Tuesday, February 19, 2013

SELAWAT ke atas Baginda Rasulullah SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله...berpeluang juga saya mengupload file yang berbentuk pdf..this is my first time upload sendiri..ini pun kerana saya cari xjumpa link yang di beri oleh sahabat2 pengajian Majlis Ta'lim an-Nur, yang berpusat di Uni. Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

dalam kesibukkan pagi yang menuntut saya menyettelkan kerja rumah(*biasa laa..dok tanam anggur di rumah) jadi tanggungjawab sebagai anak(*ataupun anak dara/ kakak) mestilah di langsaikan..pada saya lagi dok kita nak berbaktikan kalau bukan ibu bapa, selagi mereka masih ada..^_^


click link ini plez...Selawat Untuk Mendapat Syafaat Rasulullah SAW

insyaAllah, mari sama2 kita mengambil manfaat di atas usaha besar yang di lakukan oleh ustaz yang saya amat cintai, al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll as-Senary.

pada siapa lagi kita ingin memohon pertolongan di Padang Masyar. Solat tanpa wuduk itu adalah selawat..

1 kisah yang saya dapat dari Ustazah Halimah alydrus(*dari Indonesia). Beliau merupakan bekas pelajar Daruz Zohro, Hadramut, Yemen. Juga anak murid kepada Habib Umar Bin Hafidz.

Kisahnya begini,

Satu hari, al-Imam as-Syazuli terbatal wuduknya. Kerana menjadi kebiasaan orang-orang 'alim sentiasa menjaga wudhuk. Lalu pergi dia mencari air dan terjumpa 1 perigi yang terkandung air. Tetapi perigi itu tiada baldinya. Bagaimana dia mahu mengambil air wudhuk kalau bejananya tidak ada. Tertoleh al-Imam as-Syazuli mencari sesiapa yang boleh dia meminta tolong. Dan terlihat dia seorang wanita lantas dia pergi menemui wanita tersebut.

Setelah memberi salam, al-Imam as-Syazuli mengatakan hasratnya kalau-kalau anak muda itu punya baldi. Lalu apa yang di katakan oleh wanita tesebut.

"Bukankah engkau Imam Syazuli. Yang di katakan oleh ramai-rami itu?"
"Ya, saya Imam Syazuli. Bolehkah saya meminjam baldinya?"
"Iya. Boleh saja. Tapi, bukankah engkau Imam Syazuli?"
"Ya, saya Imam Syazuli. Saya mahu meminjam baldi mu untuk aku berwudhuk di sana."
"Ya iya..boleh saja..Tapi engkau Imam Syazuli kan?"
"Ya, saya Imam Syazuli. Saya mahu meminjam baldi mu."

Berulang-ulang wanita itu mengatakan tentang kepastian bahawa itu Imam Syazuli kan. Tetapi tidak jemu al-Imam as-Syazuli menjawab persoalan yang berulang-ulang. (Sabar kan Imam Syazuli..!)

Lalu, sampai saja wanita itu di gigi perigi dia membacakan sesuatu dan meludah ke dalam perigi dan airnya dalam perigi itu naik ke atas sehingga tidak perlu lagi memerlukan baldi untuk mencedok air. Lantas, Imam Syazuli berasa hairan. Bagaimana wanita itu lakukan perkara yang sedemikian.

Imam Syazuli bertanya,"Wahai budak muda, apa yang engkau bacakan tadi sebelum engkau meludah ke dalam perigi dan lalu airnya naik hingga ke atas?"

Dan wanita itu pun berkata,"Aku berselawat ke atas Rasulullah SAW. Itu saja"

Imam Syazuli berkata lagi,"Jadi engkau tidak memerlukan baldi, hanya berselawat dan meludahi ke dalam pergi untuk mengambil airnya?"

Jawab wanita itu lagi,"Ya..saya hanya perlu berselawat saja. Dan saya telah mengamalkan selawat setelah sekian lama. Dan engkau Imam Syazuli kan?" Ditanya lagi wanita itu untuk mendapat kepastian tentang al-Imam as-Syazuli.

Kemudian, dari peristiwa inilah, al-Imam as-Syazuli mula mengarang selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.

walllahu a'lam..

Adakah kita amalkan selawat akan mendapat kebaikkan yang sedemikian? Kalaupun tiada di dunia, cukup lah mendapat syafaat Rasulullah SAW nnt di sana..itu yang lebih penting. Tapi siapa tahu keajaiban boleh berlaku dengan izin-Nya. Mungkin dari cara rezeki yang melimpah-limpah, kesihatan tubuh badan, kebahagiaan rumah tangga, anak-anak yang soleh, hidup yang berjaya, hati yang sentiasa tenang, dan juga sebagainya. Segalanya di atas keberkatan nama Kekasih-Nya..

JOM BERSELAWAT..!

0 comments: