mengejar impian itu tidak pasti,
tetapi mengejar akhirat itu pasti.
sekarang, aku makin sampai ke penghujung permulaan yang telah aku mulakan..
berpaling ke belakang dengan renungan yang redup..
mengambil iktibar di atas liku dan halangan yang telah aku rasai
di mana tempat lukanya kaki aku melangkah,
rebah dan sakitnya..biarpun air mata mengalir..
tapi akan ku tetap tabah melangkah
hingga titik di mana aku sedang berdiri sekarang
ku palingkan wajah ke hadapan,
masih ada sisa baki perjalanan.
aku memohon supaya Allah mudahkan perjalanan kali ini
akan aku cuba berjalan dengan tenang,
bertemankan Allah dan Rasul,
supaya kali ini aku sampai di penghujungnya dengan berjaya
kalaupun ada, biarpun air mata gembira
segalanya aku serah pada Yang Esa
kalaupun aku kecewa, tetapi aku sudah pun berusaha
berjaya atau tidak bukan di tangan dan usahaku
tetapi, segalanya kerana Allah swt..
Allah, mudahkan perjalananku..
ingin aku memulakan perjalanan di jalan yang lain pula
Nazam Ubat Hati
-
Untaian nazam yang dikenali sebagai *Nazam Silsilah *atau *Nazam Munajah /
Munajat *atau *Ubat Hati*, gubahan asal berbahasa Arab dalam 33 bait
karangan ...
1 week ago
0 comments:
Post a Comment