Monday, February 14, 2011

~k!sAh Nabi Sulaiman a.s~

12 rabiul awal 1432/ 15 february 2011
11:55, Mahallah Ameenah UIAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Seperti biasa salam sebagai pembuka kalam..pembuka tulisan..dengan harapan Allah memberkati ilmu yang ingin di kongsi bersama...alhamdulillah..setelah about 1 week i struggle with this unwell condition, hari nie, badanku terasa ringan, hidung terasa lega dari selesama..ALHAMDULILLAH...tapi ada 1 perkara yang ingin di kongsi bersama..sepanjang demam ne, ada 1 perkara yang saya boleh buat tanpa mikir 2x..iaitu membaca buku..buku tersebut bertajuk "Benarkah ISKANDAR Bukan ZULQARNAIN"...

Alhamdulillah, pendekatan buku ini amat mudah untuk di fahami..ayatnya yang mudah dan sususan kata yang mudah..buku nie ada banyak subtopik..tapi ada 1 subtopik yang wat saya tertarik dan boleh di jadikan bahan tazkirah saya dan kita semua..ia adalah kisah Nabi Ibrahim. Kisah ini jugak di sebut dalam Surah al- Baqarah..

Kisahnya begini,

Dalam surah al- Baqarah, ayat 260
"Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: 'Ya Tuhanku, perlihatlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati'. Allah berfirman: 'Belum yakinkah kamu?' Ibrahim menjawab: 'Aku telah menyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)'. Allah berfirman: '(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincang semuanya olehmu. (Allah berfirman): 'Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera'. Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

Al-kisahnya pada satu hari, Nabi Ibrahim a.s meminta kepada Allah swt supaya menunjukkan kepadanya bagaimana sesuatu yang mati itu dihidupakan semula. Kemudian Allah swt berfirman kepada Nabi Ibrahim, adakah beliau tidak percaya dengan sabda-sabda Allah? Nabi Ibrahim kemudian berkata, sudah tentu baginda a.s mempercayai setiap kata Allah swt, tetapi baginda a.s hanya mahu memantapkan dan mahu lebih memahami.

Kemudian Allah swt memerintahkan pada baginda a.s mengambil empat jenis burung(sepeti yang di sebut dalam ayat 260 surah al-Baqarah). Burung-burung tersebut adalah:
i) merak
ii) ayam jantan
iii) merpati
iv) helang

Selepas itu, baginda a.s menyembelih keempat-empat burung ini dan dicincang dan kemudiannya meletakkan pada empat bukit yang berbeza. Lalu baginda a.s memanggil burung-burung tersebut. Dengan kuasa Allah swt, baginda a.s melihat bagaimana Allah swt menyatukan tulang belulang mereka lalu di selaputi dengan daging dan akhirnya diliputi oleh kulit dan di tumbuhkan bulu. Maka berterbanglah mereka ke arah Nabi Ibrahim a.s.

MASYAALLAH...terlalu hebat kuasa ALLAH.....Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Seperti dalam buku tulisan Afareez Abd Razak al Hafiz ini, beliau mengatakan di sini mempunyai dua pengajaran kepada kita..supaya menjadi teladan dan wasilah hidup kita di dunia.

PENGAJARAN 1

Dimana  Nabi Ibrahim mencincang keempat-empat burung tersebut di kiaskan bahawa keempat-empat burung tersebut mempunyai sifat yang keji. 

i) Merak
semua mesti tahukan bhwa merak nie merupakan sejenis burung yang cantik bulunya. Tak lupa jugak hikayat cerita yang merak ne sombong kerana mempunyai bulu yang cantik..kisah ne kita tahu masa kita kecik2 lagi kan..jadi kita sebagai manusia yang di ciptakan sebagai ummat uang istimewa kerana di kurniakan akal, jauhilah sifat sombong dan riak ini. kerana apa yang kita ada sekarang bukanlah hak mutlak kita semata-mata.semuanya dengan kurniaan Allah swt.

ii) Ayam Jantan
sesiapa yang pernah bela ayam mesti tahu kenapa. Ayam jantan nie mempunyai sifat buruk dimana dia akan mengawan tak kira masa, tak kira keadaan, tak kira tempat..kadang-kadang masa tengah makan pon poleh lagi mengawan..jadi kita jauhilah sifat ayam jantan nie eh...

iii) Merpati
manusia suka menggunakan pepatah bagai merpati dua sejoli..sebab bila kita jumpa burung merpati mesti berdua-duan...mesti couple..tapi merpati nie ada jugak sifat tak eloknya. di mana dialah burung yang paling lewat membuka mata..BANGUN LAMBAT..!! burung lain dan berhempas pulas mencari rezeki, dia xbangun bangun lagi..ini adalah sifat orang yang pemalas..

iv) Helang
orang perlis panggil this burung burung lang..burung lang nie mcm yang kita tahu, dia ada sifat menyambar mangsa..tak kira anak ayam yang dok celah rumput pon dia boleh nampak..itu kelebihan yang Allah swt ciptakan padanya..tapi burung lang nie menyambaq tak kita hak siapa..jadi kita manusia nie jangan ada sifat menyambaq harta orang lain..seperti mencuri, merompak...meragut beg tangan..menyambaq...

PENGAJARAN KEDUA

pengajaran di mana di sebut di awal ayat. di mana Nabi Ibrahim beriman kepada Allah swt. tetapi baginda a.s mahu lagi memantapkan iman, memantapkan pengetahuan. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai manusia biasa jangan merasakan bahawa iman kita sudah cukup..dan tidak mahu berusaha untuk menambahkan taqwa..biarlah kita tamak dengan pahala..tamak melakukan kebaikan..faham dan yakin adalah 2 perkara yang berbeza. faham adalah 100% mengetahui tentang sesuatu perkara. tetapi kalau yakin, ia akan menguatkan dengan apa yang kita fahami...

ini sajalah kisah yang ingin saya sampaikan untuk pengetahuan si pembaca..terima kasih kerana membaca...syukran lillah..kerana anda masih lagi ingin membaca kisah2 yang berunsurkan Islam..kisah2 tarbiyyah rohani...tepuk bahu anda dan kata..u r great (sebut nama anda)..=)...

*salah silap harap di betolkan...

1 comments:

Siti Asmah Bt Abdullah said...

kisah nie saya pernah ceritakan pada sorang kawan..as a bed time story...=)