Jumaat
16 december 2011/ 20 Muharram 1433
11.15am- 1.00 pm
Musolla Engineering UIAM
Guru Talaqqi:- Alhabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Alhamid
Tajuk yang di pelajari hari ini adalah berkenaan dengan perkara di bawah.
1. Akibat Orang yang Rosak wuduk/ berhadas kecil
Barangsiapa yang rosak wudhuknya maka haram baginya 4 perkara:
- Solat
- Tawaf
- Menyentuh mushaf
- Membawa mushaf (di lihat pada tujuan asal membawa mushaf)
Habib ada menghuraikan bab mushaf. Yang di katakan mushaf itu adalah al- Quran. Manakala juga di katakan mushaf itu adalah bilangan tafsir al- Quran yang sama bilangannya dengan ayat al-Quran. Kotak al Quran juga adalah sebahagian dari al Quran. Kotak yang bagaimana? Kotak sarungnya al Quran yang mana kita menyimpan al Quran di dalam kotak tersebut. Kulit al Quran yang tercerai dari al- quran itu juga sebahagian dari al Quran.
2. Larangan bagi orang yang junub
- Solat
- Tawaf
- Menyentuh mushaf
- membawa mushaf
- berdiam di masjid
- membaca al Quran
Habib Ali menghuraikan membaca al Quran itu ada dua jenis. Satunya membaca al Quran dan ke duanya berzikir dengan ayat-ayat al quran. Contohnya berzikir dengan ayat-ayat alquran adalah seperti doa sebelum tidur, kita membaca 3 Qul dan ayatul kursi. Ini di bolehkan kerana ia merupakan zikir dan doa.
Bagi mereka para hafizah yang khuatir akan melupai ayat yang di hafalnya, maka ia di bolehkan.
3. Larangan bagi wanita yang haid/ nifas
Wanita haid haram melakukan 10 perkara di bawah:
- Solat
- tawaf
- Menyentuh mushaf
- membawa mushaf
- berdiam di masjid
- membaca al quran
- Puasa
- Talaq (talaq tetap sah tetapi berdosa)
- Lewat di dalam masjid kuatir dapat mengotori masjid
- Menikmati bagian tubuh antara pusar dan lutut (kepada si suami)
Dikatakan masjid itu adalah tempat yang diwakafkan(bukan atas hak siapa2) untuk semua kaum muslimin dan muslimat. Contohnya Abu punyai rumah, di dalamnya ada bilik bersolat (musolla). Ia tidak di kira sebagai masjid kerana bilik itu miliknya Abu dan Abu punya hak untuk tidak benarkan atau benarkan sesiapa untuk ke bilik tersebut untuk bersolat. Jadi di sini, sesiapa pon boleh memasuki bilik tersebut mahupun yang di dalam keadaan haid, nifas atau pun hadas kecil.
Surau itu masjid kah?
Berbalik kepada hak milik surau tersebut. Jika surau tersebut diwakafkan, maka ia adalah masjid. Maka wanita berhadas besar di larang mendekatinya.
p/s: orang melayu menamakan ia surau adalah kerana saiznya, bukan kepada hak miliknya..^__^
4. Sebab- sebab tayamum
Sebab-sebab tayamum itu ada 3:
- tidak adanya air
- sakit
- butuh kepada air kerana hausnya hewan yang di muliakan.
Habib menerangkan sebab tiadanya air mestilah ketiadaanya air itu 3 km sekurang-kurangnya. Jika di dalam 3 km itu ada air, maka wajib kita berwuduk dengan menggunakan air. Contohnya jiran kita punyai air, jadi kita wajiib ke rumahnya untuk berwuduk.
Sakit di mana sakitnya akan mudarat jika terkena air atau menghalang anggota wuduk dari terkena air.
Di sebutnya hewan yang di muliakan (hayawatin muhtarom) kecuali 6 makhluk ini:
i- orang yang meninggalkan solat dengan sengaja
ii-orang zina mukhshan
iii-murtad
iv-kafir harbi
v-anjing yang buas
vi-khinzir
Jika ada satu keadaan di mana air yang kita punya itu cukup untuk berwuduhuk untuk kita sahaja, sedangkan saudara kita(tergolong dalam makhluk yang tidak di muliakan), tidak wajib kita berika air kepadanya utk minum dan tiada dosa untuk kita. Tidak salah juga untuk kita berikan, tetapi jika airnya sudah tiada untuk kita berwuduk, kita di bolehkan untuk bertayamum tetapi wajib menqada'kan solat tersebut.
Semoga Allah swt sentiasa merahmati akan Alhabib Ali Zaenal Abidin di atas ilmu2 yang beliau ajarkan kepada kami..Aameeen..
Talaqqi hari ini di temani oleh as-syamsi dan sunira..^__^
0 comments:
Post a Comment