Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh wari'ayatuh wa'inayatuh


Bersesuaian dengan tajuk post kali nie iaitu Awal Muharam bagi tahun 1433 Hijrah. Muharam adalah bulan pertama dalam kelender hijrah yang bererti 'di haramkan' untuk melakukan sebarang peperangan mahupun penumpahan darah. Tetapi perintah ini berakhir setelah terjadinya peristiwa Pembukaan Kota Mekah. 


Seperti kebiasaan uamt Islam akan membaca doa Awal dan Akhir Tahun. Pemohonan kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan laknatullah. 


Macam kebiasaan jugak laa, setiap tahun mesti ada azam(bukan khairul azzam dalam KCB tue eh) yang akan di karang atau dilaksanakan atas selembar atau berlembar2 kertas A4. Penghijrahan dari kurang baik kepada baik, yang mana dah sedia baik, hijrah ke lebih baik, yang mana dah terlebih baik tue semoga istiqamah di atas jalan kebaikkan...


Eleh, tok sah dok cakap kencang laa..Macam dia tue baik sangat....!!!
Tak payah laaa dok jadi baik..Kita muda sekali jaa..Nnt tua2 kita bertaubat laa...Tyme muda nie laa ada kekuatan, nnt tua2 mana dah larat nk berjoget..


Macam2 laa tohmahan dan hasutan dari pihak luar..La nie senang, apa yg buruk itu datang dari syaitan. Mahukah anda menjadi sahabat syaitan? Makhluk yang akan kekal abadi di neraka..Nak? Ok, teruskan..Klu tak nak, marilah berhijrah ke arah kebaikkan.


Tak perlu untuk berubah 100%. Boleh ubah sedikit2 tapi istiqamah(yakni terus menerus dalam melakukan kebaikkan).


Tahun 1433 Hijrah, semoga membawa bayak rahmat dan kebaikkan. Kepada orang Islam di luar sana, marilah kita meraikan 1 Muharam bukannya 1 Januari mahupon Valentine Day..

Ameen...

0 comments: