dengar dengan penuh sabar dan teliti.

Wan : Aku sebagai ayah suka dengan perkahwinan anak-anak. Tapi hang pun taw, ayah xdak duit nak bagi hadiah kat hang. Kita orang susah. Cuma, aku nak pesan pada hang malam nie, dan aku nak hang ingat sampai bila-bila. 

"Kalau ada tetamu datang ke rumah, layanlah tetamu dengan baik. Walaupun kita tak suka dia mai umah kita. Layan depa dari awal, sampai depa balik. Jamu lah depa makan apa pun. Bawak keluaq apa saja yang kat dapoq bagi depa makan walaupun kueh 4 segi.(biskut kering). Hidang ayaq walaupun hanya ada ayaq telaga."

Aku melihat, mak menahan ayaq mata. Dan aku? Dah meleleh, berjurai2 ayaq mata. 

Wan(*datuk ku) bukanlah seorang yang menunjukkan kasih sayang dia. We know men right mcm mana. Sayang, tetapi tak di tunjuk perasaan tue. Lalu, aku pun teringat, itu apa yang mak ajar pada kami. Jangan tunggu sampai tetamu mintak ayaq. Nampak jaa dah duduk, terus masuk dapoq, bancuh ayaq. 

Tiba-tiba, ternampak lampu kereta masuk ke kawasan rumah. Abang2 dah sampai. 
Aku, tekad dalam hati, akan ku pegang hadiah perkahwinan ibuku, dan sematkan selamanya dalam hati.

Wassalam...

***saat ini berjurai lagi air mata. Agak-agak apa yang ayah akan cakap kat aku masa malam kahwin nanti eh..

wan nasihat dari segi adab, tetapi Islam sudahpun mengajar kita bagaimana nak menghormati tamu. ^_^

Friday, November 23, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Majlis Pengajian Talaqqi an-Nur bercahaya lagi kali ini. Dengan kedatangan orang-orang yang istimewa malah ada tetamu khas dari Mesir, boleh juga ya di katakan Mesir? Kerana asalnya Syeikh dari Indonesia. 

MasyaAllah, tetamu yang hebat, al-Musnid Asia Tenggara Syeikh Muhammad Husni al-Ginting al-Azhari. Bagaikan mahu rebah mendapat khabar yang talaqqi malam itu akan di hadiri oleh Syeikh Muhammad Husni. Siapa sangka kan, masih lagi ada jodoh bersama beliau..^__^


Dari kanan adalah Ustaz Abdullah al-Qedhahi(*atau di kenal ustaz alfansuri mahupun ustaz Abu Zahrah)
Tengah:- Syeikh Muhammad Husni al-Ginting al- Azhari
Kiri:-Ustaz Muhadir Bin Hj Joll

Photo ini di ambil oleh salah seorang hadirin talaqqi Muslimin pada tahun lepas, 2011. Tahun ini saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kerana keterujaan dapat bertemu dengan syeikh lagi untuk kesekian lamanya. Syeikh ada juga buat lawatan pengajian di luar, di Darul Hasani contohnya, cuma saya yang tidak berpeluang ke sana. Alhamdulillah, Allah swt masih lagi memberi kesempatan yang terhebat ini..


2011. kami di bacakan Kitab Syamail Muhammadi. Syeikh Muhammad Husni berkata, serban Rasulullah SAW berwarna putih, tetapi bezanya jikalau Baginda hendak menghadiri peperangan, serban dan jubah Baginda SAW bewarna hitam. Kerana khuatiri kotor terkena debu mahupun darah. Lalu Syeikh katakan, serban saya memang ini ya warnanya.(kelihatan serban syeikh Husni berwarna cream). Katanya lagi, serban ana memang asalnya begini warnanya, bukan bererti ana tidak basuh yaa serban ana. ^__^ Syeikh seperti tahu saja, pasti akan ada yang melihat serbannya. Sangat cute.

Ini sekadar pengenalan tentang sejarah pertemuan saya dengan al-Musnid Asia Tenggara, Syeikh Muhammad Husni al-Ginting al-Azhari. Siapa sangka, masih lagi dipertemukan dengan Syeikh pada tahun seterusnya..alhamdulillah...

Ini adalah video rakaman semasa kunjungan Syeikh di Musollah KOE, UIA..

1. Video1
2.Video2

Sekian, wassalam
يسم الله الرحمن الرحبم

Alhamdulillah, Jumaat yang lalu, 9 November 2012, Musollah Kulliyyah of Engineering, UIA di kunjungi oleh para-para malaikat kerana di situ adanya taman syurga. Majlis ilmu (Talaqqi) hari Jumaat lepas menggunakan kitab Aqidah al-Awwam.

Sahabat boleh view video di link ini.

Majlis Talaqqi ini di namakan Majlis Ta'lim an-Nur.

Kitab ini di syarah oleh al Habibana 'Ali Zain al Abdidn Abu Bakar al Hameed...alhamdulillah...


Friday, November 9, 2012

Sakura~~~


Hari ini,
membuka helaian kitab lama,
kembali membaca kerana ingatanku sedikit lupa dengan isinya
Bidadari Bumi tulisan Ustazah Halimah alydrus dari Indonesia
Saat habis bab pertama di baca,
tidak henti air mata mengalir,
perit rasakan di bibir menahan tangis yang mula untuk berlagu,
di rasakan diri ini sangat berdosa,
jika Ustazah punya 9 kisah bidadari dunia,
aku hanya punya satu,
seorang bidadari,
yang pernah singgah dalam hidupkan satu ketika,
tapi kini, kami terpisah dek kerana cinta pada ilmu.
berita perpisahan tidak dapat aku bendung,
berkali tangis aku kuat dalam kalam doaku,
meminta utk di tabahkan hati, di cekal kan hati yang rapuh
saban hari aku mengira waktu,
apakah sudah tiba saat itu,
aku berdoa, meminta jalan yang terbaik untuk aku dan dia
di atas perpisahan yang sementara
aku selalu bertanya pada Allah,
mengapa dasyat sekali rasa cinta ini pada dia, kakak ku
mengapa utuh sekali rindu ini pada dia
hati ini tidak pernah rasa buruk pada dia
ingin sekali aku dakapi dia dengan erat,
tetapi taqdir Allah tidak mengizinkan kami.
aku redha dengan ketentuan-Nya
pertemuan semula tidak aku ketahui,
tapi aku berharap untuk berjumpa lagi dengannya si bidadari bumi
Ya Allah,
kalaupun tidak sempat untuk kami bersua muka lagi,
temukan kami di syurga nanti
Duhai Kakanda, ingatlah daku dalam doamu.

*hadiah dari kakanda dari Japan


Thursday, November 1, 2012

Hijrah Rasulullah ke Madinah al-munawwarah

Tidak dapat membendung lagi rindu ini,
hampir-hampir sesak rasa di dada,
apabila Qasidah Tola'al Badru di alunkan,
pasti,
pasti kabur renungan mata ku,
qasidah ini mengingtkan aku pada 1 peristiwa,
di mana hijrah bermula,
Rasulullah di sambut dengan qasidah ini,
kesukaran Rasulullah menghadapi musuh Allah,
di temani Sayyida Abu Bakar ke Madinah,
ramainya ummat Baginda Rasulullah menanti di pinggir sana,
akhirnya, muncul kelibat yang di tunggu,
Ya Allah,
izinkan aku menuturkan qasidah ini,
apabila aku berjumpa dengan Baginda di 'sana',
ana uhibbuka Ya Rasullah..

~Zulhijjah 1433H~


Ku mulakan tinta,
dengan ucapan kalimah agong,
memuji dan membesarkan Tuhanku,
Ya Awwal Ya Akhir,
tidak lelap mataku dengan izin-Nya,
yang mencurahkan ilham di kolam fikiran,
lalu aku tafsirkannya melalui tulisan,
Duhai Tuhan Sekalian Alam,
dapat aku rasakan,
nikmat usia yang memanjang,
tetapi, tidak aku tahu sejauh mana keberkatan usiaku,
tidak juga aku mengetahui apakah selari amal ibadahku dengan umur panjang ku,


Wahai Tuhan Sekalian Alam,
sebelum jantung berhenti berdegup,
sebelum nafas ini terhenti,
sebelum mata ini pejam untuk selamanya,
sebelum dada ini menghirup udara dunia,
izinkan..izinkan aku ke sana,
tempat berkumpulnya mereka-mereka yang rindu pada-Mu,
yang tiada tawa, tapi hanya tangisan rindu semata,
rindu pada Mu, rindu pada Rasul-Mu,
tidak mampu di tahan air mata yang berlinang,
tatkala telinga di sapa takbir 'iduladha,
aku rindu Ka'bah-Mu,
aku rindu ingin ke tanah Rasulullah berpijak,
Duhai Tuhan, izinkan..
aku ke sana


Thursday, October 11, 2012

~green ring of relationship ^_____^

بسم الله الرحمن الرحم

الحمد لله...lastly sempat jugak nak re-install font arab..

8-october-2012 bersamaan dengan 16 Zulkaedah 1433
Graduation Day
For...
Haryani(che yan) and Fharidatun (che tun)
CONGRATS...!!!!!
alhamdulillah, selesai sesi pembelajaran yang pertama
MASTER?
PHD?
insyaAllah, mana- mana jalan ilmu yang kalian pilih itu yang terbaik
mana- mana jalan ilmu yang mengingatkan kita pada Allah swt itu yang terbaik
jalan ilmu mana yang mendekatkan kita pada Rasulullah itu terbaik
ilmu, itu adalah harta yang berharga
kerana dia menjaga kita
meninggalnya kita dari dunia ini dengan meninggalkan ilmu yang bermanfaat itu bertuah
harga ijazah setiap individu itu berlainan
terletak pada keberkatan dan usaha kalian
Hanya Allah swt dan kalian sahaja yang mengetahui
number pada CGPA itu tidak bermakna kejayaan kita
percayalah, hanya DIA yang mengetahui
insyaAllah, CGPA rendah tapi dekat dengan Allah
ITU YANG TERBAIK
kalaupun CGPA tinggi tapi jauh dari Allah
apakah makna menuntut ilmu
tetapi,
CGPA tinggi dan dekat dengan Allah,
kalian ada bonusnya
tetapi, jangan lupa dan sentiasa berjaga
niat dan hati kalian..kerana itu yang utama
selamat maju dan berjaya
aku dan umi bakal menyusul kemudian
doakan kejayaan kami
di dunia dan akhirat


*i like this green ring most..love both of u
yani n atun
*the silver one is ring of sunnah..kan memakai cincin itu sunnah Nabi saw

Sunday, September 23, 2012

50 Simpulan 'aqidah

aku mulakan post kali ini dengan mengagungkan asma' Allah yang maha Mulia, yang Maha pemberi rezeki..Tuhan sekalian alam..titipan selawat dan juga salam untuk Rasul Junjungan Ummat, Muhammad Bin Abdullah, juga ahlul baitnya dan para sahabat baginda..moga ruh kita dengan ruh para mukminin..ameeen..

before I go further tentang tajuk post, ingin aku ceritakan 1 cerita, pengalaman bertalaqqi bersama Syeikhuna Ustaz Muhadir Bin Haji Joll as- Sanariy di Musolla Engineering UIAM Gombak..



Kisahnya begini, ustaz berkata :-

'aqidah itu umpama simpulan..macam mana ia di katakan simpulan.

Ustaz bertanya, "Sesiapa di sini ada tali? Tali yg letak kunci pun xpa"
Anak murid,"saya ada ustaz".

Kemudian, ustaz menyimpul tali tersebut dengan beberapa simpulan..ustaz bertanya lagi,"nie apa?"


kami menjawab,"tali yang telah di simpulkan."

Ustaz kata sambil tersenyum, "pandai antum n antunna sekalian. ingatkan tak taw."

Ustaz lagi berkata sambil tangan kirinya memegang hujung tali sebelah atas. ustaz meletakkan tangan kanan nya di bawah tangan kiri..lalu ustaz menurunkan tangan kanannya hingga melepasi simpulan pertama..simpulan pertama terlepas..kemudian, di lepasi pula simpulan kedua..hingga simpulan terakhir..

apa significant ustaz berbuat demikian?

ustaz berkata, "bayangkan tali ini ada 50 simpulan..50 simpulan 'aqidah..kalau kita terlepas simpulan pertama, kita masih ada 49 simpulan..kalau terlepas lagi, kita ada 48 simpulan..simpulan-simpulan inilah yang akan selamatkan kita dari terjatuh dan gelincir dari landasan agama. seandainya kita hanya ada 1 simpulan, bayangkan bagaimana cepatnya kita mudah jatuh dan jauh dari Allah swt dan juga Rasul-Nya."

kalian mesti tertanya-tanya, mengapa 50..kan?

50 itu adalah semua sifat wajib, sifat mustahil dan sifat jaiz(mungkin) bagi Allah swt dan Rasul.

keimanan terhadap Allah swt:-
1. Sifat wajib = 20
2. sifat mustahil = 20
3. sifat jaiz = 1

keimanan terhadap rasul:-
1. sifat wajin = 4
2. sifat mustahil = 4
3. sifat jaiz = 1

campur semua jadi lah 50. inilah 'aqidah kita, Ahlil Sunnah Wal Jamaah..

Thursday, September 20, 2012

Primary and Secondary of PELANGI

Bismillah...aku mulakan post kali ini dengan kalimah agung yang di ajarkan Allah kepada Rasulullah, dan tercatitnya ia di dalam al Quran..(*tercatiti kaa tercatat..?)

Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan ummat, Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas kaum keluarganya dan juga sahabat baginda SAW..

alhamdulillah..dengan masa yang sekangkang kera ini, aku cuba share/ kongsi, boleh juga di katakan experience aku..haha..

on 1st of Ramadhan 1433(this year 2012), aku sorang jaa di bilik..no rumate n no friends..since da day was first day of ramadhan, so most of them spend their tyme with family.. even though aku mmg sorang2 jaa dalam bilik masa bulan puasa..

n alhamdulillah..hari pertama berpuasa dan insyaAllah puasa yang terakhir d uia..hujan rintik2..then, i keep looking on the sky..mmg favourate aku melihat langit dan awan..then, muncul 1 benda di langit..iaitu...PELANGI..^_^

pelangi jaa pon..biasa laa..tapi, i got 2 rainbows in 1 tyme..that were called primary and secondary rainbow..alhamdulillah..tadi dalam kelas Machine Vision(*belajar pasal image processing), da lecturer ajar aku pasal optic n sume tue..then ada 1 bab pasal pelangi..then dia tunjuk pelangi ada primary and secondary..wat the important is, he said "bukan mudah untuk melihat those kind of rainbow..jarang2 skali berlaku"..jadi..alhamdulillah, i'm one of the selected slave of Allah yg dapat melihat kejadian alam yang jarang2 sekali berlaku..

inilah ciptaan Allah SWT..Dia jadikan sesuatu bukan kerana sia-sia..tetapi ada cerita dan hikmah di sebaliknya..diciptakan manusia yg di kurniakan 'aqal fikiran untuk memikirkan kejadian Allah supaya kita lebih taqarrub(*dekat) kepada Sang Pencipta. Kalian pernah melihat Aurora? aku rasa aku ada tulis tentang aurora..aku tidak pernah melihat aurora..tapi aku yaqin, ia pasti cantik n indah..

melihat ciptaan alam membuatkan kita berfikir tentang kekuasaan Allah SWT..jangan biarkan mata yang kita pinjam untuk sementara, mata yg kita pinjam dari Allah itu mencari saham akhirat ini menggunakannya ke arah perkara2 yang haram..

kata-kata al-Fadhil Ustaz Muhadir B. Haji Joll, "palingkan wajahmu dari 'neraka' dunia.."

maksudnya, janganlah kalian memandang kepada hal-hal kemaksiatan yang berlaku di dunia..kerana itu yang di panggil neraka..contohnya, melihat aurat ajnabi..melihat gambar2 yang tidak senonoh dan sebagainya..
bukan sahaja mata kita yang rosak, tetapi segalanya rosak..segala-galanya...termasuk lah..iman..

khayr..it's near to maghrib..besok hari raya..(*setiap hari raya jumaat tue kan hari raya buat kaum muslimin)..i need to do some preparation..as well as u..insyaAllah..

wassalam..

*plez do pray for me..aku tak tahu apa yg perlu aku lakukan tahun hadapan..2013..its sumthing like mysterious..2013 masih dalam kelam..T.T

*sorry, secondari rainbow sangat nipis..so aku xpasti korang nampak ke tak..
it just slightly behind the primary rainbow

*picture 2

*picture 3

kawan aku ada berkata...aku bukan puasa berseorang..tapi bersama para wali..she said like that because

peace no war..=)

Friday, September 14, 2012

Erti Tabah dan redha

Aku mulakan nukilanku dengan Bismillah..kelak tiap apa yang akan aku bicarakan nanti dihisab dengan timbangan berat di sebelah kanan..bukan erti aku menulis semata2 kerana rasa ingin melakukan satu luahan rasa, tetapi lebih kepada pesanan dan juga nasihat pada kalian, si pembaca..insyaAllah..

tabah..semestinya apabila di timpa ujian ataupun musibah dari Allah swt..biasa kita lihat, apabila saudara, rakan2 kita ditimpa ujian menjadi kebiasaan kepada kita untuk mengucapkan sabar..iya..mulut ini yang berbicara erti sabar, tetapi hati dia yang menanggung keperitan..benar itu..sama juga seperti kalau ujian yg menimpa kita..lalu bagaimana?

pasti keluhan yang keluar dulu..bertanya, mengapa jadi begitu..mengapa jadi begini..kalau aku tak buat begitu..kalau aku tak buat begini..pasti tak akan terjadi..mempersoalkan apa yg Allah taqdirkan perkara yang terjadi itu adalah salah..

bagi Muslim yang sejati, tiap apa perkara yang menimpa dia diletakkan Allah di tempat pertama..husnu dzon pada Allah..kerana Dia yang menetapkan ujian..bukan saja2, malah untuk uji iman kita..sejauh mana cinta dan darjat Allah dalam diri kita..

Jujurnya, aku sedih melihat mereka yang tidak mempercayai HIKMAH yang Allah telah letakkan di penghujung jalan satu ujian yang ditimpakan Allah pada kita..tatkala itu, aku teringatkan 1 kata dari Ustaz Syed Abdul Qadir al-Joofri, "Kalau nak ingin katakan apa yang muslim hilang adalah HIKMAH"

Lalu apa yang di takutkan, apa yang merisaukan..sungguhpun hadiah sudahpun tersedia di penghujung jalan..Allah mentaqdirkan sesuatu bukan sia-sia, bukan saja-saja..Maka kita hambanya, jangan cepat putus asa..belajar erti redha..

Sungguhpun 1 kerjaan, niat ikhlas kerana Allah, pasti Allah akan membantu..kalaupun kerjaan kita itu terkadang mendapat ujian dari Allah, lapangkanlah dada, usaha sebaiknya..insyaAllah..sesungguhnya Allah bersama orang2 yang bersabar..(al-Baqarah)

*senyumlah tatkala di timpa ujian..

Saturday, September 8, 2012

Mereka sedang bercinta..aku?

saat terakhir aku bertemu adalah sebelum Ramadhan, dan mendengar suaranya ketika Ramadhan tahun ini 1433 hijrah..tetapi tabir begitu tinggi menghalang aku dari melihat wajahnya..

pengajian talaqqi d uia lama aku rasakan kosong pada hari Jumaat..selalunya syeikhuna murabbi akan menghadirkan diri..tetapi aku tahu, kekasihku itu juga adalah kekasih orang lain juga..peace..

alhamdulillah, Allah mengizinkan seperti apa yg di janjikan..mawlid di masjid mu'adz setiawangsa..tetapi clash dengan pengajian kitab dengan Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari..Allahu Allah..bagaimana?

Lalu, aku katakan pada kakak jue bahawa isyak kita ke setiawangsa..tetapi jdohku belum lagi sampai...aku stay d masjid wilayah hingga ke habis pengajian..

hari ini, aku mendapat berita yang aku rasakan sempit, susah dan mahu menangis..bagaimana orang lain merasakan suka hati mencerca habibuna..

"dekat tak semestinya cinta, tapi cinta pastinya dekat"---ustaz abu zahra

aku benar mencintai dia yang menghilangkan kabus cinta Rasulullah SAW di depan mata hatiku...syukran Ya Rabb



*Allah, izinkan...Jumaat ini di Musolla Kulliyyah of Engineering...

Monday, September 3, 2012

Perjalanan ku

mengejar impian itu tidak pasti,
tetapi mengejar akhirat itu pasti.

sekarang, aku makin sampai ke penghujung permulaan yang telah aku mulakan..
berpaling ke belakang dengan renungan yang redup..
mengambil iktibar di atas liku dan halangan yang telah aku rasai
di mana tempat lukanya kaki aku melangkah,
rebah dan sakitnya..biarpun air mata mengalir..
tapi akan ku tetap tabah melangkah
hingga titik di mana aku sedang berdiri sekarang

ku palingkan wajah ke hadapan,
masih ada sisa baki perjalanan.
aku memohon supaya Allah mudahkan perjalanan kali ini
akan aku cuba berjalan dengan tenang,
bertemankan Allah dan Rasul,
supaya kali ini aku sampai di penghujungnya dengan berjaya
kalaupun ada, biarpun air mata gembira
segalanya aku serah pada Yang Esa
kalaupun aku kecewa, tetapi aku sudah pun berusaha
berjaya atau tidak bukan di tangan dan usahaku
tetapi, segalanya kerana Allah swt..

Allah, mudahkan perjalananku..
ingin aku memulakan perjalanan di jalan yang lain pula

Sunday, September 2, 2012

baiti jannati


1:20 pm
12 Syawal 1433
31 August 2012
Jumaat, Sayyidul Ayyam

di bawah teriknya suria,
terpercik peluh yang dingin,
angin tidak pula bertiup kala ini,
pokok kaku, tidak bergerak,
tetapi, ada sang burung sedang bernyanyi-nyanyi di dahan san.

kepala mendongak dan mata memanah ke dada langit,
tenang,
Allah, benar kalam-Mu,
alam Mu itu tanda kekuasaan Mu,
ia tanda kebesaran-Mu,
hanya orang yang berakal sahaja yang mampu menafsirkan
tiap satu ciptaan dan ketetapan-Mu
oh, tuhan yang SATU.

aku. hari ini masih di suatu tempat,
tempat di mana aku membesar
mengenal erti alam
tangis tawa sendu bermula di sini
jika hari ini aku tidur bernyanyikan suara burung tukang
aku tidak pasti apakah mampu lagi aku dengar suara itu
nanti

seperti sebelumnya, pepohon menjadi teman renungan ku
berfikir dan menafsir apa yang harus dan mampu aku lakukan
akal ku sungguhpun tidak mampu untuk menjangkaui ke seberang sana
lalu aku menadah tangan, memohon pada sang Pencipta

lalu bagimana harus aku tamatkan doakau
jika sendu masih lagi berlagu
tidak mahu aku tamatkan doaku,
kerna aku mahu mengadu segalanya pada DIA
Aku yakin, Allah mengetahui kesakitan dan keperitan ku,
segalanya bermula dari DIA,
jadi aku pohon pada DIA, tamatkan apa yang aku sudah mulakan..

sesungguhnya Allah lebih mengetahui tiap segala sesuatu yang terjadi

Thursday, May 31, 2012

mata semakin buta


Tahun 2012,
aku di tayangkan dengan pelbagai perkara,
Dari aspek agama, mahu pun keluarga,
Aspek politik....segalanya tentang dunia
dunia semakin tua,
manusia semakin lalai dengan nikmat dunia..
sesiapa yang lemah imannya,
kelak lemas dalam kenikmatan dunia yang sementara
dunia, syurga bagi mereka yang kufur
neraka bagi mereka yang beriman
hari makin hari
manusia semakin buta
lalu, bagaimana harus melihat?
kalau bukan melainkan iman terhadap Allah swt,
sampai bila manusia harus menggunakan akal semata
sampai bila akan sentiasa menimbal balik baik dan buruk sesuatu perkara
jika ada syaitan yang sentiasa memujuk rayu hati manusia
Allah, aku bersyukur
Al-Quran dan hadith Rasulullah saw menjadi panduan hidup..
aku takut, aku takut jika aku jauh dari MU
lalu pada siapa lagi harus aku letakkan air mata ini
jika bukan pada MU

Thursday, April 12, 2012

ALLAH SWT itu MAHA PENYAYANG KEPADA MAKHLUKNYA

Assalamu3alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Bismillahirrahmanir rahim- dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

semua orang Islam tahu ucapan basmallah nie..semua..tapi sejauh mana kita tahu Allah itu maha pengasih dan maha penyayang..

Apa yang ingin saya ceritakan di bawah nie adalah kisah saya sendiri..pengalam saya sendiri about 5-6 years ago..

Rewind...rewind...rewind...2006

Menjadi kebiasaan buat keluarga saya, pabila tamat tingkatan 5 kami akan bekerja. Tak kira laa kerja apa pun..janji kerja..Dan juga termasuk lah diri saya nie..That time, saya pekerja di petrol pump petronas kat kampung. dalam 3-4 km dari rumah laa..

then, wktu tue mak lang saya dia ada bertanyakan tentang borang upu saya. alhamdulillah, semua borang even borang nak masuk asrama pun xpernah sekali saya mengharapkan pada parent untuk isi..pesan mak lang waktu tue.."hang dah berusaha, laa ne hang tawakal dan doa pada Allah..mintak Allah meletakkan hang pada tempat pengajian yang terbaik pada agama hang, terbaik pada mak ayah hang, terbaik untuk saudara2 hang"

Lalu, saya lantas berdoa..doa yang sama di ajarkan oleh maklang..masa kerja di petronas pon saya tak tinggal doa tue..sampai lah 1 masa, hari upu result kuar, my cousin called me..she told me i have place in uiam in engineering course..masyaAllah...

untuk pengetahuan kalian, saya dulunya bukanlah gadis yang menutup aurat secara sempurna..masih juga bertudung bawal biasa..

tetapi setelah 6 tahun sya berada di uiam gombak..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...syukur..Allah memang telah mengurniakan pada saya 1 tempat pengajian yang mana imanku terjaga..yang mana saya bersama org2 yang soleh sentiasa..

perhatikan...dulunya, saya bukan wanita yang menutup auratnya secara sempurna..tetapi Allah masih lagi mendengar doa hambanya..Allah masih lagi kurniakan kasih dan sayang itu pada hambanya..as long as kita masih lagi dalam syahadah dan aqidah bahawa tiada tuhan melainkan Allah swt dan Muhammad saw itu pesuruhnya, InsyaAllah, kita mendapat rahmat dan mawaddah nya..moga kisah ini menjadi pengajaran buat kalian yang membacanya..ingatlah, tiada kata Allah swt tak menyayangi hambanya....Allah ada bersama kita, tetapi kita yang selalu lupa tentang-Nya..

Saturday, March 31, 2012

Berprasangka baik itu lebih baik- Husnu dzon

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Alhamdulillah, pujian dan syukur kerana Allah swt masih lagi menyayangi hamba-Nya ini, memberi kelapangan untuk berkongsi sesuatu di sini..Terpanggil untuk share sesuatu walaupun jadual padat dengan tanggungjawab sebagai student. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw dan keluarga, semoga kita mendapat syaafaat Rasulullah saw..ameen..


Saya bg situasi lah senang...(coz dah 5x taip padam taip padam..xtahu nk mula ayat mcm mana).

situasi 1:

Senah: Jenab, hang nk taw dak, Kak Minah tue sombong kemain. Kita punya laa senyum kat dia, dia buat tak taw jaa..Buat2 xkenal kita plak..Taw laa dia tue ustazah..mana laa layak nk berbalas senyuman ngn kita nie. pakai pon xcukup kain.

Jenab: Bila hang jumpa Ustazah Minah? tadi ka?

Senah: Haaa, tadi laa..jalan menonong jaa..tak tengok kiri kanan dah..

Jenab: Mungkin dia kelam kabut tadi nk p hospital. Anak dia excident, kena langgaq ngn lori treller..

Senah: *Sentap

......kita tak tahu apa yg terjadi pada kawan kita..menonongnya mungkin ada sesuatu yg berlaku padanya..mungkin sakit perut, mungkin dia xsihat..berprasangka baiklah sahabat..

situasi 2: (situasi nie mungkin popular, dan mungkin anda pernah terbacanya)

Kisah seorang ayah yg anaknya excident dan sedang di rawat di hospital..Setelah beberapa ketika, doktor yang merawat anaknya keluar dari bilik rawatan dan mengatakan anaknya berada di dalam keadaan stabil tanpa senyuman di bibirnya. Ayah pada anak tersebut membuat spekulasi bahawa doktor tersebut tak mengambil kisah tentang pesakitnya yg terlantar. Tetapi terkesima setelah mengetahui bahawa doktor tersebut dalam keadaan rush untuk menghadiri pengkebumian anak tunggalnya..

Kawan, teman, sahabat..tak rugi kita husnu dzon..tak salah kita husnu dzon..mungkin ada sesuatu yg menimpa ke atas mereka, mungkin ada sesuatu yg mengganggu fikiran mereka..jauhi su'u dzon (prasangka buruk)..ia umpama virus yg makan dan merosakkan sel-sel kebaikkan dalam hati kita..lama kelamaan yg tinggal hanya sekeping hati yg kering, keras, gelap, hingga xmampu cahaya menembusinya..

banyak lagi kebaikkan lain kalau kita prasangka baik nie, hati tak sakit..silaturrahim pun terjaga..kita dah nmpak kawan kita dlm rushing, tapi nak jugak prasangka buruk..syaitan nie tunggu masa jaa nak cucuk kita p cerita kat owg lain..satg mula laa..owg ne cakap mcm ne, owg tue cakap mcm tue laa..DAH TERJADI FITNAH..kenapa fitnah? bercakap sesuatu yang bukan benar, adalah fitnah..bercakap sesuatu yg benar adalah mengumpat...(statement nie hanya di gunakan untuk certain2 situasi saja okey)...

jom kawan2...mulai hari ini kita berprasangka baik pada setiap orang..^_^

Allahu a'lam..

Thursday, January 12, 2012

ADAM ADLI...antara realiti dan fantasi

Assalamu'alaikum....

apa yg realiti, dan apa plak yg fantasi? JOM..!!

okey, since dis sem..pembuka sem baru tahun 2011, semester di mana semua universiti bermula dengan sistem masuk semester yang baru iaitu start bulan 9.

Bermula semester ini, aku tempuhi pelbagai kejadian di mana Malaysia mungkin akan beralih kerajaan dalam PRU-13..aameen...

Bermula dengan peristiwa Rektor wanita pertama di malaysia, iaitu Datuk Zaleha di uia...Then Prof. Aziz Bari yang di gantung perkhidmatannya sebagai pensyarah kuliyyahh undang2 di sebabkan kenyataannya yang benar dan tidak melanggar undang2 Islam. Kemudia di ikuti dengan ceramah ustaz azhar di uia. Dimana ustaz tidak di benarkan untuk menyampaikan ceramahnya di dalam masjid seperti yang di janjikan oleh pihak universiti. Tak mengapalah, pihak pengurusan program cuba sedaya upaya untuk melancarkan program. Daripada masjid dengan had muatan 6000 orang berpindah ke experimental hall hanya muat untuk 200 orang sahaja. tak mengapa...kemudian dengan kejadian di mana president SRC uia tidak di benarkan masuk ke tv9 dalam satu rancangan ilmiah..dasyatkan..tetapi perkara ini tidak di bersarkan..

kemudian, termasuk juga dengan pihak universiti menarik balik kebenaran untuk Dato' Saifuddin untuk memberi talk pasal bukunya. di katakan pospone, tapi smpai sekarang tidak di ketahui lagi tentang tariknya...kemudian paling terakhir adalah kejadian Adam Adli yang telah menurunkan bendera yg ada muka pemimpin negara, najib tun razak(xpayah laa wat hurup besaq)..jadi kecoh 1 negara dengan kejadian ini..ada yg mengutuk, ada yg membela...

so, bagi AKU....

aku puji ADAM ADLI..bukan sebab dia ensem ke menda..tapi sebb semangat yang ada dalam diri dia..bukan semangat menentang pemimpin, tapi menentang kejahilan mereka..
mengapa ada pihak perlu untuk menggantung beliau? kalau nk di kira pasal turunkan banting yg ada gmbar pm, kenapa tidak gantung saja pengawas di sekolah, yg menurunkan bendera malaysia..kenapa tak di gantungnya saja pakcik2 di kg yg buat bendera malaysia sebagai kain basah, kain lap kaki..mengapa tidak di tangkapnya makcik2 yg bungkus nasik lemak dengan surat kabar yg ada muka najib? bukan stakat muka najib saja yg di bungkusnya, kadang2 ada saja muka SULTAN..MENGAPA TIDAK DI TANGKAPNYA?

kalian...
jangan di adakan pengawas di sekolah. jangan adakan kem kepimpinan di sekolah mahupun di universiti jikalau tidak mahu ada rakyat seperti ini. jangan adakan pertandingan pidato, debat jika xnk anak kita mcm tue...jangan hanya menuding jari padanya..di mana otak kita? di mana akal kita? siapa yg mengajarnya untuk punya daya kepimpinan yg berani seperti dia?

kalian lihat, prestasi sekolah sekarang..bukan dari akademiknya, tapi sahsiahnya..lihat bagaimana anak2 sekarang akhlaknya? pukul guru? tengking guru? calar kereta guru? tak payah cakap laa remaja mungkin ada pergolakkan jiwa..nak matang katanya...tapi, bagaimana kanak2 sekolah rendah yg pandai menulis surat cinta, yg pandai menghunus pisau pada rakannya...kalau bukan media puncanya...didikan ibu bapanya...kalau generasi kanak2 sudah sebegitu, jadi bagaimana generasi cucu2 kita..gurunya bagaimana? lembik mcm kuey teow? skali jentik pengsan?

perhatikanlah, ibu bapa anak2 sekarang pantang di jentik anaknya..yaa, ibu bapanya educated..graduated from oversea..apa yg engkau belajar di oversea sehingga anak pon engkau tak pandai didik..wah, lebih baik ibu bapaku, yg langsung tak pernah jejak kaki ke universiti, yg dulunya tidak pandai berbahas melayu(kerna nenek2 moyangku berbangsa thai)...tapi kami semuanya menghormati guru..

tanya dalam diri..mana integriti kita sebagai manusia...kononnya mahu menjaga malaysia, tapi apa yg kau ada!!!!!!!