Friday, November 23, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Majlis Pengajian Talaqqi an-Nur bercahaya lagi kali ini. Dengan kedatangan orang-orang yang istimewa malah ada tetamu khas dari Mesir, boleh juga ya di katakan Mesir? Kerana asalnya Syeikh dari Indonesia. 

MasyaAllah, tetamu yang hebat, al-Musnid Asia Tenggara Syeikh Muhammad Husni al-Ginting al-Azhari. Bagaikan mahu rebah mendapat khabar yang talaqqi malam itu akan di hadiri oleh Syeikh Muhammad Husni. Siapa sangka kan, masih lagi ada jodoh bersama beliau..^__^


Dari kanan adalah Ustaz Abdullah al-Qedhahi(*atau di kenal ustaz alfansuri mahupun ustaz Abu Zahrah)
Tengah:- Syeikh Muhammad Husni al-Ginting al- Azhari
Kiri:-Ustaz Muhadir Bin Hj Joll

Photo ini di ambil oleh salah seorang hadirin talaqqi Muslimin pada tahun lepas, 2011. Tahun ini saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kerana keterujaan dapat bertemu dengan syeikh lagi untuk kesekian lamanya. Syeikh ada juga buat lawatan pengajian di luar, di Darul Hasani contohnya, cuma saya yang tidak berpeluang ke sana. Alhamdulillah, Allah swt masih lagi memberi kesempatan yang terhebat ini..


2011. kami di bacakan Kitab Syamail Muhammadi. Syeikh Muhammad Husni berkata, serban Rasulullah SAW berwarna putih, tetapi bezanya jikalau Baginda hendak menghadiri peperangan, serban dan jubah Baginda SAW bewarna hitam. Kerana khuatiri kotor terkena debu mahupun darah. Lalu Syeikh katakan, serban saya memang ini ya warnanya.(kelihatan serban syeikh Husni berwarna cream). Katanya lagi, serban ana memang asalnya begini warnanya, bukan bererti ana tidak basuh yaa serban ana. ^__^ Syeikh seperti tahu saja, pasti akan ada yang melihat serbannya. Sangat cute.

Ini sekadar pengenalan tentang sejarah pertemuan saya dengan al-Musnid Asia Tenggara, Syeikh Muhammad Husni al-Ginting al-Azhari. Siapa sangka, masih lagi dipertemukan dengan Syeikh pada tahun seterusnya..alhamdulillah...

Ini adalah video rakaman semasa kunjungan Syeikh di Musollah KOE, UIA..

1. Video1
2.Video2

Sekian, wassalam

0 comments: