Saturday, February 23, 2013

Jalan-jalan, luas pemandangan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركا ته

الحمد لله , WELCOME TO THAILAND...!

Tak lah..sebenarnya tak sampai pun. Tapi teringin nak p seberang pagar sana. Hanya lagi 10 meter saja tadi, cuma tak ada border pass saja. ^_^ Tapi xmengapa lah..sampai kat Mas krajang pun dah dapat mesej nie.


"To call back home" bunyi mcm kami dah jejak tanah Thailand jaa..Padahal baru jaa kat border..

My father, dulu masa mudanya memang selalu ke sana. Jadi aku selalu sembang dengan ayah bab negara thai. That's why aku ngan ayah lebih rapat, we share the same taste. Tapi ayah kata dia tak pernah sampai lagi ke Pasar Terapung. Jadi plannya nnt, kalau ada kelapangan nak bawak ayah ke sana setelah beramai-ramai menunaikan umrah bersama. insyaAllah..

Aku suka tengok budaya orang. Kalau aku bukak tv, aku tak suka sangat bukak siaran tv Malaysia, melainkan slot2 ilmiah. Selalunya aku bukak siaran Thai..Depa banyak documentary. Hari tue ada documentary tentang budaya hidup di perkampungan Thailand..

AMAZINGLY,

Sama mcm kampung aku kat sini..kalau dulu maybe 100% sama..tapi sekarang ada sikit perubahan..contohnya cara buat cendol, makan pulut+ikan masin..Teringat dulu kalau nak p sekolah, mak masak pulut n kepal2, dalam tue ada ikan masin..Jadi bawak bekal pulut comey2 saja..Bulat-bulat..^_^ So, bila tgk slot documentary tue, sama laa dengan budaya kat sini..And la nie pun bila makan pulut, aku suka kepal2, jadi bulat2..Hehehe..Comey..!

1 lagi ada kat sini, tapi xada kat tempat lain yang bukan dekat dengan thailand..Tadaaa...!

Ini di namakan emping n air kopi+milo ^_^

Lama sudah tak makan emping. Emping nie dari pulut yang muda, belom masa sepenuhnya lagi dah di kutip dan di tumbuk..Gaul dengan nyoq, garam n gula..sedap~

Tambah air kopi..lagi uuummphh...alhamdulillah..^_^

Baru aku sedar, aku lebih suka makan pulut lagi berbanding nasi. Sarawa durian pun aku sanggup masak pulut nak makan even nasi dah ada..segala-galanya pulut..

Alhamdulillah, nikmat dunia..^_^

So, welcome to mini Thailand...! 

Thursday, February 21, 2013

[Rakaman] Ustaz Muhadir Bin Hj. Joll as-Senary di Radio IKIM.fm bertajuk Rasulullah SAW Bukan Manusia Biasa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم و رحمة الله و بركا ته


ألحمد لله, puji dan puja syukur ke pada Allah swt dengan izin-Nya dapat saya menukilkan lagi 1 post ilmiah..insyaAllah..

Selawat keatas Baginda Rasulullah saw, bersesuaian malam ini adalah malam Jumaat, Hari Jumaat, seboleh-bolehnya perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. 

ألحمد لله , sebentar tadi di Radio IKIM.fm telah menyiarkan 1 slot di mana al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj Joll as-Senary di jemput sebagai tetamu untuk menyampaikan short tazkirah bertajuk Rasulullah SAW Bukan Manusia Biasa. 

Ustaz Muhadir Bin Hj Joll as-Senary bersama dengan Syeikhuna Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Photo ini ketika program di Sarawak. Alhamdulillah.


Kalian boleh saja klik di link ini untuk mendengar suara ustaz..^_^

Ustaz Muhadir di IKIM.fm

Ini saja usaha kecil yang boleh saya lakukan kepada mereka yang diizinkan Allah swt dengan tidak punya kelapangan mahupun memenuhi tuntutan lain yang lebih memerlukan khidmat kalian. InsyaAllah, boleh lah kita mengambil manfaat bersama-sama setelah mendengar secebis ilmu dari ustaz yang kita amat kasihi dan rindui al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Hj. Joll as-Senary.

Semoga Allah swt menambahkan mahabbah dan kecintaan kita kepada Sayyiduna Rasulillah SAW..Ameen Allahumma ameen.

*Sebarang kesilapan dan keterlanjuran dalam nukilan saya, boleh di emelkan terus pada saya sebagai manfaat bersama. InsyaAllah

Wassalam..^_^

Wednesday, February 20, 2013

Rasulullah SAW insan biasa yang luar biasa

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

الحمد لله , kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadiri ta'lim di Bukit Antarabangsa ahad lalu, kita telah mendapat manfaat bersama dari ihsan hamba Allah yang sudi merakamkan apa yang telah di sampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid...

Semoga Allah swt memberkati tiap nafas dan tiap kerdipan mata mereka yang telah berbuat ihsan dengan menyediakan video ini tanpa ada sebarang bayaran..Semoga segala apa yang di hajatkan oleh mereka itu di mudahkan dan di tunaikan oleh Allah swt..Ameen Allahumma Ameen..



Click this link to view the video...Nabi Muhammad  صلى الله على سيدنا محمد و اله و سلّم insan biasa yang luar biasa.

Sama-sama kita menanam rasa cinta dan rindu pada Baginda Rasulullah  صلى الله على سيدنا محمد و اله و سلّم.

Tuesday, February 19, 2013

SELAWAT ke atas Baginda Rasulullah SAW

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله...berpeluang juga saya mengupload file yang berbentuk pdf..this is my first time upload sendiri..ini pun kerana saya cari xjumpa link yang di beri oleh sahabat2 pengajian Majlis Ta'lim an-Nur, yang berpusat di Uni. Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

dalam kesibukkan pagi yang menuntut saya menyettelkan kerja rumah(*biasa laa..dok tanam anggur di rumah) jadi tanggungjawab sebagai anak(*ataupun anak dara/ kakak) mestilah di langsaikan..pada saya lagi dok kita nak berbaktikan kalau bukan ibu bapa, selagi mereka masih ada..^_^


click link ini plez...Selawat Untuk Mendapat Syafaat Rasulullah SAW

insyaAllah, mari sama2 kita mengambil manfaat di atas usaha besar yang di lakukan oleh ustaz yang saya amat cintai, al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll as-Senary.

pada siapa lagi kita ingin memohon pertolongan di Padang Masyar. Solat tanpa wuduk itu adalah selawat..

1 kisah yang saya dapat dari Ustazah Halimah alydrus(*dari Indonesia). Beliau merupakan bekas pelajar Daruz Zohro, Hadramut, Yemen. Juga anak murid kepada Habib Umar Bin Hafidz.

Kisahnya begini,

Satu hari, al-Imam as-Syazuli terbatal wuduknya. Kerana menjadi kebiasaan orang-orang 'alim sentiasa menjaga wudhuk. Lalu pergi dia mencari air dan terjumpa 1 perigi yang terkandung air. Tetapi perigi itu tiada baldinya. Bagaimana dia mahu mengambil air wudhuk kalau bejananya tidak ada. Tertoleh al-Imam as-Syazuli mencari sesiapa yang boleh dia meminta tolong. Dan terlihat dia seorang wanita lantas dia pergi menemui wanita tersebut.

Setelah memberi salam, al-Imam as-Syazuli mengatakan hasratnya kalau-kalau anak muda itu punya baldi. Lalu apa yang di katakan oleh wanita tesebut.

"Bukankah engkau Imam Syazuli. Yang di katakan oleh ramai-rami itu?"
"Ya, saya Imam Syazuli. Bolehkah saya meminjam baldinya?"
"Iya. Boleh saja. Tapi, bukankah engkau Imam Syazuli?"
"Ya, saya Imam Syazuli. Saya mahu meminjam baldi mu untuk aku berwudhuk di sana."
"Ya iya..boleh saja..Tapi engkau Imam Syazuli kan?"
"Ya, saya Imam Syazuli. Saya mahu meminjam baldi mu."

Berulang-ulang wanita itu mengatakan tentang kepastian bahawa itu Imam Syazuli kan. Tetapi tidak jemu al-Imam as-Syazuli menjawab persoalan yang berulang-ulang. (Sabar kan Imam Syazuli..!)

Lalu, sampai saja wanita itu di gigi perigi dia membacakan sesuatu dan meludah ke dalam perigi dan airnya dalam perigi itu naik ke atas sehingga tidak perlu lagi memerlukan baldi untuk mencedok air. Lantas, Imam Syazuli berasa hairan. Bagaimana wanita itu lakukan perkara yang sedemikian.

Imam Syazuli bertanya,"Wahai budak muda, apa yang engkau bacakan tadi sebelum engkau meludah ke dalam perigi dan lalu airnya naik hingga ke atas?"

Dan wanita itu pun berkata,"Aku berselawat ke atas Rasulullah SAW. Itu saja"

Imam Syazuli berkata lagi,"Jadi engkau tidak memerlukan baldi, hanya berselawat dan meludahi ke dalam pergi untuk mengambil airnya?"

Jawab wanita itu lagi,"Ya..saya hanya perlu berselawat saja. Dan saya telah mengamalkan selawat setelah sekian lama. Dan engkau Imam Syazuli kan?" Ditanya lagi wanita itu untuk mendapat kepastian tentang al-Imam as-Syazuli.

Kemudian, dari peristiwa inilah, al-Imam as-Syazuli mula mengarang selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.

walllahu a'lam..

Adakah kita amalkan selawat akan mendapat kebaikkan yang sedemikian? Kalaupun tiada di dunia, cukup lah mendapat syafaat Rasulullah SAW nnt di sana..itu yang lebih penting. Tapi siapa tahu keajaiban boleh berlaku dengan izin-Nya. Mungkin dari cara rezeki yang melimpah-limpah, kesihatan tubuh badan, kebahagiaan rumah tangga, anak-anak yang soleh, hidup yang berjaya, hati yang sentiasa tenang, dan juga sebagainya. Segalanya di atas keberkatan nama Kekasih-Nya..

JOM BERSELAWAT..!

Monday, February 18, 2013

HARI ITU DALAM SEJARAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari apa yang dalam sejarahnya?

Tepat...

7: 32 am
14th of January 2013
Monday
Mahallah Ameenah

Enfon ku berdering menandakan mesej masuk..aku pon tekan "OPEN"

from : M xxxxx(namanya di blurkan supaya tiada timbul sebarang perkara yang tidak di ingini..M is stands for Mecha untuk budak majoring aku saja)

Mesej : Salam..Che mah, xxx rasa xboleh nak go on dengan fyp..sebb xxx accident masa balik rumah mak cik hari tue..xxx nak give up n tarik diri dari fyp..maaf sangat2 taw..

Reaksi aku?

terus bangun kemudian, YA ALLAH..*daku rasakan kelam bilik aku..aku xkisah kalau dia tarik diri..tapi yang aku risaukan, hampir 80% component project aku, malam sebelum tue aku check semuanya problem...semuanya rosak..!

okey..calm down..calm down...

okey, mesej kawan pinjam kereta nak pergi Astana Digital..alhamdulillah, my best ever friend kerja di sana, so aku pun p consult dengan dia..

vrooooommm....start pukul 10 pagi sampai pukul 6 petang baru sampai bilik..sebelum tue, rush plak p jumpa my sv sebb dah janji dengan dia nak jumpa hari tue..dalam kereta aku ingat pada sorang saja..member yg teman aku pon tidoq kat sebelah..masa drive tue dok layan perasaan..i really missed some1's shoulder..kalau boleh aku nak peluk dia kuat2 menangis mcm mana aku pernah menangis di bahu dia dulu..nak mengadu hal..Kakanda ku Nor Yuslida..Tapi dia xdak kat uia..Kakanda dah terbang p Jepun...T.T (*tgk, teriak lagi masa taip nie..hehe..rindu pada dia agaknya kan..I really miss u my love love lovely sister..^_^) 

pukul 4 : 50 pm aku p ketok pintu bilik dia..

aku : knok..knok...knok..assalamu'alaikum..
my sv : wa'alaikumussalam..masuk..! Hah asmah, lambat kamu hari nie..
aku : sory sir..saya rush dari bandar Baru bangi..baru balik dari Astana Digital..
my sv : jauhnya kamu pergi..ok, how was it? mcm mana dengan robot..
aku : (okey..aku tahan ayaq mata...tekak dah perit ne rasa)..robot sir? eemm..sir, xxx tarik diri dari fyp..(boom...pecah empangan ayaq mata...aku teriak depan sir..hahaha...sapa tahan?)
my sv : okey, relax..relax..
aku : *cerita dari akaq hingga ke pucuk..
my sv : okey..u buat mcm nie..mcm nie..mcm nie..mcm nie..insyaAllah...buat sedaya mampu u..don't push ur self..the examinar will understand ur position..insyaAllah..

Alhamdulillah...

Selesai solat 'Asar, selepas zikir n doa..sambil merenung sejadah..Subhanallah...hari sudah petang, setitis air pun xmasuk lagi dalam perut..(*aku niat posa sunat pun xpa hari tue)

dalam situasi nie, apa yang aku tahu, bila sebut nama Allah swt, pasti aku teriak..keluaq saja ayaq mata..mententeramkan hati dengan nama Allah swt..mengingatkan ini yang terbaik untuk diri ku..ini yang tertulis dalam kitab taqdirku..

"Asma', sabar..sabar k..Allah swt inginkan yang terbaik dari hang..Allah swt nak kurniakan robot yang lebih baik dari hang..ini peluangnya..DIA kan lebih mengetahui..sabar..DIA tahu kesakitan yang hang tanggung..DIA melihat ayaq mata hang.." kata pada diri sendiri 

Aku xtaw untuk kesekelian berapa kali aku cakap dengan diri aku ayat tue..mesti..conform lepas tue teriak..

BERAT NAK TANGGUNG KERANA...

Actually, project aku di bahagikan kepada 2 parts..mechanical n electrical..aku part mechanical..Alhamdulillah, robot semua dah siap, cuma aku nak pasang eraser di bottom robot saja..yang tue last sebb micro motor aku seletape saja..BUT....!
part yang partner aku punya xsiap mcm mana criterion fyp, xmeet dengan aku punya objective project...!
n i need to learn Arduino punya coding..so, i said pada my x partner nak tgk coding dia..

Ya Allah..teriak lagi..coding dia ntah apa2..xada coding untuk eraser, xdak coding untuk accelerometer..hanya coding gerak motor saja..apa yang boleh aku katakan...aku kena mula balik dari awal dalam masa 1 minggu sebb next week hari isnin nya aku ada demo, selasa aku ada presentation..

Eleh..ada masa seminggu lagi kot..!!

Hah, mmg laa masa ada lagi 7 hari, tapi kerja yang aku kena tanggung nie kerja 1 sem kot..tue xtermasuk trouble shoot lagi..make up lagi..summary lagi..slide presentation lagi, poster exhibition lagi..berdereeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttt kerja dok tunggu..

xpa, aku plan wat kerja 1 1..dengan tenang dan teliti..sabar dan tabah..yang aku pelik, tangan aku langsung xsentuh nasik selama 2 minggu setelah habis presentation baru aku mula menyentuh nasik..aku makan juga nasik, tapi suruh Umi Milhana yang suapkan..habuan xbagi perut berbunyi..boleh laa 2 3 suap..pastu aku sambung balik kerja..yang penting, tidur mesti cukup sebb tue yang membantu aku berfikir tentang coding..pelik ka?

tiada yang pelik dalam dunia nie kalau segalanya di izinkan Allah...kan~

2 hari aku ulang alik dari bbb ke gombak..dari pagi ke petang..malam check balik robot..aku p astana bukan suruh depan settlekan robot aku..aku p tanya apa yg xkena dengan component nie..melayang jugak laa rm200..eemm..segala2nya kerana belajar kan..at tholibul 'ilm (the seeker of knowledge)...

alhamdulillah, aku dapat support dari rumate, tolong belikan aku roti sebb aku dah xlalu nak makan apa2 melainkan roti sebagai penambah tenaga..support dari Umi n Atun(*kawan aku yg kerja kat Astana tue)..Jamaliah my junior n sum1 suruh aku minum jus buah sebb aku xmakan nasik lagi..

my main component untuk menjayakan fyp nie guna sensor namanya Accelerometer(ADXL 335)..sebb nak make sure my robot move in straight line..hari sabtu, lagi 2 hari nk demo, rupa2 nya baru aku dapat tahu sensor nie jugak tebako..rosak..harga dia rm180..mmg laa nak hampir 2 ratus JE..tapi 2 ratus tue aku boleh makan untuk sebulan kot...

ahaks...sebelum tue..

Allah swt tolong akan hamba2 NYA..yaqin saja dengan Allah swt..yaqin..alhamdulillah, dalam2 aku mintak tolong org ajarkan aku concept ADXL335 tue, xdak sapa pun berkesempatan sebb semuanya sibuk dengan fyp masing2.. aku TERjumpa master of coding..ish..xtaw nak cerita mcm mana kepakaran dia dalam hal2 robotik..aku terjumpa dia hari sabtu di cafe HS..aku tunjuk Umi sebb Umi pernah cakap pasal brother tu pada aku dulu..then Umi kata, che mah try laa tanya dia..dia terror pasal nie..

Bantuan Allah ada di mana sahaja..cuma yaqin dengan DIA..

dengan tangkas dan pantas, niat kerana menuntut ilmu, aku p laa menghulurkan salam dengan memberi salam..bukan menghulurkan tangan untuk bersalam k..HAROM..(*adus, aku xsuka bercakap dengan org lelaki..my darah gemuruh nie..INGAT..at tholibul 'ilm..malu membawa padah)

Jadi, dia ajar laa aku concept mcm mana ADXL335 tue works..okey..aku panjat lab kat e5(bukan aku spiderman k..maksudnya aku naik ikot lif laa)..try boh coding, amek analog data..try masuk ikot coding motor yang control wheel..XJADI...! awat analog data dia pelik lagi memelikkan..bila aku cabut wayar ke GROUND PIN, baru data dia nampak mcm possible..tapi data jaa mcm possible, tapi connection wire IMPOSSIBLE..amenda connection xdak ground..

setelah aku merasakan keletihan yang tahap danger..lampu merah pon dok lip lap lip lap dah nie menandakan aku di tahap serius dah..aku mesej brother zuhaili yang aku GIVE UP ON ADXL335..then he called me..adus, nak angkat xmaw angkat nie..angkaaat saja laa labu..!

"ye sister..give up sudah?"
"ye brother..dah xmampu dah..seharian saya spent dengan adxl..xdapat2"
"eh sister..ada 1 hari lagi kan..sempat lagi..agi hidup agi ngelaban"
"saya dah cuba mcm2 dah..saya dah try coding mcm2..xada effect..data value ntah mcm apa..saya give up laa"
"u try buat mcm nie...bla..bla..bla.."
"dah brother..semua cara saya dah buat"
"ye ke..okey, 2morow u ada di engine? saya mungkin ada di uia esok tengah hari..kalau sempat, saya cuba tgk apa masalahnya"
"okey..insyaAllah"

BESOKNYA di Cafe Edu..

dia check punya check..rupanya adxl aku terbako~ mana nak cari sensor hari ahad..kedai tutup kot~

"okey sister..u ada backup adxl?"
"xada brother..yang nie pon saya pinjam dengan doktor Yassir"
"eemmm..robot u nie kena ada accelerometer..kalau u hanya ada limit switch it is not like fyp level..nnt nampak mcm budak sekolah punya standard..eeemmmm...kejap..give me 10 mins.."
"okey brother, take ur tyme"

dia datang dengan adxl nya...Rahmat Allah..pertolongan Allah..ada di mana2..cuma yaqin dengan Allah swt..berprasangka baik dengan Allah swt..brother Zuhaili bagi pinjam dia punya accelerometer..!

Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulilllah..demo session is going well..presentation pun, examiner buat lawak plak bila aku tanya dia soklan..sir pun kata okey..itu saja yang aku mampu..report pon xada problem..tapi tyme present aku kena siapkan ayaq sebb sora aku jadi serak kalau cakap lama2..20 minit~ aku cover untuk the whole part of robot..nnt xterkeluaq plak sora..result fyp pon alhamdulillah...tidak terjangka...! segala2nya milik Allah kan..syukran lillah..

SEKARANG...
di kampung, bila di kenang, untuk melaluinya untuk kali ke 2 tue aku dah xmampu..xkuat..pengalaman aku..kenal mana sahabat..mana teman tapi mesra sahaja..3 benda yang aku tak tahan bila dengaq

1. Atun kata, "Chemah, jgn stress2 taw..insyaAllah..Allah ada untuk membantu..buat slow2..nampak muka stress tue"
aku plak,"thanks atun..nampak sangat ka muka stress..?"
*xtaw laa..mana dan nak belek muka di cermin..agaknya kalau hidung nie style boleh cabut kaa..mesti aku dah tetinggal mana hidung aku..see, Allah swt ciptakan sesuatu bukan saja2 taw..

2. wani kata, "chemah, dah makan ke? nak org belikan makanan x?"
aku plak,"tak kot wani..xada selera laa nak makan"
wani,"org ada roti..nak tak?"
*aku makan roti sambil teriak kot..aku xboleh org baik2 di kala aku kesempitan..nnt aku sebak~

3. bila aku nasihatkan diri sendiri..segalanya dari Allah swt..sabar, redha, ikhlas terima ujian dia..ini yang terbaik..ini yang terbaik..DIA tahu hang boleh face benda nie..kalau tak, takkan DIA nak tetapkan ketentuan mcm nie..DIA lebih tahu..
*atas moto pon aku boleh teriak kot bila aku cakap benda nie pada diri sendiri..

Sekian..^_^

Alhamdulillah...aku punya Tuhan yang Maha Penyayang

Thursday, February 14, 2013

yang meruntun jiwa لا اله الاّ الله Kalimah

بسم الله الرحمن الرحيم

Ku awalkan tinta ku dengan nama Tuhanku yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Yang Menguasai Hari Pembalasan dan Hari Pengakhiran. Selawat dan salam untuk Rasul Junjungan ummat Sayyidul Musthofa Rasululillah S.A.W..Berselawatlah, dan memujilah Baginda SAW kerana ia adalah sebaik-baik perkara.

Seperti biasa, mata yang di anugerahkan sebagai 1 amanah, digunakan untuk berkhidmat sebagai agen untuk beramal soleh dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. *Fuhh...tudia, ayat panjang xdak titik...

Nasihat dari Ustaz yang saya amat cintai dan amat kasihi, al-Fadhil al-Ustaz Muhadir Bin Hj Joll al-Senariy. Kata beliau, "Kutiplah hikmah mahupun dari sang perompak." Kalam nasihat ini di ucapkan dari kisah al-imam al- Ghazali yang di mana kitabnya di curi oleh sang perompak di padang pasir. *u can review by urself kisah nie..

Jadi, what happened on me is.....

Last year, I got my new nephew(*eh bukan..niece) from my eldest brother, namanya Nur Farhah Najibah..Character yang paling significant untuk anak2 abang sulung is kerap menangis..teriak sokmo..

Jadi bila aku dukung dia mula laa nk sebek..dah mula bunyi..jadi aku try laa bacakan talkin padanya..Amazingly, she stops from crying and she starts smiling..haik....!!  ajaibnya..!! pastu aku cuba ubah...try zikir2 yang lain..tapi Farhah mula nak nangis..Aku pusing balik ucap talkin, then she smile again siap nampak lesung pipit lagi~

Then, i wanna try this kalimah tauhid itu pada new baby born, anak abang ke 3, Muhammad Afiq Syahmi. Baru ja 8hb Februari lahir..1st time aku jumpa afiq is on 10th February..Asik tido je..mata tak bukak..jenuh nak di kejut..xmaw2 bangun jugak...



Lastly, 

I got an idea..aku bisikkan di telinga afiq "Laa Ilaha Illallaah"...Then, he open his eyes..Nice..!!
Acik dia mula laa jalankan experiment...aku ucapkan banyak2 kali kalimah tauhid tue..and he smiling sampai ternampak lesung pipit..aku pulak yang nak teyak..! Oh Allah~

Subhanallah..ucapku dalam hati..
Benar, Tiada Tuhan Selain Allah

Hikmahnya : Apakan daya bayi yang baru lahir, yang hanya mencicip susu ibunya sahaja mengenal Tuhan lebih dari aku yang sudah hidup hampir 25 tahun tapi masih belum lagi mengenal Tuhanku dengan sepenuhnya. Tidak bergetar dengan dosa2 yang telah di lakukan, tidak takut dengan azab neraka..

Ucapkanlah Laa Ilaha Illallaah, kerana ia bisa menerangkan hatimu yang kelam dek bintikkan hitam noda dari dosa2 yang telah di lakukan..
Ringankan lidah mu dalam mengucapkan Laa Ilaha Illallaah, kerana ia adalah kalimah yang bisa memberatkan mizan mu kelak..ameen Allahumma ameen..



By Talib al-Habib with the title al-Habib *aku suka semua lagu Talib al-Habib..Best.......!