Saturday, April 24, 2010

~tahukah anda..??~

  • harimau putih adalah lebih besar saiznya berbanding harimau jingga
  • bahawa istilah kamikaze asalnya diberi kepada taufan yang menyelamatkan Jepun dari serangan Empayar Mongol pada abad ke-13
  • jam gajah ialah suatu jam air zaman pertengahan berbentuk gajah
  • Africa Selatan mempunyai 3 ibu negara, iaitu Cape Town(perundangan), Pretoria (eksekutif) dan Bloefontein (kehakiman)
  • bahawa Muffin Inggeris sering dimakan ketika sarapan di Amerika Utara dan Australia, tetapi dihidang sebagai makanan petang di England
  • bahawa ikan salmon hidup di laut tetapi membiak di air tawar
  • orang Kurdish merupakan satu-satunya bangsa yang tidak memiliki negara bangsa mereka sendiri
  • zorse merupakan hasil perkahwinan campur antara kuda belang dan kuda
  • Dinasti Song merupakan kerajaan pertama di dunia yang mengeluarkan nota bank atau duit kertas
  • burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya
  • Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
    walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

0 comments: