MALU ITU SEPARUH DARIPADA IMAN. 
Mesti sahabat-sahabat selalu dengarkan pepatah ne. Dengan adanya sifat ne, kita sebagai manusia boleh/dapat menghindarkan diri dari perkara2 yang tak di ingini. Contohnya pergaulan antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam  sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.  Diriwayatkan oleh Bukhari  bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang  gadis yang di dalam pingitannya. Sedangkan Nabi yang maksum boleh semaikan sifat ini, apatah lagi kita hanya manusia biasa.  
SEBAB APA SIFAT MALU ITU PENTING..???
Kerana dengan perasaan  malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya  dari membuat perkara yang dilarang.  Dia akan malu untuk melakukan  perkara tidak senonoh dan bermaksiat.  Dia akan malu untuk pergi ke  tempat yang tidak sepatutnya.  Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu  yang mungkar.  Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya.  Kerana malu  telah menjadi perisai dirinya. Kerana malu juga menjadi dinding dan body guard untuk dirinya supaya menjauhi perkara2 yang dilarang. 
 
Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri  rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam  pernah bersabda:  
  
“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat  manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” 
 (HR Bukhari) 
Ada kisah tetang sifat malu di zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam . Jom kita baca sama2. Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang  memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu.  Beliau menyalahkan  sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal.  Kebetulan ketika itu  Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar  perbualan mereka berdua.  Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah  memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan  berkata: 
“Biarkanlah dia, kerana malu itu  sebahagian daripada iman.” 
Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang  mafhumnya: 
 
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:  Rasulullah  saw. bersabda: 
 “Iman itu ada tujuh puluh cabang  lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.” 
(Shahih Muslim No.50) 
  Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi  saw. pernah bersabda: 
“Malu itu tidak datang  kecuali dengan membawa kebaikan.” 
(Shahih Muslim No.53) 
Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat  malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita  seharusnya tidak terlalu dikongkong malu.  Malah, wanita-wanita ketika  zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri  mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan.  Mereka tidak malu  dalam menuntut ilmu.   
 
Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”.  Ini menunjukkan  bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita  malu untuk bertanya dan menimba ilmu.  Selain itu, rasa malu untuk  melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia.  Kerana  ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba  membuat kebaikan.   
  
LETAKLAH RASA MALU PADA TEMPATNYA
 Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan  kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu  menghalangi diri kita.  Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang  apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut.  Ini kerana malu  akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam  hal membuat kebaikan. Malu juga bukan sesama manusia sahaja, malah pada binatang, pada pokok, pada malaikat dan yang penting malu pada Sang Pencipta, Allah subhanahu wa ta'ala. 
*saya pon seorg pemalu..=)