Saturday, November 26, 2011

sesuatu yang lebih baik dari bidadari


Aku bukanlah Aisyah,
Yang setia menemani Nabi,
Yang tekun membantu dakwahnya Nabi,
Aku wanita alaf 21,
Yang penuh khilaf dunia,
Yang kekadangnya hanyut di bawa usia
Tapi aku ingin sepertimu duhai Aisyah
Yang sabar, yang taat, yang lapang dadanya menerima setiap dugaan dari-NYA

Aku bukan Hawa,
Yang setia disisi ciptaan-Nya
Yang mencari cinta Adam jauh berbatu
Aku wanita alaf 21,
Yang mahu bekerjaya
Mahu berbakti pada dunia
Aku mahu seperti Hawa,
Yang tak pernah jemu berusaha
Yang tidak pernah takut dengan ujian dunia
Kerana kau meyakini bahawa Allah itu Maha Mengampuni

Aku bukan Balqis
Yang punya harta dan kekayaan
Yang punya kerajaan pemerintahan
Aku wanita alaf 21,
Yang di lahirkan nun di sebuah kampung,
Di mana cita-citanya tinggi menggunung
Aku ingin sepertimu Balqis
Yang terus beriman pabila berjumpa cahaya Ilahi

Tapi, aku bisa mengerti
di setiap jalinan ketetapan Ilahi
Yang terbaik buat hamba-Nya ini

Jikalau hari ini,
aku di anugerahi darjat dan kemuliaan
Pasti aku akan mengerti,
Aku sedang menggalas tanggungjawab di beri Rabbi,
Jika hidupku kemudiannya penuh onak dan duri
Akan ku sabar menempuhi,
kerana semuanya di tetapkan dari azali..


*wanita solehah adalah lebih baik dari bidadari syurga

0 comments: