Showing posts with label teladan. Show all posts
Showing posts with label teladan. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Kisah Di Sebalik Kisah (TAKDIR)

بسم الله الرحمن الرحيم

My old friend said, "ku akui....sukar mgorak lgkah tnpamu Mak ...really miss u damn much...al-fatehah~"

Her mother, Mak Cik Fatimah passed away about 3 years already.

Kisah di sebalik kisah...

Di Sek. Men. Keb. Dato' Syeikh Ahmad, Arau.

Aku : Awat dengan ayah tue mak?
Mak : *mak tersengih-sengih.
Aku : Apa kena plak dah nie. Tak pa laa, cek nak p kat mak cik Fatimah sat.
Mak : P laa. Hang tak kenai ka dia sapa?
Aku : Maw xkenai. Mak Sakinah laa~
Mak : Haa..dia laa..dia laa..*semacam dah bunyi.
Aku : Awat aih?
Mak : *start the story*

"Dulu, ayah hang penah p rumah Fatimah tue. Pak hang berkenan ngan dia. Nak p masuk meminang laa. Tapi orang tak maw. Sebab mak ayah Fatimah tue ingat ayah hang nie cina. Elok la, pak hang pon ajak Wah Kiat nk p tengok anak dara orang."

Aku : Biaq betik...! Hahahahaha..Ayah, buat muka malu plak.
*rupanya, mak Sakinah, Mak Cik Fatimah pun bercerita hal yang sama pada Sakinah. Aduhai, lawak plak.*

For me, this is an interesting story. Destiny was recalled their story for me to learn. Kenalan kami bukan hanya di asrama sekolah, tapi berpanjangan hingga ke rumah. 

Mak Cik Fatimah, lemah lembut orangnya. Lucu. Baik hati. Kalau ke rumahnya, pulang tidak pernah dengan tangan kosong. Ada saja yang nak di berikan. Saudara kebetulan jiran mereka pun realize. Kalau dengan saya ayaq nira nipah tidak lokek, sanggup tadah air yang baru untuk saya. Tapi, kalau dengan orang lain, alamatnya tak merasa. Nampaknya saya sudah menjadi anak kesayangan mereka. Hehehe.. 

Its a nice memory. Lipatan masa dan sejarah menemukan kembali generasi ayah dan Mak Cik Fatimah, yakni saya and Sakinah. Umpama 2 ruh yang tidak di takdirkan bersama, tetapi end up dengan persahabatan oleh 2 anak mereka. Perjalanan waktu itu segalanya rahsia Pencipta. Dan juga takdir yang di lakarkan sebaiknya dari Dia, menerima segalanya dengan hati yang terbuka dan tenang, kerana kita tahu itu sebaik-baik perkara yang telah di tulis oleh-Nya. Ini satu pertemuan yang kita tahu, macam mana dengan pertemuan yang kita tidak tahu?

al-Fatihah untuk arwah Mak Cik Sakinah. 

Friday, March 8, 2013

one selected day in KEDAI RUNCIT

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barokatuhu

Friends,

One day, a day after Mawleed in MATIN Perlis.
After i brought my sister in law to get  a medical check up for her 2nd son, Muhammad Afiq Syahmi.
I stopped awhile at  a small kiosk beside the road.
When I opened the refrigerator, i coincidentally heard a conversation between 2 uncles (pokcik dah).

"Kita nie semakin p majlis ilmu, semakin banyak yang kita tak tahu"

"Sebelum nie aku dok p kat masjid di Padang Nyu. Kat situ pun baguih jugak ustaz dia. Macam malam tadi ada program kat Abi. La nie aku dok rajin p Abi laa"

"Ya la. Dari dok saja malam2, baik spend masa kat benda yang berpekdah"

"Rasa bodo laa. Banyak buang masa"

Sadly, the conversation after that is only 1 way communication. Coz, the other pakcik might be uncomfortable with the topic.

Pak cik tue hanya mengatakan kebaikkan untuk ajak sama2 hadir ke majlis ilmu. Perlis dulunya tandus, kontang dengan taman syurga. Tapi rahmat Allah SWT untuk sekelian alam.

Tak pa pakcik, walaupun telinga manusia itu di pekakkan dengan hal2 kebaikkan, tapi percayalah, malaikat yang dihantarkan Allah SWT tak henti2 menulis kebaikkan di atas dakwah yang di bicarakan.

Jangan pernah lelah dalam melakukan kebaikkan.

*Aku tersenyum lepas keluar dari kedai. Alhamdulillah, sinar itu ada untuk penduduk di Perlis. Aku berharap ianya terus bercahaya.

Allahumma Ameen



Wednesday, February 20, 2013

Rasulullah SAW insan biasa yang luar biasa

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

الحمد لله , kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadiri ta'lim di Bukit Antarabangsa ahad lalu, kita telah mendapat manfaat bersama dari ihsan hamba Allah yang sudi merakamkan apa yang telah di sampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid...

Semoga Allah swt memberkati tiap nafas dan tiap kerdipan mata mereka yang telah berbuat ihsan dengan menyediakan video ini tanpa ada sebarang bayaran..Semoga segala apa yang di hajatkan oleh mereka itu di mudahkan dan di tunaikan oleh Allah swt..Ameen Allahumma Ameen..



Click this link to view the video...Nabi Muhammad  صلى الله على سيدنا محمد و اله و سلّم insan biasa yang luar biasa.

Sama-sama kita menanam rasa cinta dan rindu pada Baginda Rasulullah  صلى الله على سيدنا محمد و اله و سلّم.

Thursday, February 14, 2013

yang meruntun jiwa لا اله الاّ الله Kalimah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ku awalkan tinta ku dengan nama Tuhanku yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Yang Menguasai Hari Pembalasan dan Hari Pengakhiran. Selawat dan salam untuk Rasul Junjungan ummat Sayyidul Musthofa Rasululillah S.A.W..Berselawatlah, dan memujilah Baginda SAW kerana ia adalah sebaik-baik perkara.

Seperti biasa, mata yang di anugerahkan sebagai 1 amanah, digunakan untuk berkhidmat sebagai agen untuk beramal soleh dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. *Fuhh...tudia, ayat panjang xdak titik...

Nasihat dari Ustaz yang saya amat cintai dan amat kasihi, al-Fadhil al-Ustaz Muhadir Bin Hj Joll al-Senariy. Kata beliau, "Kutiplah hikmah mahupun dari sang perompak." Kalam nasihat ini di ucapkan dari kisah al-imam al- Ghazali yang di mana kitabnya di curi oleh sang perompak di padang pasir. *u can review by urself kisah nie..

Jadi, what happened on me is.....

Last year, I got my new nephew(*eh bukan..niece) from my eldest brother, namanya Nur Farhah Najibah..Character yang paling significant untuk anak2 abang sulung is kerap menangis..teriak sokmo..

Jadi bila aku dukung dia mula laa nk sebek..dah mula bunyi..jadi aku try laa bacakan talkin padanya..Amazingly, she stops from crying and she starts smiling..haik....!!  ajaibnya..!! pastu aku cuba ubah...try zikir2 yang lain..tapi Farhah mula nak nangis..Aku pusing balik ucap talkin, then she smile again siap nampak lesung pipit lagi~

Then, i wanna try this kalimah tauhid itu pada new baby born, anak abang ke 3, Muhammad Afiq Syahmi. Baru ja 8hb Februari lahir..1st time aku jumpa afiq is on 10th February..Asik tido je..mata tak bukak..jenuh nak di kejut..xmaw2 bangun jugak...



Lastly, 

I got an idea..aku bisikkan di telinga afiq "Laa Ilaha Illallaah"...Then, he open his eyes..Nice..!!
Acik dia mula laa jalankan experiment...aku ucapkan banyak2 kali kalimah tauhid tue..and he smiling sampai ternampak lesung pipit..aku pulak yang nak teyak..! Oh Allah~

Subhanallah..ucapku dalam hati..
Benar, Tiada Tuhan Selain Allah

Hikmahnya : Apakan daya bayi yang baru lahir, yang hanya mencicip susu ibunya sahaja mengenal Tuhan lebih dari aku yang sudah hidup hampir 25 tahun tapi masih belum lagi mengenal Tuhanku dengan sepenuhnya. Tidak bergetar dengan dosa2 yang telah di lakukan, tidak takut dengan azab neraka..

Ucapkanlah Laa Ilaha Illallaah, kerana ia bisa menerangkan hatimu yang kelam dek bintikkan hitam noda dari dosa2 yang telah di lakukan..
Ringankan lidah mu dalam mengucapkan Laa Ilaha Illallaah, kerana ia adalah kalimah yang bisa memberatkan mizan mu kelak..ameen Allahumma ameen..



By Talib al-Habib with the title al-Habib *aku suka semua lagu Talib al-Habib..Best.......!

Thursday, December 13, 2012

Hadiah Perkahwinan Yang Paling Mahal

بسم الله الرحمن الرحيم

السلا معليكم و رحمة الله و بركاته

Satu malam, sedang menunggu kepulangan abang-abang dan kakak-kakak ipar dari penang, aku dengan mak lepak-lepak di beranda rumah. Sejuk, udara malam menghembus lemah. Bersama bonda, tiada apa yang di sembangkan sangat, banyak lebih kepada kekeluargaan. 

Emak membuka cerita tentang perkahwinannya dahulu. Dan aku mula memasang telinga, mendengar dengan penuh teliti. Bukan senang mak dan ayah nak bukak cerita tentang zaman muda mereka. Boleh beruban jugak laa dengar reason depa.

Seusai akad nikah mak dan ayah, wan(my datuk) masuk ke bilik mak. Hanya mereka berdua dalam bilik tue. Lalu, wan pon memulakan bicara.

Wan : Alhamdulillah, laa nie hang dah kawen, dah ada suami, dan bakal ada anak-anak. Hang akan ada keluarga sendiri. Dan hang akan jadi emak kepada anak-anak.

Emak dengar dengan penuh sabar dan teliti.

Wan : Aku sebagai ayah suka dengan perkahwinan anak-anak. Tapi hang pun taw, ayah xdak duit nak bagi hadiah kat hang. Kita orang susah. Cuma, aku nak pesan pada hang malam nie, dan aku nak hang ingat sampai bila-bila. 

"Kalau ada tetamu datang ke rumah, layanlah tetamu dengan baik. Walaupun kita tak suka dia mai umah kita. Layan depa dari awal, sampai depa balik. Jamu lah depa makan apa pun. Bawak keluaq apa saja yang kat dapoq bagi depa makan walaupun kueh 4 segi.(biskut kering). Hidang ayaq walaupun hanya ada ayaq telaga."

Aku melihat, mak menahan ayaq mata. Dan aku? Dah meleleh, berjurai2 ayaq mata. 

Wan(*datuk ku) bukanlah seorang yang menunjukkan kasih sayang dia. We know men right mcm mana. Sayang, tetapi tak di tunjuk perasaan tue. Lalu, aku pun teringat, itu apa yang mak ajar pada kami. Jangan tunggu sampai tetamu mintak ayaq. Nampak jaa dah duduk, terus masuk dapoq, bancuh ayaq. 

Tiba-tiba, ternampak lampu kereta masuk ke kawasan rumah. Abang2 dah sampai. 
Aku, tekad dalam hati, akan ku pegang hadiah perkahwinan ibuku, dan sematkan selamanya dalam hati.

Wassalam...

***saat ini berjurai lagi air mata. Agak-agak apa yang ayah akan cakap kat aku masa malam kahwin nanti eh..

wan nasihat dari segi adab, tetapi Islam sudahpun mengajar kita bagaimana nak menghormati tamu. ^_^

Thursday, April 12, 2012

ALLAH SWT itu MAHA PENYAYANG KEPADA MAKHLUKNYA

Assalamu3alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Bismillahirrahmanir rahim- dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

semua orang Islam tahu ucapan basmallah nie..semua..tapi sejauh mana kita tahu Allah itu maha pengasih dan maha penyayang..

Apa yang ingin saya ceritakan di bawah nie adalah kisah saya sendiri..pengalam saya sendiri about 5-6 years ago..

Rewind...rewind...rewind...2006

Menjadi kebiasaan buat keluarga saya, pabila tamat tingkatan 5 kami akan bekerja. Tak kira laa kerja apa pun..janji kerja..Dan juga termasuk lah diri saya nie..That time, saya pekerja di petrol pump petronas kat kampung. dalam 3-4 km dari rumah laa..

then, wktu tue mak lang saya dia ada bertanyakan tentang borang upu saya. alhamdulillah, semua borang even borang nak masuk asrama pun xpernah sekali saya mengharapkan pada parent untuk isi..pesan mak lang waktu tue.."hang dah berusaha, laa ne hang tawakal dan doa pada Allah..mintak Allah meletakkan hang pada tempat pengajian yang terbaik pada agama hang, terbaik pada mak ayah hang, terbaik untuk saudara2 hang"

Lalu, saya lantas berdoa..doa yang sama di ajarkan oleh maklang..masa kerja di petronas pon saya tak tinggal doa tue..sampai lah 1 masa, hari upu result kuar, my cousin called me..she told me i have place in uiam in engineering course..masyaAllah...

untuk pengetahuan kalian, saya dulunya bukanlah gadis yang menutup aurat secara sempurna..masih juga bertudung bawal biasa..

tetapi setelah 6 tahun sya berada di uiam gombak..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...syukur..Allah memang telah mengurniakan pada saya 1 tempat pengajian yang mana imanku terjaga..yang mana saya bersama org2 yang soleh sentiasa..

perhatikan...dulunya, saya bukan wanita yang menutup auratnya secara sempurna..tetapi Allah masih lagi mendengar doa hambanya..Allah masih lagi kurniakan kasih dan sayang itu pada hambanya..as long as kita masih lagi dalam syahadah dan aqidah bahawa tiada tuhan melainkan Allah swt dan Muhammad saw itu pesuruhnya, InsyaAllah, kita mendapat rahmat dan mawaddah nya..moga kisah ini menjadi pengajaran buat kalian yang membacanya..ingatlah, tiada kata Allah swt tak menyayangi hambanya....Allah ada bersama kita, tetapi kita yang selalu lupa tentang-Nya..

Thursday, January 12, 2012

ADAM ADLI...antara realiti dan fantasi

Assalamu'alaikum....

apa yg realiti, dan apa plak yg fantasi? JOM..!!

okey, since dis sem..pembuka sem baru tahun 2011, semester di mana semua universiti bermula dengan sistem masuk semester yang baru iaitu start bulan 9.

Bermula semester ini, aku tempuhi pelbagai kejadian di mana Malaysia mungkin akan beralih kerajaan dalam PRU-13..aameen...

Bermula dengan peristiwa Rektor wanita pertama di malaysia, iaitu Datuk Zaleha di uia...Then Prof. Aziz Bari yang di gantung perkhidmatannya sebagai pensyarah kuliyyahh undang2 di sebabkan kenyataannya yang benar dan tidak melanggar undang2 Islam. Kemudia di ikuti dengan ceramah ustaz azhar di uia. Dimana ustaz tidak di benarkan untuk menyampaikan ceramahnya di dalam masjid seperti yang di janjikan oleh pihak universiti. Tak mengapalah, pihak pengurusan program cuba sedaya upaya untuk melancarkan program. Daripada masjid dengan had muatan 6000 orang berpindah ke experimental hall hanya muat untuk 200 orang sahaja. tak mengapa...kemudian dengan kejadian di mana president SRC uia tidak di benarkan masuk ke tv9 dalam satu rancangan ilmiah..dasyatkan..tetapi perkara ini tidak di bersarkan..

kemudian, termasuk juga dengan pihak universiti menarik balik kebenaran untuk Dato' Saifuddin untuk memberi talk pasal bukunya. di katakan pospone, tapi smpai sekarang tidak di ketahui lagi tentang tariknya...kemudian paling terakhir adalah kejadian Adam Adli yang telah menurunkan bendera yg ada muka pemimpin negara, najib tun razak(xpayah laa wat hurup besaq)..jadi kecoh 1 negara dengan kejadian ini..ada yg mengutuk, ada yg membela...

so, bagi AKU....

aku puji ADAM ADLI..bukan sebab dia ensem ke menda..tapi sebb semangat yang ada dalam diri dia..bukan semangat menentang pemimpin, tapi menentang kejahilan mereka..
mengapa ada pihak perlu untuk menggantung beliau? kalau nk di kira pasal turunkan banting yg ada gmbar pm, kenapa tidak gantung saja pengawas di sekolah, yg menurunkan bendera malaysia..kenapa tak di gantungnya saja pakcik2 di kg yg buat bendera malaysia sebagai kain basah, kain lap kaki..mengapa tidak di tangkapnya makcik2 yg bungkus nasik lemak dengan surat kabar yg ada muka najib? bukan stakat muka najib saja yg di bungkusnya, kadang2 ada saja muka SULTAN..MENGAPA TIDAK DI TANGKAPNYA?

kalian...
jangan di adakan pengawas di sekolah. jangan adakan kem kepimpinan di sekolah mahupun di universiti jikalau tidak mahu ada rakyat seperti ini. jangan adakan pertandingan pidato, debat jika xnk anak kita mcm tue...jangan hanya menuding jari padanya..di mana otak kita? di mana akal kita? siapa yg mengajarnya untuk punya daya kepimpinan yg berani seperti dia?

kalian lihat, prestasi sekolah sekarang..bukan dari akademiknya, tapi sahsiahnya..lihat bagaimana anak2 sekarang akhlaknya? pukul guru? tengking guru? calar kereta guru? tak payah cakap laa remaja mungkin ada pergolakkan jiwa..nak matang katanya...tapi, bagaimana kanak2 sekolah rendah yg pandai menulis surat cinta, yg pandai menghunus pisau pada rakannya...kalau bukan media puncanya...didikan ibu bapanya...kalau generasi kanak2 sudah sebegitu, jadi bagaimana generasi cucu2 kita..gurunya bagaimana? lembik mcm kuey teow? skali jentik pengsan?

perhatikanlah, ibu bapa anak2 sekarang pantang di jentik anaknya..yaa, ibu bapanya educated..graduated from oversea..apa yg engkau belajar di oversea sehingga anak pon engkau tak pandai didik..wah, lebih baik ibu bapaku, yg langsung tak pernah jejak kaki ke universiti, yg dulunya tidak pandai berbahas melayu(kerna nenek2 moyangku berbangsa thai)...tapi kami semuanya menghormati guru..

tanya dalam diri..mana integriti kita sebagai manusia...kononnya mahu menjaga malaysia, tapi apa yg kau ada!!!!!!!

Saturday, November 26, 2011

bagaimana kita boleh ke syurga?

15:52, Tuesday
Mahallah Ameenah, IIUM

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh

Dulu, ambe di ajar semasa kecil bahawa kita akan di hisab dan di hitung setiap segala amalan kita di dunia. Besar amalan kita, berat timbangannya. Siapa yang berat timbangan kebaikannya, akan di tentukan ke syurga.

Setelah dewasa, ambe diajar bahawa tiada apa pun yang dapat bawa kita ke nikmatnya syurga melainkan rahmat dari Allah swt.

BENAR..NA'AM..ABSOLUTELY RITE..

sebagaimana dalam hadis menyebut,

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka”. (Muslim)

jadi mengapa kita perlu beramal kebaikan kalau dengan hanya rahmat-Nya sahaja kita di izinkan ke syurga?

So, watpe nk susah2 nk sembahyang, nk baca quran klu dah dengan rahmat Allah saja kita boleh ke syurga?

tak susah, mcm mana kita nak dapat rahmat Allah? Iaitu dengan melakukan segala yang di suruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

*ambe tahu ramai rasanya yang tulis pasal rahmat Allah swt. tapi ambe cuma sekadar memperingati diri sendiri dan juga sahabat yang mungkin alpha tentang ini. Buat yang baru tahu, berpesan2 lah kepada mereka yang lain. =)

Siapa yang paling mulia di cekerawala ini..????

Pada suatu ketika, Rasulullah SAW duduk bersama dengan para sahabat. Lalu Rasullullah SAW bertanya pada para sahabat, "siapakah makhluk yang paling mulia?"

Salah seorang daripada mereka berkata, "Makhluk yang paling mulia adalah para malaikat. Kerana mereka tidak pernah mengingkari segala suruhan Allah SWT dan mengikuti apa yang di perintahkan."

Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Ia. Malaikat memang menuruti segala perintah Allah SWT. Tetapi, bukan mereka yang paling mulia."

Lalu tambah seorang lagi sahabat berkata, "Yang paling mulia adalah kami, sahabat-sahabatmu."

Rasulullah SAW lalu berkata, "Ya. Kalian memang sahabat ku yang setia bersama ku dan sangat bertaqwa. Tetapi bukan kalian umat yang paling mulia"

Sementelah kemudian, ada seorang sahabat berkata, "Jadi Rasulullah, siapakah mereka?"

Rasulullah SAW berkata kemudiannya, "Umatku yang paling mulia adalah umat yang tidak pernah melihat wajahku, tetapi mereka amat menyayangi ku, dan amat bertaqwa kepada ajaranku. Mereka adalah umat yang lahir setelah ketiadaanku."

Thursday, March 3, 2011

~let's bYgOnE bE bYgOne,[Abiodun Musa Aibinu]~

19:00, thursday
Mahallah Ameenah, IIUM

assalamualaikum....apa yang dah lepas biarkan ianya lepas..apa yang dah berlalu, biarkan dia pergi...maybe trademark myrah sekarang..sebab myrah dak banyak kali rasa sedih, kecewa, putus asa, penat...tak tahu nak kata apa..mcm mana myrah nak bangun balik dari titik hitam yang myrah create sendiri(padan muka.....!!)

sapa cakap myrah kuat? sapa cakap myrah kental nak face every obstacle dalam hidup myrah...bumi UIA ne banyak lihat myrah nangis...yang tersedu sedan pon apa...nangis dengan dasyatnya..yup..memang myrah akui air mata tak akan dapat ubah segala2nya..they absolutely rite...tapi ada dalam sekeping hati sorang wanita, berbisik rasa sedikit lega..sedikit ringan dengan beratnya bebanan...

may be jugak dengan trade mark ne, wat myrah makin innocent...mula2 mcm tak perasan..tapi dah ckup umo nie, terasa lagi mcm budak baik..hahaha...bukan baik cenggena...malas nak amek port dengan mereka2 yang bukan sekutu dengan myrah, malas nak campur gaul dengan perkara2 yang lagho..sebb bertimbun assignment n report kena siapkan..myrah cuma tak amek kisah dengan hal sekeliling...bahaya jugak kan mcam tue..nnt semua orang pakat pindah p negri lain..tinggal myrah sorang terkapai2..

cuma myrah teringat lecturer myrah kata...

EVERYTHING THAT MAKE U UPSET, THERE WILL BE SUMDAY THAT MAKE U SMILE...
that was him...

ne masa gamba convo sir tahun oktober 2010..dengan gelaran doktor falsafah...sir dapat anugerah as BEST STUDENT OF MECHATRONICS ENGINEERING & BEST PHD STUDENT OF  ENGINEERING


sir in da mechatronics workshop...giving da short explanation about the resistance of the coin...

sebenarnya apa kena mengena sir ne dengan by gone be by gone cita myrah nee...eemmm......apa kena mengena sir ne dengan dinar and dirham..dan siapa aibiodun musa aibinu????

nantikan episode akan datang...hehehehe..bubye guys..wassalam..

Sunday, February 27, 2011

~jauhnya pandangan seorang lelaki~

05:52 pm, 27 February 2011
Mahallah Ameenah, IIUM

Assalamualaikum warahmatullai wa barakatuh...terasa hari nie baru nak post pasal benda nie..selama nie masa tak mengizinkan untuk myrah luahkan apa yang terpendam..about seminggu yang lepas ada baca komen dari sorang junior engineering. Kata-kata yang AMAT BERMAKNA..Sangat terkesan deep inside my heart..

Sejujurnya, memang selama nie myrah rasa tak baik meniru..xelok..tapi tak terkesan pon dengan nasihat tue..(*myrah pon tak laa rajin meniru..^____^) tapi selepas membaca comment kat FB oleh hakeem memang buat myrah berfikir panjang..

Lebih kurang gene laa ayat dia...biarlah tak tinggi pon kuiz, tapi dia tak meniru..tak masuk dalam cgpa hasil tiru..kiranya hasil usaha cgpa dia tue hasil dia sendiri..kalau dia bekerja dengan hasil cgpa dia, segala hasil titik peluh dia 'bersih' dari segala noda2...kiranya anak isterinya mendapat hasil rezeki yang benar2 suci...

MasyaAllah..Inilah pandangan seorang lelaki..wah, hebat terdetik di hati myrah..betuah insan yang di tetapkan jodoh ngn hakeem..yang betol2 memikirkan keberkatan semata2 kerana Allah swt, bukan mengejar dean list pointer atau gaji 4 angka in da future..semuanya kerana 6 huruf nie...

~B.E.R.K.A.T~

BERKAT..??? macam mana berkat nie dalam hidup kita..kita tak tahu macam mana berkat Allah bagi pada kita..contohnya...berkatnya usaha selama nie belaja, walaupon pointer tak tinggi, tapi Allah mudahkan interview kita..Allah murahkan rezeki kita..seriusly, mmg kita tak tahu benda apa yang akan terjadi..tengok member pointer bukan main...dean list..tapi nak cari kerja susah..2 3 bulan menganggur..kita tak tahu kan nasib kita di masa depan..

Memang itu semua ketentuan Allah swt yang telah menentukan qadar n qada' terhadap makhluk- NYA..tetapi kita kan manusia yang perlu ada usaha..then baru kita tawakal..cara hakeem jawab comment kat FB memang betol2 wat myrah terasa..betapa pentingnya berkat tue..hikmahnya tersembunyi, kerana berkat itu dilihat tak nampak, dipegang tak terasa...ALLAHUAKBAR

syukran HAKEEM SAZALLI =)

Sunday, February 13, 2011

~qUdwAh hAsaNah~

Pergi ke cina naik kreta,
4 biji kreta, 2 bijik beca,
Assalamualaikum pembuka kata,
Biar rapat ukhwah kita..=)

MasyaAllah..demam almost seminggu xkebah2..walaupon pakai 2 lapis sweater, tapi badan x sweat pon..tabahkan jugak g kelas tadi, dalam keadaan mcm ne..xmengapa, Allah mengira setiap langkah kaki pencari Ilmu..tapi dalam sakit2 g kelas terpandang 1 poster kecik yg terlekat di pintu kelas..aik..apa ne..eemmm..poster pasal pro mahasiswa..berkempen..

tapi ada 1 perasaan sebak dalam hati..saya tak menyebelahi mana2 parti dalam UIA..tapi kalau ia benar2 dia atas landasan yang di redhai, even benda small as an atom, it should be consider..

teringat kata2 ex-rumate di matrik UIA PJ dulu, SITI HAWA BT AWAL..bagaimana dia kata pada saya, kalau kita menconteng pada sesuatu yang bukan hak kita, dosa akan tetap berjalan sehingga contengan itu di padam..sebagai contoh saya menconteng meja dengan pensil..walhal meja itu adalah hak UIA bukanlah hak saya..maka berdosalah ke atas saya sehingga conteng atas meja itu dipadam..

benda nie simple, tapi ramai yang terlepas pandang..berbalik pada poster tadi..mereka membawa imej ISLAM..di mana Islam menerapkan sifat kebersihan dan keadilan..boleh kah saya katakan di sini mereka berlaku zalim? kerena tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya itu adalah ZALIM..mereka telah meletakkan poster pada pintu2 kelas itu adalah VANDALISME..kerosakan pada harta awam..

kalau nak berkempen pon janganlah sampai melakukan kerosakan..& yang penting dalam masa yang sama KALIAN menunjukkan sifat yang tak sepatutnya di gelar QUDWAH HASANAH..perkara nie bukan lah pertama kali saya lihat..yang paling mengejutkan saya, poster kelab yang mendukung ISLAM sebagai number 1 melekatkan poster di dalam lif kulliyyah...ini adalah pusat pengajian, bukan rumah pangsa yang sewenangnya2 melekat poster merata2..

KALIAN almostly dari sekolah beragama..ma'had...tapi jangan menganggap perkara kecil ini remeh semata2..manusia punya mata, manusia punya telinga, manusia punya mulut utk berbicara..manusia bijak menilai...bertindaklah sebelom terlambat..kalau perkara ini berpanjangan, tak mustahil 1 ketika UIA di rampas kuasa oleh pihak kedua..waktu tue baru nak gigit jari..baru nak menilai apa silap apa kekurangan...

*siapa makan cili rasakanlah pedasnya..!!

Friday, November 12, 2010

~LIMITATION IS PRECIOUS~

Aku mendapat tajuk yg agak bernas ne(huhu..perasan la plak) dari seorang lecturer aku..lecturer subject Theory of Machines and Mechanisms aka TOM adalah Dr. Raisudin Khan from India..sir cakap dalam kelas selit laa pasal tajuk2 len..tetiba sir cakap pasal benda yang limited ne..sir memang power laa bab2 machine..ya la kan..mostly para inventer from india actually..so di sebabkan taraf hidup yang rendah, golongan cerdik pandai ne berhijrah untuk mendapat kehidupan yang lebih baik...wei..pa melalut ne..dok cakap bab len plak..

okey, back to main topic that stated above, LIMITATION IS PRECIOUS..dah baca tajuk pon taw kan..huhuhu..kepada yg tak faham bahasa omputih, ia adalah bermaksud terhad adalah berharga..lebih kuang mcm tue laa...

awat benda yang terhad itu berharga..kalau kita belajar ekonomi laa kan..walaupon aku budak engine, ttp kena gak blajaq ekonomi..ada satu law ne mengatakan: 

"If the good is limited or in small amount, so that the price will be high"

kalau kita tgk iklan TV pon kan...kalau benda2 yg limited ne sangat berharga..contohnya, kreta special edition, jam tangan, purse, mesin padi..pengukoq nyoq..hahaha..yg tu mohong jaa na..

tetapi dalam dunia ne ada 2 benda yang sangat limited..dah la limited, pastu sapa cepat dia dapat plak tue..eeemmm..apa ek..sila pilih jawapan di bawah:

a) pengepit baju
b) gelang patah(nama tempat n benda)
c) maher zain =) tetiba plak
d) tiada jawapan..xlarat nk mikir..baru pas exam..huhuhuhu

ya..jawapannya mmg tiada di atas..bijak ek..eemmm..barang yg teramat berharga dalam dunia ne adalah  MASA dan WANITA SOLEHAH...

MASA..!! siapa cepat dia dapat..limited..!! pepatah yg mengatakan masa itu emas dah xleh guna dah..sebb emas boleh beli..emas boleh cari even dia limited..tapi bagi aku masa ibarat nyawa..once dah pergi, xadalan lagi..even neils armstrong org pertama sampai ke bulan pon xleh ciptakan masa(*ya ka dia pernah..bukan propaganda ker??hahahha)..cuba kita fikir sejenak..kalau tadi kita jawab exam..tetiba 1 soklan xleh jawab..10 markah plak tue..alamak..mesti anda terpikir, kalau laa aku study bab ne..kalau laa..kalau laaa...mcm2 kalau..dah tue, masa dah x leh undur..cuba fikirkan lagi, 4 jam sebelom exam..apa yg anda buat..tgk muvie, lepak x study..atau tido mcm dunia ne hanya ada malam sahaja..

so nasihat aku kat hampa semua, gunalah masa sepenuh2nya..jangan buang masa yang Allah ciptakan tanpa mass and weight ne..

kedua...yang limited dalam dunia ne adalah WANITA SOLEHAH..sebagai mana dalam satu hadis mengatakan bahawa tiada harta yang paling berharga dalam dunia ne melainkan seorang wanita solehah..ada hadis menyebut seorang wanita solehah seumpama 10 orang lelaki soleh..limited sangat ker wanita solehah ne?? tgk ramai jer yg baik2..hah..!! dah tgh pon dalam UIA jer, mmg la banyak..cuba kita bukak luas banyak2 retina mata ne..zoom out..nk di bandingkan wanita solehah di dalam 1 bumi ne..ada berapa ramai???

bertapa limitednya wanita solehah ne, hanya untuk mereka2 yang tertentu jaa..siapa?? pm?? raja?? ketua parlimen?? penjual burger?? tidak sama sekali..wanita solehah ini hanya untuk lelaki yang soleh..mcm mana nk kenal wanita solehah ne supaya lelaki di luar sana boleh menjadi lelaki soleh??

meh kita tik mcm mana ciri2 wanita solehah tue yer.

1) meletakkan hak Allah di # 1..hak solat, hak puasa, hak mcm2 lagi
2) anak gadis yang patuh dengan ibu bapanya..
3) baik dalam pergaulan antara muslimin mahupun muslimat..
4) mendengar, melihat perkara yang baik2 saja..
5) sentiasa berprasangka baik terhadap org lain.
6) ciri2 baik yang lain..

harap gadis yang di luar sana, jagalah diri anda baik..baik2..baik2..baik2..baik2..bumi merangkak tua..kita tak tahu depan masa kita..xtahu adakah terseksa di neraka atau gembira di syurga...pesananku, tekunlah ibadah, ikhlaslah ibadah..lakukan kerana keredhaan Allah semata2..insyaAllah..anda terpelihara..insyaAllah..

aku paling suka qoute ne..semoga menjadi panduan hidup korang jugk yea..

Saidatina Aisyah R.A pernah b'pesan."Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang & dipandang". 

Jangan kau berasa bangga dgn kecantikanmu sehingga dikejar jutaan lelaki. Itu bkn kemuliaan bagimu.Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa saja.Muliakanlah dirimu dgn taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yg hanya mampu dimiliki penghuni syurga(iluvislam.com.my)

 ~smile always my dear...~




Tuesday, August 3, 2010

~CERMIN OH CERMIN~

Mesti tertanya-tanya ek apa yang interest pasal cermin kan. Emm...cermin dan kaum wanita ne memang xdapat di pisahkan. Umpama isi dan kuku, tapi ada jugak kadang2 macam kacang dan kulitnya. Kalau nak guna, baru di carinya, kalau xnak, hanya di lempar tepi. Hah...!! soalan cepu mas utk kaum wanita, sesiapa di sini membawa cermin apabila keluar shopping or jalan2..kiranya cermin always in their handbag laa...kira hebat laa korang ne..tapi owg bukan nk cerita sangat pasal cermin, apa kegunaan cermin n bla..bla..bla..tapi owg cuma cakap sesuatu yang seumpama dengan CERMIN..!!!


CERMIN atau dalam English di sebut MIRROR. Sifat cermin yang utama adalah TIDAK PERNAH BERBOHONG. Awat x pernah berbohong? Adakah ia ada mulut untuk berbicara? oh..no..no..no...
Kawan2 tengok lah wajah anda di cermin..seperti mana Allah menciptakan wajah kita berbeza sesama manusia, begitu juga cermin yang memantulan wajah kita sama dan tidak merubah sepertimana kejadian Tuhan. Jika kita tahu jerawat ada tumbuh di dahi, sure..bila tengok di cermin, mmg ada jerawat di dahi. bukan di mulut atau di telinga...

CERMIN BUKAN "BATU API"...mesti korang ada pengalaman kan..ada yang xpuas hati dengan lecturer ker..dengan member ker..pergi depan cermin, meluahkan perasaan depan cermin..ada yang maki hamun sampai x ingat dunia..ada yang sampai nk tumbuk cermin tue..aish..cermin xbersalah pon..tapi tu la kebaikan cermin..walau selori tanah pon korang mengata seseorang, tapi ia xpernah menceritakan apa yang korang maki hamunkan tue..dia merahsiakan segalanya2..tiada 1 pon rahsia korang terbongkar..tapi korang kena beware laa, nk maki hamun pon kena pandang kiri kanan jugak yea..mana taw ada org pasang telinga..huhuhuhu..

CERMIN MENERIMA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN....hah, ne ada 1 kes..kalau nk keluar tue bukan men bersiap ne haaaa....mengalahkan pengantin..ada tue smpai puji diri sendiri lak..'aku cantil laa hari ne'...kadang2 tue ada yang kata,'giler smart hari ne...mesti awek cair ar tgk'..macam2 pujian terhadap diri sendiri..tapi korang perasan tak, cermin xpernah berkata korang jangan perasan laa..muka macam kandang lembu ada hati nak ada awek..uuiikksss..pedihkan kalau cermin boleh berkata2..sifat cermin yang sentiasa meng ia kan segala percakapan dan segala pujian anda..

TETAPI ADAKAH KITA SEPERTI CERMIN???

adakah kita seperti cermin..yang sentiasa jujur, sentiasa menjaga hubungan sesama manusia..yang sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan seseorang? xperlu tepok dada..nnt sakit..cuma tanya sama hati..iaitu QALB..di mana sifatnya yang sentiasa bercakap benar..kita? semestinya kita pernah berbohong walaupun ianya perkara yang kecil..ingin owg kongsikan di sini..satu ketika dahulu, mungkin Allah nk tunjukkan IANYA adalah kuasa paling besar, ada sorang hamba Allah ne membohongi owg..katanya dia sedang meeting..huhuhu..tapi owg nampak dia sedang bersendaloka di cafe sedang membeli makanan..huh..berderau darah ne..tapi ana sabar..yaa..mungkin juga Allah nak tunjukkan perangai sebenar hamba Allah ne..hatiku berbisaik supaya bersabar..BERSABAR...

cermin bukan jugak batu api!!!!! ish3..sifat batu api ne kan sifat yang tidak boleh di maafkan..tapi cermin tak pernah membatu apikan sesiapa kan..sedangkan benda ada siat terpuji ini, apatah lagi manusia..yang punyai akal untuk membezakan yang baik dan yang buruk..tapi ada juga manusia yang meletakkan akalnya di lutut..ya ada..bukan xada..contohnya hamba Allah yg tadi tue..alaaa..yg owg kata dia menipu tue..masyaAllah..sekarang perangai buruk yang kedua pulak...suka membatu apikan sesama manusia..dalam erti kata yg lain..menghancurkan satu relation baik ke tidak baik..dia tue bukan apa, owg pon xtahu lah apa masalahnya dengan owg..tetapi owg hanya tahu masalahnya XADA KAWAN..jadi  kawan2 owg dia pergi cerita yg bukan2 supaya kawan2 akan membenci owg. ada manusia mcm ne kat dunia..jangan hairan..dia xada kawan sebab kan perangai dia tue..jadi nk mencari kawan baru dengan membatuapikan kawan2 org lain..AMAT XFAHAM DAAA...!!!!

cermin jugak menerima segala2nya tentang diri kita..baik dan buruk..luar dan dalam..tapi manusia??? sebab tue Allah menciptakan akal untuk manusia..akal tidak di makan..tetapi digunakan dengan bijak..bukan seperti otak..hanya boleh di makan..cermin xpernah mengata wajah kita buruk ker..berjerawat ker..kulit xsihat ker..cermin hanya sabar dan menerima segala2nya tentang diri kita..tetapi ada jua manusia yang men judge kan manusia yang lain melalui rupa..katanya rupa kawanku itu tidak lawa..that's y dia menyampah tengok..tapi nak cakap disini laa kan..yang mengata tue laa yang xlawa..hatinya busuk..mengumpat, menceritakan keburukan dan keaiban org lain..berkwan hanya di judgekan dengan material..elok laa..mmg dia amek material field pon..kalau ada kereta..hanya untuk kesenangan dia..mmg sahabat sehidup semati laa...tapi aku xdak apa2..hanya ada gerek jaa..sapa yg nak kawan??? huh..xapa..Allah itu MAHA ADIL..akan menghukum sesiapa yg berbuat salah.

*****cuma pesanku, jadilah seperti cermin..segalanya sifat mahmudah di dalam dirinya..di sayangi dan di ingati di mana2..sentiasa menjadi yang terpenting dalam hidup seseorang...*****