Saturday, November 26, 2011

bagaimana kita boleh ke syurga?

15:52, Tuesday
Mahallah Ameenah, IIUM

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh

Dulu, ambe di ajar semasa kecil bahawa kita akan di hisab dan di hitung setiap segala amalan kita di dunia. Besar amalan kita, berat timbangannya. Siapa yang berat timbangan kebaikannya, akan di tentukan ke syurga.

Setelah dewasa, ambe diajar bahawa tiada apa pun yang dapat bawa kita ke nikmatnya syurga melainkan rahmat dari Allah swt.

BENAR..NA'AM..ABSOLUTELY RITE..

sebagaimana dalam hadis menyebut,

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

jadi mengapa kita perlu beramal kebaikan kalau dengan hanya rahmat-Nya sahaja kita di izinkan ke syurga?

So, watpe nk susah2 nk sembahyang, nk baca quran klu dah dengan rahmat Allah saja kita boleh ke syurga?

tak susah, mcm mana kita nak dapat rahmat Allah? Iaitu dengan melakukan segala yang di suruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

*ambe tahu ramai rasanya yang tulis pasal rahmat Allah swt. tapi ambe cuma sekadar memperingati diri sendiri dan juga sahabat yang mungkin alpha tentang ini. Buat yang baru tahu, berpesan2 lah kepada mereka yang lain. =)

0 comments: