بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
الحمد لله
Ucap puja puji syukur kepada Tuhan untuk sekalian alam. Yang membenarkan limpahan idea untuk menaip lagi buat petang ini. Jadi, aku memohon kepada Allah سبحا نه و تعلى agar meredhai dan memberkati di atas apa yang bakal aku nukilkan sebentar lagi.
Selawat ke atas baginda Rasulullah صل الله عليه و اله و سلّم dan juga keluarga. Supaya dapat membenihkan dan menyuburkan pohonan cinta yang semakin layu terhadap Baginda Rasulullah صل الله عليه و اله و سلّم dan ahli keluarga Baginda صل الله عليه و اله و سلّم
"Kak asma' xnak sambung master?"
"Hang buat apa la nie? Xmaw sambung ka?"
"Wei, hang tak try mintak RA ka? Untung-untung bleh sambung master terus"
Ini adalah antara soalan yang selalu di tembak kepada aku la nie.
Cuma 1 jawapan yang benar dan sohih dalam hati aku adalah
#Aku memang gila belajaq#
Tapi aku tak pasti sama ada aku nak sambung master or x?
"Cit..Dah tue nk belajaq mana lagi?"
Sejujurnya aku suka talaqqi kitab. Aku tak taw kalau aku sambung master apa niat aku yang sebenar. Aku takut kalau-kalau bukan hanya kerana Allah سبحا نه و تعلى dan for the sake of knowledge only.
Master in engineering~ Sungguh berat buat aku. Aku cinta ilmu engineering. Tapi aku lagi cinta kitab-kitab agama. Dalam 10 kotak buku, 2 darinya hanya pasal engineering dan selebihnya kitab-kitab agama. I'm wondering, am I engineering student's or IRK student's. Bayangkan, time minggu exam pun boleh lagi dok selak kitab-kitab agama.
"Okey laa tue. Engineering student yang Islamic"
No, no, no. Bagi aku sukar, sukar sangat2 nk betolkan niat aku untuk sambung belajar lagi. Orang lain mungkin mudah, but not ME. T.T
Teringat kalam al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll as- Senary, " 'ulama dulu depa kuatkan dulu pengajian agama, mantapkan dulu pengajian aqidah, baru beralih kepada ilmu yang duniawi. Tapi entum dan antunna kulliyyah of engineering xpa lah, cuba, cuba untuk bersama dengan 'alim 'ulama, biasakan diri supaya tidak jauh dari pengajian agama."
"Hang rasa hang boleh hidup ka depan-depan nie. Kalau setakat degree saja tak cukup."
Hidupku dan matiku hanya kerana Allah سبحا نه و تعلى sahaja. Rezeki ku, jodohku juga dari Allah سبحا نه و تعلى. Juga hidupmu dan matimu ditetapkan oleh Dia juga.
Balas ku, "Hang taw ka rezeki hang esok mcm mana?"
No body, nobody, nobody but Him!! Hanya Dia saja yang tahu, dan hanya Dia saja yang bagi rezeki.
Ada seorang tabligh berkata,"Sedangkan anjing pun Allah سبحا نه و تعلى sediakan rezeki." (*kasaqnya bahasa, tak leh cakap elok2 ka)
(Dak..dia nak habaq, haiwan tue orang tak suka pun tetap ada benda yang boleh cik an tu makan. Aku pun xfaham pasai apa ramai x suka anjing. Dia pun binatang jugak. Dia xharam pun. Cuma yang haram menyentuh dia, makan dia. Dia dok saja-saja, jalan kot tepi2 jalan tue xharam.)
Yup..! Sedangkan kita manusia, sebaik-baik ciptaan, apatah lagi dihiasi dengan keimanan dan ketaqwaan. Apakah Allah سبحا نه و تعلى tidak melihat segalanya?
Sesungguhnya Dia Maha Melihat.
Dia melihat amal perbuatan kita.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
Dia mengetahui apa yang terlintas di hati.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.
Dia mendengar doa dan rayu kita pada-Nya.
Rezeki kepunyaan Allah سبحا نه و تعلى
InsyaAllah, setelah jiwaku dipenuhi dengan Allah سبحا نه و تعلى sahaja, aku akan meraih kembali cinta engineering ku. Ngeeeee~
Ada lagi yang berkata, "Dunia ini kita gunakan sebagai tempat untuk bercucuk tanam supaya kaya di 'sana'. Kalau kita ada master@phd, kita boleh kerja baik. Boleh gunakan duit tue untuk kebaikkan."
Jawapanku, bukankah 'bercucuk tanam' itu punya pelbagai jenis 'benih' ? ^________^
Ayat yang lagi power macam nie, "Kita kalau ada duit, kita kaya, kita boleh derma. Kita dapat pahala. Kalau kita tak cukup sembahyang pun, kita ada pahala derma, sedekah..!"
Hah, elok..Teruskan beri'tikad sedemikian. Perbuatan yang sia-sia.
Puan, kita ke syurga dengan redha Allah سبحا نه و تعلى . Dan dari amal perbuatan itu datangnya redha Allah سبحا نه و تعلى . Jadi, kalau puan berfikir sedemikian, puan rasa Allah سبحا نه و تعلى nak hadiahkan tak syurga pada kita. Umpamanya begini, anak memasak pada ibunya. Masak saja tanpa fikirkan kan sedap atau tak, cukup rasa atau tak. Hanya campur ini dan itu. Settle. Hidangkan pada ibu. Agak-agak ibu nak jamah tak masakan tue atau anak itu jamah penampo ibunya dulu...ngeeeee~
Kalau masih lagi ada yang memikirkan, sijil ini yang membuatkan aku dapat kerja, kerana sijil ini aku dapat belanja. Maka lupakan untuk terus hidup di dunia kepunyaan Dia. Cuba, cuba dan terus mencuba untuk meletakkan Dia no. 1. Jangan pernah takut untuk meletakkan Dia number 1. *Number 1 for me..~
Kita hidup pun kerana Dia, Kita mati pun kerana Dia
Kita tidur pun kerana Dia, kita jaga pun kerana Dia
Segalanya kerana Dia.
Jelas, aku tidak katakan, SALAH...!! Sambung belajar selepas degree tue sia-sia. Dunia semua tue.
Aku, ada kekangan yang lain yang membuatkan aku tidak boleh sambung master for this time being. Aku cintai segala ilmu. Cara aku dapatkan ilmu itu mungkin berbeza dari mereka yang beruntung di tetapkan Allah سبحا نه و تعلى mudah dalam meneruskan pembelajaran ke tahap yang seterusnya. Cuma yang dah di peringat belajar yang tertinggi, imbangi ilmu akhirat juga. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.
Percayalah, jalan tidak akan pernah sempurna jika dengan hanya 1 kaki. ^____________^
* Jika ada jarum yang patah, jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah, sila laa habaq kat cek nie.
p/s :- Kalau ada jarum yang patah, jangan di simpan di dalam peti. Simpan dalam tong sampah lain kali.
0 comments:
Post a Comment