Tuesday, March 30, 2010

~Dari DIA kita datang, Kepada DIA kita kembali~


30 March 2010
23:19

telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati

tulus ikhlas mu luhur budi mu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga kata mu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabtku kau teman sejati

sudah di takdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih di perlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu 
ku pasrah di atas kehendak yang Esa
Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
tempat yang di Kau janji kan nikmat untuk hamba-Mu
sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
walau ku tahu kau tiada di sisi

perjuangan kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih di jasad hidup di teruskan
sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami

moga amanlah dan bahagia kau di sana
setangkai DOA dan FATIHAH terusku kirimkan
moga di sana kau bersama para solihin
kau sahabatku kau teman sejati

Arwah Firdaus B Ismail (dalam bulatan) bersama sahabat-sahabat menjayakan program di bawah persatuan Ma'ruf Club IIUM



Sebaknya hati apabila mendengar khabar bahawa seorang lagi rakan seperjuangan “pergi buat selamaya” meninggalkan sahabat-sahabatnya di sini. Bumi UIA menjadi suram petanda mengiringi pemergiannya. Tapi hati kami para sahabat-sahabatnya sedikit bersyukur mendapat berita bahawa riak wajah arwah kelihatan tersenyum semasa dimandikan di masjid UIA. Petanda dia pergi dalam keadaan yang baik dan sejahtera. Arwah yang bernama Firdaus Ismail menuntut dalam jurusan Undang-Undang Tahun Ke-2 juga bergiat aktif dalam jalan-jalan dakwah. Terselit kenangan bersama semasa menguruskan satu ceramah agama. Dia yang menjaga tata tertib dan akhlak membuatkan ramai yang tersentap di atas pemergiannya. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga rohnya sejahtera di sana.Kenangan bersamanya akan ku kenang selama-lamaya.


*kepada sesiapa yang terbaca artikel ne, sedeqahkanlah al-Fatihah untuk Firdaus Ismail, semoga rohnya aman dan bahagia di sana. Amin Ya Rabbal 'alamin

0 comments: