Saturday, August 30, 2014

Kisah mengenai Syaitan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamu'alaikum wbt.

Kerete my chief engineer telah di masuk ke dalam wad untuk di service. it takes 2 days. So, 2 hari nie aku p amek di d ghumah and p hantaq dia balik ghumah.

Dari ghumah dia d Bukit Tinggi nak ke puchong amatlah menguji keimanan dan kesobaran. Punyalah jem sepanjang jalan.

Dalam perjalanan aku menceritakan perhal rumahku tingkat 15 di Puchong, pertama2 aku masuk rumah, seperti ada 'penghuni' lain. Jadi, aku ceritakan bagaimana aku hadapi makhluk ini. Dengan membaca al Quran dan zikir.

Chief : Bagaimana Andrew boleh katakan yang Malay and hantu itu boleh sama frequency nya?

Aku : Actually, bukan sama frequency laa..if sama frequency, saya juga hantu. hahaha..Cuma Islam itu telah menceritakan sehalus halusnya kisah dan keturunan syaitan, that uolls call hantu.
Manusia pertama yang di jadikan oleh Allah adalah Nabi Adam. Yakni manusia pertama yang di turunkan ke bumi. Setelah ruh memasuki ke jasad yang di ciptakan untuk nabi Adam, Allah swt mengarahkan supaya malaikat, iblis untuk sujud kepada Nabi Adam. Maksud sujud ini bukan sujud sembah tetapi memberi penghormatan kepada Nabi Adam.Semua makhluq Allah yang lain mengikut perintah Allah kecuali Iblis.
Aku ceritkan segalanya, termasuk kisah buah khuli di syurga dan bagaimana Nabi Adam dan Hawa di buang ke bumi.

ooii..tidor kaa dengar i cerita?

Chief : Emmm..kisah macam nie pon ada kah? 

Aku : Mesti laaa ada. Tak kan i begitu pandai nak reka cerita. Kami tidak akan pandai melainkan segalanya ilmu adalah datang dari Allah. Bagaimana proses fotosentisis juga di cerita dalam al quran.

Chief : @#$%^&*(his blurr)

Aku : u taw ka proses fotosentisis? Alaaa, pokok hijau menerima cahaya matahari dan memproses makanan nya sendiri.

Chief :Eeemm..itu orang tambah punya. Takkan laa ada.

Aku : Bahhahahaha..kami tak boleh bilang sudah terlalu banyak orang mahu pesongkan al quran. tetapi kitab suci alquran kami serahkan pada Allah untuk menjaganya. tapi lihat, smpai sekarang, sudah berapa banyak yg berjaya? teloq ayam!

Lalu aku biarkan dia tenggelam dengan pemikiran dia.

Saturday, June 7, 2014

Kuliah Ustazah Alina al-Munawwar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Penantian yang di tunggu-tunggu, bulan lepas tak dapat hadir. Alhamdulillah, kali nie cuba sedaya upaya yang mungkin untuk menghadirkan diri ke majlis beliau.

Ustazah adalah bekas pelajar di Darl Az-Zahra, Yaman. Madrasah pengajian di mana mudirnya adalah Al Fadhil Al Habib Umar Ben Hafidz Bin Salem. Alhamdulillah.

Jom! Azam untuk Hadir!


20 Jun 2014 (Jumaat)
5.30 pm
Kitab Bidayatul Hidayah
Dewan Auditorium Bangunan Mesiniaga Subang Jaya


21 Jun 2014(Sabtu)
9.30 am
Kitab Ya Ayyuhal Walad
Dewan Kuliah Masjid al-Falah, USJ 9

3.00 pm
Bacaan Burdah
No.36, Jln Pantai Dalam Murni 3, Pantai Dalam, KL

22 Jun 2014 (Ahad)
9.30 am
Kitab Risalah Lengkap: Akidah- Ibadah Lengkap
Yayasan Restu, Kompleks Kesenian Islam, Shah Alam

23 Jun 2014 (Isnin)
Darul Hadis,Alor Setar

24 Jun 2014 (Selasa)
Matin, Perlis


**Jom!!! Ignite our engine~


Kuliah Dhuha - 8 June 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

InsyaAllah, dengan izin Allah esok saya berkhidmat dengan Ustazah Fatimah Nurasyikin untuk kuliah Dhuha beliau di Masjid Naza TTDI, Seksyen 13, Shah Alam.





Maka oleh itu, jemputlah hadir ke majlis beliau dan jagalah adab semasa pengajian.
InsyaAllah, esok saya akan update pengisian di majlis ustazah. InsyaAllah.

Amalan di Bulan Sya'ban



Mudah-mudahan di terima amalan kita
Mudah- mudahan lembut hati kita
Mudah- mudahan terang hati kita dengan sirna Islam

Ameen Allahumma Ameen!!

Wednesday, April 23, 2014

Malam


Indahnya bintang
Cahaya yang membenarkan kedamaian
Hati yang bergolak dek ombak dunia
Bintang itu mampu menahan seperti pantai

Indahnya langit
walaupun hanya satu layar yang gelap
hanya sekadar tempiasan serpihan sang purnama
aneh, ia masih bisa melembutkan hati yang keras
menenangkan arus air mata yang kian melaju

Subhanallah,

Indahnya bulan
kalaupun dirinya tidak punya cahaya yang sendiri
hanya menagih biasan sang suria
tapi ianya punya jasa sendiri
mengubat segala rindu
peneman di kala syahdu

Allah,
Di Kau Tuhan yang ciptaan-Nya bukan sia-sia
Malah punya rahsia di sebalik rahsia
Menjadikan malam itu peneman si tahajjud
Menjadi saksi mereka berkenala dengan Sang Pencipta
Menagih cinta dan sayang yang tiada sudahnya
Menagih keampunan yang tiada penghujungnya
Dan mereka tenggelam dalam esakkan tangis
Yang tak bisa di usap air matanya
Laju, dan membasahi wajah si kudus cintanya

Ya Allah,
terimalah cinta dan ampun dari mereka yang benar-benar bangun bersama malam mu
Ingin berkasih dengan Mu
Allahumma ameen