Sunday, February 13, 2011

~SEDEQAH YANG MENYAKITKAN & MENGUNGKIT PEMBERIAN~

13 February 2011
21:17
Mahallah Ameenah, UIAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...wahai pembaca yang saya sayangi...semoga hidup kalian di bawah lembayung cinta dan rahmat Allah swt..lama dah saya tak update kan blog disebabkan kekangan masa sebagai student dan juga hamba sang pencipta..di sini saya cuma teringin nak menukilkan kisah saya semasa cuti mid sem hari tue..

mid sem break sem ne agak panjang di sebabkan cuti sekali dengan Tahun Baru Cina..jadi saya terus beli tiket balik perlis..but, kita hanya merancang Allah sebagai penentu..terpaksa saya singgah ke Penang..kebetulan tarikh balik saya ke Penang sama dengan birtday abang amir, my elder nephew...genap dia 2tahun..then saya singgah ke umah mak tam...

di rumah mak tam, mak tam ada menceritakan perihal mengungkit pemberian..bagaimana dasyatnya sikap mengungkit ne sehingga Allah swt menceritakan di dalam surah al- Baqarah ayat 264..

Allah swt bersabda mafhumnya:
"Hai orang- orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang dia atasnya ada tanah, kemudian batu itu di timpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatu pon dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir."

Allah swt menujukkan ayat ini hanya kepada orang-orang Islam yang benar-benar beriman seperti mana terdapat dalam permulaan ayat. Allah menyeru hai orang-orang yang beriman. Seperti yang di kisahkan oleh mak tam, sebagai contoh Ali memberi biji benih buah tembikai kepada Abu. Jadi kemudiannya Abu pulang ke rumah dan menanam biji benih tersebut. Dengan izin Allah swt, biji benih tembikai tersebut pon tumbuh dengan sihatnya. Sepanjang pokok tembikai itu membesar, Allah telah memberi ganjaran pahala kepada Ali di saat benih bertukar tangan hingga menjadi buah hasil tanaman Abu. MasyaAllah, bayangkan betapa banyak ganjaran yang di peroleh Ali di sebabkan hanya buah tembikai.

Tetapi malangnya segala pahala yang di peroleh Ali lenyap tanpa ada sesikit pun yang tertinggal..Seperti Allah swt umpamakan, batu licin yang dia atasnya ada tanah, kemudian batu itu di timpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Segala ganjaran pahala yang selama ini telah di hapuskan tanpa tinggal secebis pun. Di sebabkan oleh kata-kata Ali pada satu ketika, jikalau tak kerana aku (Ali) yang memberi benih buah tembikai itu, engkau (Abu) tak akan tahu bagaimana rasanya buah tembikai.

Bagaimana mudahnya segala saham2 akhirat lenyap bagaikan di sapu angin..MasyaAllah..semoga kita sama2 menjaga lidah kita daripada ucap perkara2 yang boleh membatalkan pahala..

Semoga nukilan saya malam ne memberi manfaat kepada rakan seperjuangan..Pejuang ke syurga Allah...

0 comments: